Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

TAWARAN!

Salam 4 Muharam 1432H

            Dua hari lepas mak saudara ku telah memperkenalkan satu produk ni. Jika beli produk nih,kena bayar yuran ahli, jadi brokerage(tukang promosi) atau agen. Malah aku perlu mencari rangkaian ahli dibawah aku sebanyak 3orang sahaja(broker)  dan aku akan mendapat komisen 10% dari jualan produk. Jika aku berminat mak saudaraku ajak pergi seminar dia untuk train supaya lebih hebat dan berkesan memasarkan produk tersebut. Aku sebenarnya x berapa la minat sangat produk tue kerana aku x layak menggunakannya kerana ‘zaman itu dah berlalu’. X perlulah aku beritahu apa sebenarnya produk itu. Cuma aku tersangat terpana dengan keuntungan jualan produk itu. Sebulan aku akan dapat at least RM 700 lebih jika aku berjaya memperolehi rangkaian ahli di bawah aku dan tambah pula aku juga akan dapat keuntungan jualan daripada rangkaian ahli 3 orang itu sebanyak 1%. Mak saudaraku bersungguh2 menyakinkanku bahawa produk ini mendapat kelulusan dari kementerian dan dia juga beri la beberapa bukti kejayaan ahli atau agen produk nih. Dia kata ada la suri rumah ini mendapat hasil pendapatan dari produk ini sebulan dia mampu menjana hampir RM500000 SEBULAN...perghh..X kaya gitu! Tetapi aku x terpadaya dengan bujuh rayu mak cikku kerana aku tahu itu adalah..........(^_~)

Korang mesti dapat teka kan? Inilah MLM..malam? bukan..MULTI LEVEL MARKETING.

Multi level marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingkat bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Sepertimana yang telah aku sebut tadi.

Rata-rata mereka yang masuk perniagaan ni bukanlah nak sangat menggunakan produk tersebut atau mereka x guna tetapi mereka akan menjual kepada pengguna yang berumur 12thun kebawah tetapi yang membeli nya mestilah penjaga mereka kan. Harga tue aku kurang pasti tapi sekali beli kad tersebut ratus-ratus ringgit la belanja nya. Agen atau upline ni bukan calang2 orang. Kebanyakan mereka ini orang2 bisnes.

Mengapa pula aku x join venture dengan makcik sedangkan dia berjanji nak tolong aku. Yelah kewangan aku ni x berapa kukuh. Cuti panjang sikit cari kerja. Maklumla stay off campus xde duit belanja.Haha..Keluarga x berada, bergantung pada gaji mak sebulan xcukup nak memenuhi kehendak!.. semua barang naik![Dengus]. Itu bukan pokok nya, aku suka juga meniaga tapi bukan cara ini. MLM ni kalu kita xpandai pilih kita mudah terjerumus dalam unsur2 syubhah atau gharar(penipuan). MLM ini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan yang berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmu Shariah untuk mendalami proses sistem ini.Mungkin! Aku teliti pemilik perniagaan ini bukanlah orang islam kira aku masuk pun aku mengenyang perut orang bukan islam....heheh.. Ini adalah sebab utama aku menolak. Tetapi niat ikhlas nak menbantu pelajar boleh jadi ibadah. Betoi x? Sebenarnya cara ini x berapa nak sesuai. Pada pandangan peribadiku sendiri.(^_~)

Ringkas dan padat daripada hasil kajian tentang MLM agar aku dan juga anda yang setia membaca informasi ini kelak lebih berhati2 pada sistem pemasaran ini:

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Produk MLM ini tidak kabur kualiti dan kegunaannya dibenarkan dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

3. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

4. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah(komisen/reward). Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

5. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

6. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

7. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas.

8. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi

(Sumber: Ust zaharuddin.net)

Ini sekadar panduan bagi kita. Islam menitikberat hal yang mudah terjerumus dalam keraguan. Memasar sesuatu produk itu mestilah juga berkonsepkan ihsan. Malah pelbagai pendapat dari ilmuan shariah Timur Tengah yang menganggap sistem ini masih baru dan masih tiada fatwa mengatakan ia haram. Jadi kita sebagai pengguna,agen,broker, atau pemilik perniagaan harus teliti mengkaji dan mengambil pandangan ilmu shariah untuk mengelak kekeliruan dan penindasan dalam sistem ini.
[Aplikasi Fiqh Economist 2]

Thursday, July 2, 2009

RM1500=Miskin??



