Adakah anda kenal Michael Jackson? Yasmin Ahmad? Ya, mungkin anda kenal mereka. Kedua-dua adalah selebriti yg baru shj meninggalkan dunia menuju ke alam yg kekal abadi... Berita ttg kematian mrk mendapat liputan meluas oleh pihak media...
Tp, anda Kenal x Marwa Al-Sharbini? Mungkin anda akan berkata, aik sapa tu? x kenal pun.Beliau adalah Muslimah mesir yg telah mati ditikam oleh seorg bukan Islam di jerman.Di sini sy ingin berkongsi kpd anda semua, 1 petikan dr surat pembaca dlm akhbar harakah, artikel yang drpd Ustaz Zainuddin serta 1 artikel yang berbahasa Inggeris.
Setelah habis baca artikel tersebut, sy menyeru kpd shbt2 sekalian utk sama2 menyahutseruan drpd laman web Ikhwanul Muslim utk menyampaikan emel protes kpd akhbarDie Welt online.
Dlm masa yg sama, sebarkan berita syahidnya Marwa Al-Sharbini kpd seluruh umat Islam yg lain...untuk maklumat lanjut, sila baca petikan surat pembaca itu.
Ayuh, shbt2 sekalian, jgn kita tidur lagi. Jgn leka dgn Akademi Fantasia, Mentor,Malaysia Idol & pelbagai lagi jenis hiburan. Apa yg kita nk jwb dpn Allah nnt,apa yg kamubuat ketika nyawa umat Islam semakin diratah oleh pihak kafir dr segenap penjuru diPalestin, Xinjiang, Selatan Thailand & lain2 tempat sehinggalah yg terbaru nyawaMarwa As-Sharbini yg mati kerana mempertahankan harga diri & maruah agamanya...
Kpd Marwa As-Sharbini, semoga anda mati syahid & berada di kalangan para syuhada. Alangkah indahnya kematian anda, mati dlm keadaan syahid... kematian yg diimpi2kan oleh umat Islam seluruhnya termasuk sy sendiri. Sy berdoa kpd Allah SWT smg sy & keluarga sy mendapat kekuatan yg ada seperti anda untuk mempertahan maruah & agama Allah walaupun nyawa menjadi taruhan. Amin! Amin! Amin! Ya Allah...
"Di antara org2 yg beriman itu, ada yg bersikap benar menunaikan apa yg telah dijanjikankpd Allah (utk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yg telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yg menunggu giliran,dan mereka pula tdk mengubah (apa yg mereka janjikan itu) sedikit pun"
(Al Ahzab, 33;23)
Kepada para suami,
Tarbiahlah isteri & anak anda menjadi Muslimah yg sehebat Marwah as-Syarbini...
Kepada para isteri,
Jadilah wanita sehebat Marwah as-Syarbini...sanggup mati utk agama
Kepada lelaki yang belum berkahwin,
Berdoalah kpd Allah SWT mendapat isteri sehebat Marwah... (jgn dok berdoa nk yg cantik je, cantik tidak menjamin ia membawa kita ke syurga Allah SWT)
Kepada wanita yang belum berkahwin,
Berusahalah untuk menuruti jejak langkah Marwah...
Sumber:Harakah bil 1459 (5-8 Syaaban/27-30 Julai 2009)
"Cikgu, saya tak de baju lengan panjang,pakai sarung tangan boleh tak?"
"Cikgu, saya tak boleh solat, xboleh ke duduk dalam bilik...malaslah duduk kat dewan.."
"Cikgu, minta maaf menganggu.. saya tak boleh solat, tapi hormon saya tak stabil cikgu..sikit je..nanti cikgu check saya tak pakai "P**", cikgu janganlah marah saya erk.."
"Cikgu, boleh tak saya tak join kawat kaki...saya sakit dada, dada saya ada asid..."
"Cikgu nak mandila, meleket, kotorla badan saya, macam mana nak solat, kan Islam suka kebersihan..."
"Bengangla dengan fasi nih..suka hati dia buat kita ni 'macam-macam' dalam blind trail...suruh merangkakla, melompatla, mencangkung sambil berjalanlah. kotor baju kami.. basah, penuh lecak..Matalah tutup,lepas tue tipu kita plak, depan tu ada lipan,lintah,cacing,kerengga, taik kucingla..macam-macam, ingat kami ni apa ntah.."
Di atas ini adalah beberapa ragam adik-adik SEKOLAH MENENGAH(13-17tahun) semasa aku mengendalikan program amal selaku fasilitator. Kem Briged Amal anjuran kerajaan selangor, daerah Gombak Setia ini telah mengetengahkan konsep SPIES kepada peserta. Visi kem ini semestinya ingin melahirkan remaja cakna kepada masyarakat, cemerlang dari segi akhlak dan ilmunya.
S: Spiritual P: Physical I: Intelectual E: Emotional S: Social
Kem ini 80% melibatkan aktiviti outdoor yang menguji tahap kelasakan peserta. Aktiviti-aktivitinya seperti:-
~Pecah belon Sahabat
~Kawat
~Cooking Egg: setiap kump. membina 2pasangan(1.mata tertutup dan 2.tangan diikat) dikehendaki memasak telur
dalam keadaan mata tertutup dan instruction akn diberikan dari pasangan yang tangan diikat.
~Jejak Bertapak(Ala-ala explorace tapi aktiviti dibuat waktu malam)
~Qiamulail
~Gotong-royong masjid
~Blind Trail
~Persembahan Motivasi
Sebelum aku melangkah ke program, ade je dugaan menimpa. Berkorban tidak berjumpa dengan makcik dan sepupu2 kecilku. Agak lama tak jumpa. 4 bulan rasanya tapi mereka akan menetap di Dubai selama sebulan. Sedih. Oleh kerana aku sudah memberi nama dan inilah peluangku melihat sendiri dunia remaja yang katanya semakin parah. Aku berkorban. Tak pelah ada jodoh dan umur panjang kita berjumpa lagi.
Pengalaman yang cukup manis aku rasa, kerjasama dengan consultancy LaKhauf management amat menyeronokkan.
