Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, January 31, 2011

~Musim Banjir BN menang bergaya~

26 Safar 1432H

Salam sejahtera semua, salam perpaduan & salam 1 ummah(^_^)

Berita rasmi:
9:44pm: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan rasmi:

BN - 6,699 undi
PAS -2,992 undi
Majoriti - 3,707 undi

Majoriti BN adalah 1,215 suara lebih tinggi daripada yang diperolehinya dalam pilihan raya umum 2008.
Calon BN= Mohd Azahar Ibrahim 39 tahun
Calon Pas= Normala Sudirman( cikgu Mala) 38 tahun

Setelah banyak provakasi yang di mainkan pihak media seperti isu  Salam Non- muslim. Sudah menjadi larangan dalam islam wanita salam tangan bukan mahram baginya tetapi ia menjadi bahan senda oleh pihak BN. Presiden MCA mempersoalkan kenapa cikgu Mala x salam dengannya. Sepatutnya BN selaku Parti pemerintah menerangkan halal haram bukan mempersendakannya. Sementelah, Cikgu Mala seorang yang berpegang teguh dan berprinsip mempertahankan hokum. Sifat tersebut menggugat kompentasi BN. Bahkan hokum itu sudah thabit x wajar dipersenda dan dimainkan lagi.  Menampakkan BN/UMNO x matang , bermain politik murahan malah menjadi tradisi mereka setiap kali bertanding dengan calon muslimat.

Dilaporkan dalam berita tahap kesedaran pengundi Tenang membanggakan walaupun berlaku banjir teruk di sekitar Labis dll tempat. Malah amat pelik apabila ‘tidak sedikit pon terjejas’ dan proses membuang undi berjalan dengan lancar. Huh, boleh pakai ke fakta ini.Confius?? 

Menang dan kalah adat pertandingan. Tahniah pada Cikgu Mala dengan kesungguhan anda di medan juang memberikan sinaran islam di bumi TENANG. Anda Memang Hebat dan andalah PEMENANG sebenarnya! KEpada Tok Ai, isilah kemenangan dengan sebaiknya. Sambutlah  slogan Juara Rakyat dengan sepenuh penghayatan. Semoga dapat menjalankan tugas selaku wakil rakyat ADUN TENANG dengan tenang, jujur dan amanah.

Wassalam.



Sunday, January 30, 2011

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG


Keputusan rasmi: BN menang di DUN Tenang
             

LABIS 30 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, 39, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas menewaskan calon Pas, Normala Sudirman, 38, dengan majoriti 3,735 undi.

Bagaimanapun, ini merupakan keputusan tidak rasmi yang diberikan kepada Utusan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis pada 17 Disember lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sulaiman mempertahankan kerusi berkenaan apabila menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi

DUN Tenang mempunyai seramai 14,753 pengundi berdaftar. - Utusan

Kasi story sikit=)

25 Safar 1432H
Salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1.. ummah (^_^)



Tak tahu apa nak tulis pada entri kali ini, tak tahu knapa terlalu rajin ‘customize page’ nih, background page pon select random je, Nampak je purple terus ‘copy’..hehe..rajin tibe2 menjelma sejak mula cuti hari ini. Never mind,, early morning i’ve mid-term for OB paper, SYUKURLAH...Alhamdulilah..bleh jwb sikit2 je ntah betoi atau x..Allah dan sir yang Tahu..~hee.. X well-prepared masuk xam, sempatla revise bbrpe chapter je sebab semalam x tido. It does not means i do revision yeah but i had to be seekers/perawat yang x bertauliah!.. Anda tau makhluk Allah yang dicipta api?
HANTU,JIN,IBLIS, SYAITAN. Apa perasaan anda jika ditakdir berjumpa dengan mereka,TAKOT?..Allahuakbar!!