Kak..Berapa ringgit semua? RM 29.55 dik...Ala kak,tak cukup pulak RM0.05. Kira halallah kak.Em..baiklah=) Ini adalah dialogku bersama penjual...?hehe..SECRET. Nak kata masih bernilai lagi RM0.05 ini. Tapi kita jarang pula jumpa gula-gula yang berharga RM0.05. Kenapa ya? Sungguhpun, nilai 5 sen atau 1sen inilah yang sangat berharga jika tiada nilai tersebut mustahil kita boleh mencukupi RM1,999,999.95 atau RM1,999,999,99 ke nilai RM 1juta. Teringat sebuah iklan di TV, ibubapa si budak kecil ini begitu berjimat menggunakan ubat gigi sehinggakan si anak tersebut berkata, "mahu berjimat?pergilah carefour".Lebih kurang begitulah.



Ketidakstabilan ekonomi negara kita begitu mengharapkan rakyat Malaysia membudayakan jimat-cermat. Tapi, jika kita ke pusat membeli-belah tidak kira di awal atau hujung bulan, boleh tahan juga masyarakat kita berbelanja.Bagi isi rumah mereka memerlukan pendapatan untuk membiayai sewa rumah, loan kereta, bil air, bil elektrik, barang dapur, cukai, nafkah isteri bagi suami and 'many more to maximize their satisfaction but it is not included to fulfil their luxury'. Kadang-kadang kita gagal mengawal bajet kewangan peribadi dan keluarga mungkin disebabkan kita gagal merasai penangan 'kemeseletan ekonomi' yang melanda negara kita. Kerajaan sedaya upaya mencari jalan memulihkan krisis ekonomi ini antaranya baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bijak mengatur langkah menjalinkan hubungan diplomatik dan Inter-trade dengan mengadakan lawatan ke Negara China. DSMN 'bijak' menggunakan kesempatan ini dengan menjual nama ayahanda beliau Tun Abdul Razak kerana ayahyanda beliau pernah berjasa kepada Parti Komunis China sehingga Parti Komunis Malaya dapat ditubuhkan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. DSMN berhasrat Negara China yang maju dari segi sektor perdagangannya mampu menjadi mentor kepada negara Malaysia nanti. Sungguh hebat Dato' Seri Najib. 'Bijak mengatur strategi' meningkat Income Negara. Malangnya, beliau tidaklah begitu teliti mengenai kebajikan rakyat amnya.


Ketidakseimbangan kos hidup antara rakyat luar bandar dan bandar bermasalah mengatur 'budget line' mengikut pendapatan yang diperolehi. Contoh, di kampung sekiranya ibubapa dan sanak- saudara bertanya kepada kita, " Berapa gaji kamu?" dan kita menjawab, "RM1500 sahaja", mereka akan menjawab, "Wow, banyak tu yop!" Sedangkan di Kuala Lumpur pendapatan tersebut untuk tiga orang isi rumah sudah tergolong sebagai MISKIN! Kos hidup di bandar yang begitu tinggi menuntut satu isi rumah supaya mencapai sasaran RM3000 sebulan untuk tiga orang sahaja isi rumah. Bayangkan!

Islam pula memberikan takrif yang tersendiri terhadap kemiskinan. Menurut Islam, rakyat yang berpendapatan melebihi separuh daripada keperluan dalam satu-satu hari tetapi tidak dapat memenuhi keperluan, dikira miskin!Ini bermakna, jika sekiranya beliau dan tanggungannya memerlukan RM30 sehari tetapi ia hanya berpendapatan RM20 sehari, maka dikategori dalam kelompok miskin. Jika pendapatan kurang separuh iaitu kurang Rm15, dia dikategori sebagai golongan fakir! Inilah realiti yang berlaku di Malaysia yang bukan Malaysia 5o tahun dahulu yang RM0.05 ini sangat bernilai ketika itu.
Tutup mata,bukalah minda..BAYANGKANLAH! Bagaimana pula dengan mereka berpendapatan RM3000 sebulan tetapi tiba hujung bulan poket kosong? Adakah kerana faktor kemiskinan atau tidak pandai BERJIMAT? Fikir-fikirkanlah...