"Ala adik nany, bersabarlah..ini x teruk sangat kerenah adik-adik nih..akak dulu pernah handle satu program tue, apabila kami pegang hset mereka, kami xlarat mendengar msj masuk bertubi2..kami bukakla..kami baca msj tersebut,terkejut kami, peserta tu sedang bergaduh dengan 'balak' ye pasal kes 'tebuk-menebuk', nany nak tau berapa umur peserta tu? 14 tahun dik..14 tahun! muda lagi...", Bercerita salah sorang urusetia dari LaKhauf Management yang berbahsakan dirinya KaK Ani. Aku, 'Atikah dan Ain terkesima..sedih!
Menghadapi proses ditarbiyyah adik-adik telah mengingatkan kita jiwa-jiwa muda inilah perlu dilentur dengan ajaran Islam iaitu memerlukan kesempurnaan,kecantikan, tatasusila yang baik. Didik mereka dengan penuh kasih sayang tentang Islam. "Jangan terlalu menekan, nanti adik-adik ini memberontak", kata 'Atikah.
Konsep dakwah umumi(mereka yang berminat mendekati Islam) seharusnya pendekatan itu mestilah lembut dan mendidik. Apabila mereka enggan bersolat, selami hati mereka, barangkali mereka tidak pernah mengerjakannya. Kitalah berperanan untuk mendidik! Bukan menghukum..xgitu k.sue? Rata-rata peserta yang datang ke program ini kerana galakan ibubapa. Mereka bersedia berubah sikap masakan tidor pukul 2.45a.m sudah pula bersiap-siap untuk berQiamulail pada pukul 4.30a.m...aku kagum..SyukrOnillah!
"Adik kenapa tak bukak stokin tue, kan dah basah kena sabun" ujiku. Ketika itu gotong-royong membasuh kaki lima depan masjid Assyarif. Anak buah ku ini lain dari yang lain. Berbeza dengan kawan-kawannya. Jawab Suraya," eh, akak..kaki kan aurat,taknaklah..akak pom tak bukak kan.." Pikirku walaupun adik ini sekolah menengah barangkali adik ini sudah menerima tarbiyyah daripada ibubapanya kot. Teringat sahabat ISIS ku 'Atikah dan Mahirah.
"Mawi ke nih Ain, apa dia buat kat sini xsesuaila",kata aku. "Bukanlah nany ini motivatorlah..",sangkal Ain. Terkejut aku ada pula motivator klon Mawi. Aku xpernah melihat beliau di kaca televisyen,surat2 khabar atau alam siber..kira Low-profile lah..Setiap ceramah beliau akan selitkan beberapa lagu-lagu nasihat. Ceramah sambil buat konsert. Different than others!
Ust. Akhwan Afandi sudah berkecimpung dalam profession ini sejak 15tahun yang lalu. Semasa beliau aktif dalam mpp UITM lagi. Sementelah itu, beliau pernah mengikuti pembelajaran pondok al-quran selama 2 tahun di Tg. Bedil, Alor Setar, Kedah. Sila klik! Aku mengagumi beliau kerana ceramah beliau mampu meruntun jiwa-jiwa yang keras bak batu di sungai untuk kembali mengingati Rabbul 'Alamin. Hubungan dengan Allah dapat dijaga mampu membaiki jiwa-jiwa yang rosak. Antaranya, beliau mendendangkan lagu nasyid raihan-demi masa, muhammad al-mustafa, Ilahilas, Jamal Abdillah-kepadamu kekasih, mawi-Kian dll. Setiap bait lagu, beliau akan kaitkan dengan kehidupan, ketuhanan, ketaatan kepada ibubapa dan paling penting dapat belajar dari maksud tersirat lagu-lagu tersebut.
Aku tersentuh," Adik-adik, siapa boleh beri maksud surah Asr sila angkat tangan!" "Nak hadiah tak?" Ustaz mencabar adik-adik. Tiada sorang pun berani angkat.
" Demi Masa... Sesungguhnya manusia kerugiaan.
Melainkan... yang beriman dan yang beramal soleh..
Demi masa....
Sesungguhnya manusia kerugiaan..
Melainkan..
nasihat kepada kebenaran dan kesabaran.." Syahdu ustaz medendangkan lagu nih.
Allahu Rabbi..baru aku sedar bahawa dalamnya maksud Firman Allah ini. Saban waktu masa kita diisi dengan perkara tidak berfaedah. Setiap minit kadang-kadang lidah kita terlupa dibasahi dengan zikrullah. Ruginya kita kerana kurang amal ibadat. Ruginya kita kerana tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
banyak lagi hendak dikongsi tapi cukupla setakat ini. Cerita-cerita lain saya post becoming entry. penatla menaip nih. InsyAllah, pengalaman yang baik ini dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan ~Kenangan Terindah JULAI 2009~
Kempen ini semakin giat dijalankan hatta iklan di televisyen acapkali menayangkan langkah-langkah pencegahan membasmi virus yang kian menular di negara-negara luar. Menggesa kerajaan melaksanakan solat hajat besar-besaran amat diharapkan agar negara Malaysia dijauhi dari jangkitan Influenza A H1N1.
Kepada mereka yang mula merasa kurang sihat atau tanda awal jangkitan seperti batuk dan demam hendaklah segera mendapatkan rawatan daripada doktor yang berdekatan dan mengurangkan pergaulan dengan rakan lain termasuk mengelakkan diri dari menghadiri kelas dan tempat krja.
Amalkan kebersihan diri:
Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan ketika bersin.
Kerap membasuh tangan terutama selepas batuk atau bersin.
Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain
Pastikan pengudaraan dalam rumah yang baik.
Permukaan objek seperti lantai dan meja tercemar dari cecair hidung atau mulut perlu dibersih.
Sedikit sebanyak dapat dikongsi kepada pautan siber yang setia.
"Prevention is better than cure". Ayuh basmi jangkitan Influenza A H1N1 dari terus merebak!