Cerita begini, lepas maghrib berjemaah dengan mak, niat asal mahu balik uia kejap sebab ada meeting malam tue.[maaf sahabat2 ye] Tiba-tiba mak mengaduh sakit dada, aku pula x sedap hati, berdebar lain macam pulak. PELIK.
Ada pula tetamu bertandang ke rumah malam tu kerana ada urusan perlu diselesaikan sebelum bulan Mei ini. Cuba layan sebaiknya.
Malam yang sunyi, sunyi dari biasa sehingga tetamu tegur kenapa sunyi begini begitu[dengan nada ada sesuatu benda x elok akan berlaku]. Aku cuba buat2 xpaham kerana nak menyedapkan hati. Rupa2nya, memang sungguh sangkaan tu!Di pendek cerita, ditakdirkan Allah malam tue sekitar pukul 2pagi adik kesayanganku Wani di serang makhluk halus, berteriak x sedar diri. Kaget.  Allah kejadian tu berlaku sendiri pada keluarga ku. Cenggang dibuatnya walaupun aku adala sikit pengalaman menjadi perawat x bertauliah. Nak di jadikan cerita, itu bukanlah saka ke apa ke tapi sihir atau ilmu hitam yang dihantar orang tertentu untuk menggangu kami sekeluarga. Mungkin x perlu dicerita lanjut kan? Apa yang berlaku pada wani malam tue, kembali tenang lewat pukul 5pagi.
Sebenarnya, tujuan asal post entri kali ini bukan hendak bercerita apa yang terjadi semalam tapi hendak meluahkan rasa terkilan dan sedih dengan sikap manusia berniat jahat lagi zalim ni. Sikap DENGKI, DENDAM, TAMAK  yang menguasai minda x sedar tanpa panduan wahyu. Akibatnya, NAFSU MENDAHULUI AKAL. akhirnya jalan pintas diambil. IMANI KUASA SELAIN ALLAH BERETI KUFUR TAU!!!!!
Mereka Tak takutkah dengan azab pedih Alllah taala?Tak takutkah murka Allah?Sudahla Allah murka.. esok2 mati tanah dan bumi pula x terima!
BERSABAR. Biar Allah membalas perbuatan jahat tue, selagi pintu taubat terbuka. Sesalilah sungguh2 pada Allah. Jika engkau ingkar menyesal la kau dengan sungguh penyesalan!


Wallahualam..


Thursday, January 20, 2011

~sOFT rEMINDER~



~together to fight ur dream, ur right, ur concern!!~

WE LOVE IIUM

Speaker isytihar kerusi kosong di Adun Pelabuhan Klang

Sumber: Malaysiakini.


Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.
"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang,” kata Teng.

Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.

"Dalam suratnya itu, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November,” katanya.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.
Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

Thursday, March 19, 2009

==NIK NUR MADIHAH BUKTIKAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA BOLEH!==



Anugerah Pelajar Terbaik

Beliau menunjukkan slip keputusan SPM



PENGKALAN CHEPA: Kemiskinan hidup bukan penghalang kepada seseorang
untuk berjaya dalam pelajaran. Biarpun kesempitan hidup bersama keluarga dirasai,
namun ia tidak pernah menghalang anak kepada nelayan dan tukang cuci untuk mendapat
keputusan cemerlang dalam pelajaran. Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal,18 membuktikan hakikat itu apabila beliau muncul pelajar paling cemerlang di negara ini dengan memperolehi pencapaian 20A(19A1 dan 1A2) dalam peperiksaan SPM2008.Kejayaan itu diraih hasil kesungguhannya sendiri. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lebih membanggakan lagi Nur Madihah mengakui tidak mengikuti tuisyen di luar sekolah kerana kesempitan kehidupan keluarga.Kejayaan itu bukan sekadar melonjatkan namanya ke seluruh pelosk negara, sebaliknya MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN, sebuah sekolah agama di bawah kelolaan YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) terus unggul melahirkan ramai cendekiawan Islam rantau ini. Nik Nur Madihah merupakan mutiara kedua yang berjaya dilahirkan MMP selepa Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar terbaik spm2006 dengan memperolehi 18A(17A1 dan 1A2). Rahsia kejayaan beliau sering bertanya kepada kawan2 dan guru2 yang mengajar. Beliau juga gemar mengamalkan puasa sunat khusus hari isnin dan khamis, kata beliau dengan berpuasa dapat menjaga masa dengan lebih baik. Beliau yakin dengan cara memohon doa,solat hajat, dan solat tahajjud dapat memberi kemudahan malah keberkatan menjawab soalan.
MMP telah mengutamakn pendekatan iaitu prinsip ubudiyah,itqan, dan musuliah sehingga melahirkan ramai pelajar cemerlang. Prinsip ini yang membawa kita kepada mendekatkan diri kepada Allah di dalam segala segi kehidupan. Prinsip ini juga boleh merapatkan hubngan kita sesama warga sekolah dari peringkat atas ke peringkat bawahan. Menanam sikap semangat kesedaran, keikhlasan dan minat dalam diri pelajar. Dengan ada sikap ini pelajar tidak akan susah untuk menimba ilmu.....
Justeru, pentingnya penerapan nilai2 islam dalam pendidikan sebenarnya. Generasi mutakhir
lebih cenderung pada budaya tidak sihat kerana lerai dengan keizzahan islam, mereka tidak diberi pendedahan pada awal lagi. Melalui pembelajaran n pendidikanlah bermulanya.
Apabila Ad-din diberi keutamaan maka lahirlah generasi bijak pandai dan bertaqwa kepada Allah.