Siapa yang tak kenal Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang begitu dekat pada hati rakyatnya ini..=) Ucapan terima kasih kepada Datin Seri kerana prihatin membela nasib mangsa kebakaran di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam petang semalam. Kebakaran ini telah mengakibatkan 5 buah rumah terbakar. Datin Seri Rosmah Mansor pengasas penubuhan BAKTI telah memberi sedikit sumbangan sebanyak RM1000 setiap keluarga mangsa. Sementelah itu, Datin Seri dengan murah hatinya menhadiahkan sebuah rumah kepada mangsa supaya dapat meringankan bebanan keluarga mangsa. SYABAS! Adakah kebajikan ini untuk mencuri simpati dan perhatian rakyat agar imejnya yang kian tercemar ini dapat dibela? Waallahu 'ala taala a'lam.. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui walaupun sebesar zarah! Datin Rosmah Mansor telah menjalankan sebahagian tugasnya selaku Isteri PM dgn baik, membela nasib rakyat tetapi saudara-maranya bagaimana?
Berita menuduh Datin Seri terlibat dalam konspirasi melemahkan gerakan mahasiswa ini amat mendukacitakan hati saya. mengikuti kes terbaru di UM ini. 2 ahli PMIUM disyaki terlibat mengganggu satu simposium yang dihadiri Datin Seri Rosmah ketika itu. Tuduhan kepada pelajar berkenaan kerana menconteng dinding dengan laungan "pembunuh Altuntuya,bom plastik c4, bini puaka dan wanita mongolia" serta di dituduh meyembah petrol ke permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui Datin Seri. Wujud kemusyikilan dihati, berdasarkan fakta-fakta semasa Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh syeksen 427 kanun keseksaan bagi kesalahan khianat yang mengakibatkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Malangnya, direman selama seminggu kemudian boleh dibicara ke Mahkamah.
Selepas kes ISA7 iaitu kes tujuh mahasiswa yang didakwa berdemonstrasi menentang AKTA ISA 2001 sedah selesai, kini mereka mencipta kes baru ini pula. Pastinya ada kaitan untuk menakut-nakutkan mahasiswa sekaligus melemahkan gerakan pelajar yang dilihat aktif menegur kerajaan. Kita harap gerakan mahasiswa Islam kampus tidak lemah dengan cabaran hebat ini. Yang benar tetap benar, yang salah akan kalah akhirnya. Cabaran inilah harus kita hadapi dengan tabah demi mencapai kebenaran hakiki. -MAHASISWA CAKNA-Takbirrrr...
Kak..Berapa ringgit semua? RM 29.55 dik...Ala kak,tak cukup pulak RM0.05. Kira halallah kak.Em..baiklah=) Ini adalah dialogku bersama penjual...?hehe..SECRET. Nak kata masih bernilai lagi RM0.05 ini. Tapi kita jarang pula jumpa gula-gula yang berharga RM0.05. Kenapa ya? Sungguhpun, nilai 5 sen atau 1sen inilah yang sangat berharga jika tiada nilai tersebut mustahil kita boleh mencukupi RM1,999,999.95 atau RM1,999,999,99 ke nilai RM 1juta. Teringat sebuah iklan di TV, ibubapa si budak kecil ini begitu berjimat menggunakan ubat gigi sehinggakan si anak tersebut berkata, "mahu berjimat?pergilah carefour".Lebih kurang begitulah.
Ketidakstabilan ekonomi negara kita begitu mengharapkan rakyat Malaysia membudayakan jimat-cermat. Tapi, jika kita ke pusat membeli-belah tidak kira di awal atau hujung bulan, boleh tahan juga masyarakat kita berbelanja.Bagi isi rumah mereka memerlukan pendapatan untuk membiayai sewa rumah, loan kereta, bil air, bil elektrik, barang dapur, cukai, nafkah isteri bagi suami and 'many more to maximize their satisfaction but it is not included to fulfil their luxury'. Kadang-kadang kita gagal mengawal bajet kewangan peribadi dan keluarga mungkin disebabkan kita gagal merasai penangan 'kemeseletan ekonomi' yang melanda negara kita. Kerajaan sedaya upaya mencari jalan memulihkan krisis ekonomi ini antaranya baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bijak mengatur langkah menjalinkan hubungan diplomatik dan Inter-trade dengan mengadakan lawatan ke Negara China. DSMN 'bijak' menggunakan kesempatan ini dengan menjual nama ayahanda beliau Tun Abdul Razak kerana ayahyanda beliau pernah berjasa kepada Parti Komunis China sehingga Parti Komunis Malaya dapat ditubuhkan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. DSMN berhasrat Negara China yang maju dari segi sektor perdagangannya mampu menjadi mentor kepada negara Malaysia nanti. Sungguh hebat Dato' Seri Najib. 'Bijak mengatur strategi' meningkat Income Negara. Malangnya, beliau tidaklah begitu teliti mengenai kebajikan rakyat amnya.
Ketidakseimbangan kos hidup antara rakyat luar bandar dan bandar bermasalah mengatur 'budget line' mengikut pendapatan yang diperolehi. Contoh, di kampung sekiranya ibubapa dan sanak- saudara bertanya kepada kita, " Berapa gaji kamu?" dan kita menjawab, "RM1500 sahaja", mereka akan menjawab, "Wow, banyak tu yop!" Sedangkan di Kuala Lumpur pendapatan tersebut untuk tiga orang isi rumah sudah tergolong sebagai MISKIN! Kos hidup di bandar yang begitu tinggi menuntut satu isi rumah supaya mencapai sasaran RM3000 sebulan untuk tiga orang sahaja isi rumah. Bayangkan!
Islam pula memberikan takrif yang tersendiri terhadap kemiskinan. Menurut Islam, rakyat yang berpendapatan melebihi separuh daripada keperluan dalam satu-satu hari tetapi tidak dapat memenuhi keperluan, dikira miskin!Ini bermakna, jika sekiranya beliau dan tanggungannya memerlukan RM30 sehari tetapi ia hanya berpendapatan RM20 sehari, maka dikategori dalam kelompok miskin. Jika pendapatan kurang separuh iaitu kurang Rm15, dia dikategori sebagai golongan fakir! Inilah realiti yang berlaku di Malaysia yang bukan Malaysia 5o tahun dahulu yang RM0.05 ini sangat bernilai ketika itu.
Tutup mata,bukalah minda..BAYANGKANLAH! Bagaimana pula dengan mereka berpendapatan RM3000 sebulan tetapi tiba hujung bulan poket kosong? Adakah kerana faktor kemiskinan atau tidak pandai BERJIMAT? Fikir-fikirkanlah...
Cuti akhir semester 3 yang berbaki ini ana sempatlah me'update pembelajaran ana ketika berusrah bersama adik-adik 1st year di matrik yang mana telah membentangkan tajuk tasawwur Islam sebagai Ad-den. Membuka Mukadimah kata i will compare and contrast between other religions and nations towards Islamic perspective. Percayakah Melayu bukanlah bangsa yang terlebih dahulu mengenal Islam berbanding bangsa lain di Malaysia ini? Kita koreksi kembali kedatangan Islam ke Tanah Melayu agama Islam telah datang ke negara China, negara India lebih awal sebelum datang ke Tanah Melayu. Apa yang perlu ditekan di sini agama Islam bukan khusus untuk bangsa, Melayu ,Cina, India mahupun bangsa arab walaupun Al-quran dan hadis Rasulullah dalam bahasa itu. Jadi, Islam milik Allah dan Dialah yang menciptakan semua jenis bangsa manusia dan undang-undang yang sesuai dengan mereka.
Allah berfirman:“Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam" (Ali Imran:19)
Dan dipetik daripada kata-kata Saidina Umar al-Khattab r.a : “ Kita adalah satu golongan yang Allah muliakan dengan Islam, apabila mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam,Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita”
Jadi, dari firman Allah azzawajalla dan kata-kata Saidina Umar itu,patutlah kita sedar dan yakin bahawa dengan mengabungkan diri dengan Islam akan memastikan kita dimuliakan serta
cemerlang di dunia dan di akhirat. Mengupas pengertian Islam ini, Allah dalam firmanNya dalam (surah an-Nisa’:125) maka Islam diertikan sebagai “ Penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati.
Kita teliti maksud tersirat kata-kata sahabat nabi ini, memang benarlah apabila kita tidak mendaulatkan keseluruhan agama Islam dalam kehidupan kita, pincanglah kepimpinan diri sehingga ke peringkat tertinggi kekuasaan Negara. Adakah negara kita masih lagi mengamalkan konsep ad-deen? Apabila kita melihat fonemena yang berlaku pada negara kita, kita tahu jawapannya. Kepincangan, bala dan maksiat semakin bermaharajalela. Maka, Islam perlulah dijadikan cara hidup(ad-deen) merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
Bagaimana pula kita ingin menyakinkan non-muslim bahawasanya istimewanya Islam ini ya?
1)Ketuhanan:
Islam berasal dari sumber-sumber ketuhanan bersandarkan wahyu Allah, Al-Quran dan As-sunnah. Menyakini Tuhan itu Maha Esa,tidak beranak pinak dan menyeru kepada manusia mengabdikan tuhan yang esa, yang tidak tidur dan mati, yang mencipta langit dan bumi, siang dan malam, sakit dan sihat. Semua itu berkonsepkan keesaan dan pengabdian.
2)Adil dan utuh:
Allah Maha Adil maka segala ajarannya adalah sempurna dan adil. Tidak pernah berlaku kekurangan dan penindasan melainkan enggan melaksanakannya. Hukuman dikenakan kepada sesiapa yang melanggari perundangan yang didasari Al-Quran dan As-sunnah. Kita sama-sama hayati ungkapan Rasululullah s.a.w “ sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya akan potong juga tangannya”. Begitulah pendirian baginda yang tidak memilih bulu pabila darah dagingnya sendiri melanggari syariat Islam. Ini bukan penindasan malah ia satu pengajaran kepada orang lain supaya kita berwaspada janji Allah kepada sesiapa yang melanggar perintahnya dengan hukuman yang maha dahsyat di akhirat kelak.
3) Universal dan menyeluruh:
Islam mengajar kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Adab memasuki tandas sehinggalah pemerintahan negara. Kepada individu dan pimpinan itu sendiri yang berkehendak untuk beramal ataupun tidak. Kerahmatan islam meliputi semua makhluk sama ada manusia, binatang dan tumbuhan. Yang membezakan manusia dengan tumbuhan dan binatang adalah akal. Sepertimana Allah menegaskan manusia yang berakal ini dicipta di muka bumi untuk menjadi pentadbir bumi dan ber ‘amar makruf serta mencegah kemungkaran. Justeru, makhluk yang tidak mempunyai akal ini hanyalah mampu ber ‘amar makruf iaitu menjadi sumber rezeki kepada manusia di samping mereka memuji kebesaran Allah s.w.t. Jadi, tidak wajarlah kita berlaku zalim kepada makhluk ini..
4) Progresif:
Cendikiawan dan ulama’- ulama’ Islam di pelbagai sudut bidang seperti al-Biruni(perubatan), Ibn Sina(perubatan), Al-Khawarizmi(pelopor matematik),Al-Farabi(ahli falsafah),Ibn Battuta(pelopor autropologi dan geografi) dan banyak lagi telah berusaha memenuhi hajat manusia. Islam terus utuh dan dikagumi kuasa barat kerana elemen penguasaan syariatullah dan sunnatullah yang ada pada pemerintah, cendekiawan dan ulama-ulama terdahulu.
5) Mudah dan tidak paksaan:
Ajaran Islam memang memenuhi fitrah manusia yang suka pada perkara-perkara baik,cantik dan menyenangkan. Begitu juga ibadah yang wajib dan dituntut dalam Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji memiliki rukshahnya. Sebagai contoh mengerjakan puasa dan haji bagi yang mampu jika mereka jatuh sakit maka jatuh harus baginya. Bersikap menghormati dan memudahkan orang bukan islam dalam urusan agama adalah dituntut. Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud: “ Mudahkan urusan mereka dan jangan sekali-kali kamu sulitkannya, berilah berita gembira kepada mereka dan jangan lakukan sesuatu hingga mereka lari daripada kamu”.
6) No compromise:
Islam tidak boleh bercampur- aduk dengan amalan jahiliyyah dan yang paling penting ia tidak boleh beramal islam separuh dan sebahagian yang lain. Fahaman isme-isme yang melanda negara kita adalah satu faktor mengugat kesucian Islam. Permasalahan Sisters in Islam telah mendesak kerajaan wajar diambil tindakan. SIS telah menpersoalkan mereka yang ‘tudung type ‘adalah tidak progresif dan juga golongan yang kabur.Malah menpersoalkan lagi amalan poligami ini menindas kaum wanita. Sis dengan begitu mudah berhujah membuat pendirian tanpa disiplin ilmu. Jika ia diizinkan terus berkuasa maka tidak mustahil ia dapat menjerumuskan manusia dalam kefasadan dan kegelapan.
7)Fleksibel:
Islam mengambil kira realiti masa dan persekitaran dalam menetapkan hukum dan mengamalkannya. Jesteru, Islam boleh berubah disebabkan perbezaan realiti samada hukum itu sebagai polisi umum masyarakat, individu atau sesebuah kumpulan tertentu. Contohnya, walaupun 50 tahun dahulu umat islam tidak mengamalkan sesuatu perintah kerana kejahilannya. Maka, tidak menjadi alasan untuk mengamalkannya hari ini. Tidak perlu dipersoalkan jika ia memang tsabit dalam Islam.
Marilah kita sama-sama simpulkan hasil huraian ini membuktikan Islam itu sememangnya Izzah apabila seseorang itu dapat menghayati dan mencintai islam sehingga Islam tertegak dalam dirinya.Mereka inilah mampu bersuara memghapuskan budaya hedonisme atau isme-isme yang dicipta barat masakini.Jika non-muslim bertanya apa bezanya Islam dengan orang Islam?Apa ya?Islam adalah agama Allah yang tidak menerima sebarang pindaan sehingga hari kiamat manakala orang islam tidak begitu,manusia senang terdedah sebarang perubahan,sekejap baik,sekejap jahat kerana mereka diuji dan longgar keriikatan hubungan dengan tuhannya Allah s.w.t. Jadi kitalah mencorak Islam ini samada ia kekal kesuciannya atau sebaliknya.SELAMAT BERAMAL=)
Ana sekian kalinya melepaskan rindu setelah berbulan-bulan lamanya tidak berjogging di depan keyboard nih..pinjam dari kata-kata sahabatku('Atikah). Mendepani pelbagai cabaran krisis yang menghangatkan pentas politik, ekonomi dan sosial negara barangkali inilah ujian atau peringatan kepada hamba-hambanya. Ana juga tidak terlepas dengan ujian yang Allah berikan. Syukurillah ana beransur sihat. Nikmat berjalan dan sihat itu telah ditarik sedikit demi sedikit setelah ana ditimpa musibah jatuh motor 4 minggu lepas. Luka dikaki terpaksa dijahit dengan 8 jahitan. Pertama kalinya pergi ke kelas dengan berkaki tiga. Sedih kadang2 tu apabila melayan perasaan payahnya hendak berjalan dan megerjakan solat.
Semua itu adalah pengalaman manis dalam hidup kerana di'title'kan OKU sementara kerana banyak juga orang memberi perhatian ya....dan paling berharga dapat menghayati Mengapa Allah menguji hambanya?
Kerana mengimani bahawa Allah sebagai Rabb, bahawa itu pencipta alam, pentadbir alam, pengatur alam dan pemilik alam adalah sari pati pengertian kita kepada Rububiyyah Allah. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah dia gagal menjalinkan hubungan dengan Rububiyyah Allah kerana lupa hakikat dia adalah HAMBA. Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji. “Apa salah aku. Mengapa aku tidak mati saja!” kata-kata manusia yang terlupa. Terlupa bahawa diri kita adalah milik mutlak Allah. Nasihat Ust Hasrizal meyedarkan ana betapa kerdil diri dan tipisnya mengimani Qada’ dan Qadar tuhan. Waspadalah hati dan jagalah iman kita supaya mengelak dari mempersoalkan musibah Allah. Terdapat banyak ayat2 Al-Quran dengan selautan hikmah Allah menguji hambaNya. Buruk sangka lalu tidak mencari ‘Bicara Tuhan' menurunkan musibah. Maka,binasalah kita sebinasa-binasanya.
Kenape aku di uji??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3)
Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
"…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa ujian seberat ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Kecewa?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139)
Bagaimana harus aku menghadapinya?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran : 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang aku dapat drpd semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa aku berharap? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Aku tak dapat tahan!!!
"... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf : 12)
Katanya aku seorang pejuang.. kenapa ikhtilat x dijaga..
Katanya aku seorang pejuang tapi masih Assobiyah..
Katanya aku seorang pejuang.. tapi ibadah dan amalan x diendah..
Katanya aku seorang pejuang.. masih layan TV, Movie, game dengan alasan release tension..
Katanya aku seorang pejuang.. sebok update isu semasa berbanding baca Al-quran 1 juzuk sehari..
Katanya aku seorang pejuang masih lagi layan muzik lagho..
Katanya aku seorang pejuang.. tapi sering pula beralasan untuk berdakwah dan berjihad
Katanya aku seorang pejuang.. kenapa aku lebih bela jamaah berbanding Islam..
Katanya aku seorang pejuang.. Malang,masih ada lagi karat jahiliyyah dihati walau sedikit usaha membuangnya..
Katanya aku seorang pejuang.. mutabaah ibadahku amat menyedihkan...
Katanya aku seorang pejuang.. Ukhuwwah terbina untuk kepentinganku bukan kepentingan Ummah
Katanya aku seorang pejuang.. aku sering tinggal Qiamulail..
Katanya aku seorang pejuang.. aku sering menyalahkan org lain berbanding diri sendiri akibat tidak berdakwah..
Katanya aku seorang pejuang.. masa rehat lebih banyak berbanding masa berdakwah..
Katanya aku seorang pejuang.. aku sering menganggap diri ini mulia sedangkan aku harus lebih tawadhuk..
Katanya aku seorang pejuang.. aku jarang sekali menangis untuk bertaubat..
Katanya aku seorang pejuang.. Adakala x ada rasa apa2 pabila membuat maksiat..
Katanya aku seorang pejuang.. Aku masih malas meningkatkan ilmu thaqofah haraki..
Katanya aku seorang pejuang.. aku jarang sekali muhasabah diri sedang asyik menasihati orang lain..
Katanya aku seorang pejuang.. Namun akhlakku tak berubah..
Katanya aku seorang pejuang.. seringkali lalai berbanding insaf dan sedih..
Katanya aku seorang pejuang.. Aku x megurus masa dengan baik antara belajar dan jamaah..
Katanya aku seorang pejuang.. aku xdapat fik Awlawiyyat antara keperluan keluarga dan jamaah..
Katanya aku seorang pejuang.. prestasi pelajaranku x cukup meyumbang kepada Islam dan keluarga
Katanya aku seorang pejuang.. aku masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia..
Lalu hayatilah dan sedarilah wahai hati yang sentiasa berbolak balik!Kau tetap tidak akan berubah selagi kau tiada keinginan untuk berubah!Percayalah, jika engkau terus bersikap begini, musnahlah harapan dan sia-sialah matlamat. Ingatilah, sebelum ini kau telah menerima musibah daripada kegagalan kau sendiri!Cukuplah kegagalan semalam mendidik hati agar tunduk berasa rendah diri dan bersyukur pada Allah. Ingat, Seorang mukmin tidak akan mengulangi kesilapan yang sama!Jesteru, mukmin kah diri ini? Allah tidak pernah menzalimi hambaNya malah Dia amat dekat dan menyukai hamba yang mengadu padaNya. Anggaplah segala ranjau dan tribulasi ini adalah tiket kau ke syurga. Tabah dan terus cekal menempuhnya. Pabila engkau ikhlas berjuang di jalanNya. Allah akan menempatkan tempat yang paling terbaik. Peganglah kalamullah ini sabagai taujihat buat diri tatkala kau lemah:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman sedang mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(surah Al-Ankabut:2) INILAH HAKIKAT JALAN DAKWAH!
"Kemaskini 2.58pm Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut."PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.
Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina). Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003."Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang."Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik. Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Daerah dan sekolah tertentu.
Kini dah terbukti, PPSMI tidak memberi perkembangan yang baik pun kepada pelajar khususnya, kenapa perlu bersusah payah mengagungkan bahasa asing sedangkan sistem bahasa kita pun masih tunggang langgang. Pihak kerajaan gemar menjadikan alasan pelajar2 akan ketinggalan dan lemah mengikuti pembelajaran di universiti kelak kerana semua silibus n pengajaran dalam bahasa inggeris. Kita tahu sains n matematik pun memiliki term2,formula dan numbering yang origin dalam BI. Tak salah pembelajaran bagi pelajar2 peringkat rendah yang baru nak mengenal kehidupan dan alam semesta dalam bahasa melayu. Ingat balik kita dulu pun bagaimana susah nak belajo bahaso omputih. Liat dan perlu dipaksa. Lazimlah kita menggunakan BM semasa berkominikasi. Ini baru melayu TOTOK.Pah dipaksa belaja english malah dalam subjek kritikal pulak.Aduh! Sememangnya Melayu sinonim dengan islam. Mula-mula pemerintahan kerajaan Melaka bertapak dan menerima Islam dengan bahasa org omputih ke? Inilah agenda2 barat nak memusnahkan mentaliti org melayu, mereka takut melayu hari ini bangkit dan
sedar sejarah kegemilangan Melayu Melaka ketika dahulu. Agama Islam totally agama rasmi dan gaya hidup orang melayu dahulu.
Sekarang? Fikirlah sendiri..Tak mustahil kalau agenda ini diteruskan, generasi akan datang dungun tentang perkembangan sains dan teknologi IT. Pupuk dan semai minat mereka terlebih dahulu untuk bersemangat menuntut ilmu, bukan cara begini! Jika pihak kerajaan bertegas nak laksanakan,mereka perlu kaji dan improve jati diri org melayu terlebih dahulu,buktikan bahasa ibunda sebagai Lingua Franca! Biar Islam ditegakkan dan menjadi cara hidup org melayu sepenuhnya.TG Nik Aziz Nik Mat pernah berucap dalam ceramahnya. Dulu Tulisan jawi di mansuhkan dan tulisan rumi dimartabatkan. Sebahagian pembelajaran sahaja menggunakan tulisan jawi terutamanya subjek agama.
Kesan kebanyakan generasi hari ini buta tulisan jawi. Walhal, kita tahu tulisan jawi berasal bahasa Al-Quran dan salah satu faktor kita boleh mengenal Islam. Beliau mengulas lagi sekarang PPSMI lama kelamaan semua pendidikan
dalam Inggeris. Nanti buku2 agama pun dalam BI. Lepas tue Al-Quran pun tukar bahasa Inggeris pula. Dah semua rakyat malaysia faham dan 'Reti Bahasa'. Apa yang perlu ditegaskan, kerajaan x perlu membazir duit
memperjuangkan agenda ini. Rakyat tak mendapat apa2 faedah pun. Apa yang boleh di ambil oleh kita mari sama2 tadabbur dalam Surah Al-'Alaq mafhum..BACALAH KAMU DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN..
Tuntutlah ilmu supaya kita mengenal Allah bukan menuntut semata2 nak kejar kemajuan material tetapi
biarlah kemajuan Insaniah yang menjurus kepada generasi yang bertaqwa!
Dua perkataan yang sering menjadi halangan kita lebih-lebih lagi apabila kita bergelar daei atau mukallaf. Kenapa saya memilih 2 personaliti iaitu lah 'daei' dan 'mukallaf'? Sebabnya jelas.. kerana 2 profesion inilah yang sering berdepan dengan cabaran yang berat dan memungkinkan mereka mengalami masalah lemah dan futur. (Daei: Orang yang menyeru ke jalan dakwah)
(Mukallaf: Orang yang terbeban di atasnya tanggungjawab)
Saya pernah membaca buku tulisanFathi Yakan.. "Mutasaqitun fi Tariq ad-dakwah"yang bermaksud 'mereka yang jatuh di jalan dakwah. Isinya saya rasakan cukup 'mengenakan' diri sendiri. Masalah lemah atau futur atau saqit bukanlah fenomena baru. Malah ia telah lama berlaku sejak zaman para sahabat lagi. Contohnya ketika Perang Tabuk, di mana beberapa orang sahabat seperti Kaab bin Malik dan beberapa orang lain bertangguh dari bersiap sedia untuk berperang dan akhirnya ditinggalkan oleh rombongan tentera Islam. Sikap Kaab bin Malik ketika ini yang dikatakan 'bermudah-mudahan' dengan perintah Allah telah dianggap salah satu contoh futur yang berlaku pada zaman Rasululullah. Akhirnya sekembalinya Rasulullah dari medan perang, beliau pergi menemui Rasululullah untuk mengungkap kata maaf, namun apa yang dijawab oleh Rasulullah ketika itu? "Tunggulah sehingga Allah memberi keputusan terhadap kamu"(Petikan dari Bukhari dan Muslim). Dalam pada itu Rasulullah turut mempunyai cara baginda sendiri untuk memberi pengajaran pada sahabat-sahabat ini sehinggakan anda sendiri pasti tersentuh jika membaca hadis sahih ini dan membayangkan diri anda di tempat Kaab bin Malik. Bagaimana dia dipulaukan pelbagai dugaan lain lagi ditimpakan ke atas dirinya demi untuk ditarbiyah oleh ALLah dan Rasulullah.
Pada zaman itu, para sahabat amat beruntung kerana teguran dan tarbiah yang didatangkan secara terus-menerus dari Allah. Untuk satu fasa terasa futur, terus Allah beri teguran. Mereka bertaubat dengan sebenar-benar dan taubat mereka diterima Allah...
Bagaimana mengenalpasti 'futur' dalam diri?Apabila terbit rasa malas menyertai program ilmu, apabila berat untuk melaksanakan amar maaruf nahi munkar, apabila rasa 'reluctant' untuk sesuatu yang diperlukan/diwajibkan, ketika itu kita perlu sedar segera dan bangkit dari terus dibelenggu. Cari alasan kenapa rasa futur, dan jangan biarkan diri terus futur. Seperti yang telah saya ungkapkan di atas, 'kitalah apa yang kita fikirkan', dan kita jualah yang meletakkan diri kita untuk terus lemah atau menjadi kuat. Ada sesetengah orang yang apabila dirinya mengalami rasa futur, dia memilih untuk terus meng'isolate'kan diri dari orang ramai. Enggan menyertai majlis ilmu, tidak lagi mahu berjumpa orang ramai. Terubatkah futur itu? Ia mungkin bergantung kepada individu. Malah ada individu yang futur, apabila lebih memencilkan diri, mereka menjadi lebih futur. Dan akibatnya terlalu susah untuk dia bangun walaupun untuk mencapai tongkat.
Di sinilah peranannya rakan-rakan seperjuangan. Jadilah pemerhati yang baik untuk sahabat-sahabat kita. Kita mungkin tahu, kenapa dia berubah, kenapa dia tidak seperti dahulu. Papah semoga dia dapat terus menemani kita berlari...(Ambil tahu dan cari penyelesaian)
Kadang-kadang kita rasa futur kerana kita rasakan bahawa kita menggalas tugas yang maha berat yang tak tertanggung lagi rasanya. Kiri kanan atas bawah semua dirasakan terbeban pada kita seorang. Justeru, tanya semula diri sendiri. Untuk apa kita di sini dan ke mana kita akan kembali. Saya yakin apabila 2 soalan ini bermain di minda, kita akan dapat berpijak semula di bumi nyata dan tidak lagi merasakan hidup ini perludisia-siakan. Hidup bukan untuk semata-mata kita 'enjoy' dengan segala nikmat. Masa lapang untuk menonton cd, untuk lepak bergosip bersama rakan. Duit bukan untuk makan besar, bukan untuk shoping.Malah kita akan rasa lebih bertanggungjawab dan berfikir,Inna solati wanusuki wa mahyaya wa mamati LILLAHI RABBIL ALAMIN..Kita bakal yakin bahawa masa lapang adalah untuk kita bekerja kerana Allah, duit lebih untuk kita infaq dan qudrat kita bakal berguna untuk survival agama. Maka jika ini yang tersemat, segala beban tugas, keluh kesah, stress akan dapat ditangani kerana kita yakin beban itu berpadanan dengan kemampuan kita seperti tertulis dalam ayat paling akhir dalam Surah al-baqarah.
Syaitan sentiasa di mana-mana lebih-lebih lagi dimana adanya sifat futur ini..A'uzubillahi minasyaitanirrajim...Masalah futur bukan masalah individu semata-mata. Masalah persekitaran turut menjadi aspek penting yang menyumbang. Rakan-rakan dan pemimpin dalam persatuan, serumah, keluarga bahkan apa saja yang di sekeliling. Walau bagaimanapun faktor dalaman dalam diri lah yang perlu lebih kuat untuk mengatasi segala faktor luaran. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk setiap perkara, kerana Allah telah berjanji bahawa diriNya saja sudah memadai untuk mereka yang bertawakal..
PENGKALAN CHEPA: Kemiskinan hidup bukan penghalang kepada seseorang
untuk berjaya dalam pelajaran. Biarpun kesempitan hidup bersama keluarga dirasai,
namun ia tidak pernah menghalang anak kepada nelayan dan tukang cuci untuk mendapat
keputusan cemerlang dalam pelajaran. Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal,18 membuktikan hakikat itu apabila beliau muncul pelajar paling cemerlang di negara ini dengan memperolehi pencapaian 20A(19A1 dan 1A2) dalam peperiksaan SPM2008.Kejayaan itu diraih hasil kesungguhannya sendiri. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lebih membanggakan lagi Nur Madihah mengakui tidak mengikuti tuisyen di luar sekolah kerana kesempitan kehidupan keluarga.Kejayaan itu bukan sekadar melonjatkan namanya ke seluruh pelosk negara, sebaliknya MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN, sebuah sekolah agama di bawah kelolaan YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) terus unggul melahirkan ramai cendekiawan Islam rantau ini. Nik Nur Madihah merupakan mutiara kedua yang berjaya dilahirkan MMP selepa Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar terbaik spm2006 dengan memperolehi 18A(17A1 dan 1A2). Rahsia kejayaan beliau sering bertanya kepada kawan2 dan guru2 yang mengajar. Beliau juga gemar mengamalkan puasa sunat khusus hari isnin dan khamis, kata beliau dengan berpuasa dapat menjaga masa dengan lebih baik. Beliau yakin dengan cara memohon doa,solat hajat, dan solat tahajjud dapat memberi kemudahan malah keberkatan menjawab soalan.
MMP telah mengutamakn pendekatan iaitu prinsip ubudiyah,itqan, dan musuliah sehingga melahirkan ramai pelajar cemerlang. Prinsip ini yang membawa kita kepada mendekatkan diri kepada Allah di dalam segala segi kehidupan. Prinsip ini juga boleh merapatkan hubngan kita sesama warga sekolah dari peringkat atas ke peringkat bawahan. Menanam sikap semangat kesedaran, keikhlasan dan minat dalam diri pelajar. Dengan ada sikap ini pelajar tidak akan susah untuk menimba ilmu.....
Justeru, pentingnya penerapan nilai2 islam dalam pendidikan sebenarnya. Generasi mutakhir
lebih cenderung pada budaya tidak sihat kerana lerai dengan keizzahan islam, mereka tidak diberi pendedahan pada awal lagi. Melalui pembelajaran n pendidikanlah bermulanya.
Apabila Ad-din diberi keutamaan maka lahirlah generasi bijak pandai dan bertaqwa kepada Allah.
~Andai diri ini belum sempat menguis keinsafan, termanggu, seksa zahir dan batin dengan azab yang dijanjikan..x terhitung dosa2ku dek saban waktu alpa dengan keasyikan duniawi..selagi hayat dikandung badan muhasabah diri dan tingkatkan amalan kebajikan agar diri mudah meniti titian syirat..insafi diri, engkau hanyalah faqir dan miskin segala2nYa, segala hak milikmu di muka bumi bukan kekal abadi. Ia adalah hak mutlak Maha Pencipta!~
Pertama kalinya pd tahun ini Alumni Matm induk mengadakan Muqayyam Tarbawi
collarabation with pihak pentadbir sek..Saudara Rasyid selaku Prog.manager walaupun x secara
rasmi ditaklif oleh pihak sek..hu2=)
Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam...100% d'conduct oleh fasi2 seramai 6 orang.
4 mint 2 smart...hu2=) alhamdulillah,biarpun bil. penggerak x mencukupi tetapi program ini berjalan lancar n santai mengikut apa yang dijadualkan.
Antara objektif program ini adalah:
Melahirkan pelajar produktif yg berkepimpinan unggul
Berakhlak dan bertaqwa
Kesedaran maksima tentang Amar Makruf Nahi Mungkar
Otak menggunakan 25% oksigen daripada badan. Dalam keadaan biasa, sebahagian sel-sel otak tidak mendapat oksigen yang cukup kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekali gus melawan tekanan graviti. Semasa sujud, punggung tinggi daripada kepala. Ini baik untuk kecerdasan otak kerana pada keadaan sujud, jantung berada paling tinggi daripada kepala yang memudahkan proses mengepam darah untuk sampai ke otak dibantu oleh tarikan graviti. Otak manusia menjadi semakin cerdas dan fokus.
Solat membantu mengelok dan memantapkan sendi terutama bagi mereka yang mengidap radang sendi. Ini kerana semasa solat, sendi digerakkan. Mereka yang bangun tidur pada jadual yang sama setiap pagi adalah lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengikut jadual bangun tidur kerana jadual yang tidak tetap menganggu pengeluaran hormon bernama cortisol menggugat kecerdasan........
Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti mendefinisikan jihad ialah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinngikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat Islam. Sabda Nabi : "Sesiapa mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak berniat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan mati jahiliah".
Wahai sahabat!Ingatlah jalan yang kita pilih inin adalah jalan jihad. Jihad untuk menegakkan maruah dan gaya hidup berteras agama islam yang murni. Jihad kita ialah menentang sesiapa yang mengingkari agamaNya dan menyeru umat manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jihad bagi mahasiswa pula ialah mengorbankan masa, tenaga, dan harta benda untuk memenangkan agama Allah di dalam dan luar kampus.
Wahai sahabat mahasiswa! Marilah kita menegakkan kerajaan Allah di muka bumi ini, melaksanakan syariah undang-undang Allah, merebut kembali kekuasaan Alah daripada tangan manusia yang durjana yang berani merampas hak-hak Allah. Usaha memansuhkan undang-undang bikinan manusia tidak akan berjaya jika hanya setakat bertabligh, berpidato, dan ceramah penerangan sahaja. Kita haruslah bangkit membantu gerakan islam dalam membebaskan umat manusia daripada pengabdian sesama manusia dengan mewujudkan pemerintahan berpandukan syariat Islam.
Wahai sahabat mahasiswa sekalian! Ranjau berduri harus kita terima dengan redha dan sabar. Bagi menguatkan semangat dan jiwa, marilah kita nyalakan pelita perjuagan, marilah kita menyemak dan mengkaji serta mengambil iktibar daripada sirah nai, para sahabat dan pemipin haraki untuk menghadapi musuh yang bertuhan material. Lihatlah Sayyid Qutb hanya seorang penulis tetapi ditakuti oleh pemerintah sekular Mesir. Akibatnya ia dihukum gantung tetapi baginya kematian hanya satu perjalanan untuk menuju matlamatnya. Matlamat Sayyid Qutb mnemui kekasih yang merinduinya di taman-taman syurga. Ayuh sahabat! Mari bersama menegak Islam di kampus dengan bersungguh-sungguh. Ingat! Perjuagan kita adlah jihad!