Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Menetap Azam baru 1432H

Salam 2 Muharam 1432H...


Tak terlambat sekirannya saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah kepada warga blogger yang dirindui. Rata-rata dikalangan kita yang menyambut tahun baru ini mesti akan memasang niat dan azam baru. Jadi, diriku x ketinggalan. Sudah lama aku menbiarkan blog ini usang, berhabuk dan bersawang dengan input2 yang lama x di update. Sibuk sangatkah aku ini sehingga x sempat meng-update? x silap aku hampir SETAHUN aku membiarkannya. Nasib kaulah MDS dapat tuan begini(-_-)


sebenarnya masa 24jam yang Allah anugerah pada kita ini tersangat cukup. Masa yang diperuntukkan untuk mencari rezki, belajar, beribadat dan rehat terangkum sekitar 24jam ini. Adakala kita peruntukan masa untuk 3pkr x 8jam=24jam atau 12pkr x 2jam=24jam atau 6pkr x 4jam. Maka, sejauhmana kebijaksanaan kita mengurus masa itu?

adakah ia berlaku seperti di atas?

Siapa yang dah ambil halaqah 2, ingat x naqibah a.k.a fasi akan minta pelajar hafal (surah al-mu'minun1-11). Jika kita x hafal xdapatla markah lebih dalam assessment, kan(^_^)..hah,ingat lagi ayat itu?


"sesungguhnya berjayalah orang2 beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan sia-sia...."(mu'minun:1-3)

yakni mukmin yang cemerlang sentiasa menghargai masanya untuk beribadat. Bukan bererti aku layan dan update blog ini aku mensia-sia kan masa. Sebaliknya, aku dapatla berkongsi serba sedikit kepada sahabat2. Sama2 berislah kpd yang lebih baik. 'khairunnas yanfa'un linnas"(^_^)

Okeh, apa azam dan perancangan kita sempena tahun baru ini? ucapan ini the most 'common' digunakan "smoga kita berubah kepada yang lebih baik"
pernah baca entri terbaru Hilal Asraf, beliau mendefinasikan mukmin ini x maksum sering melakukan kesilapan jua. Betoi!. Adakala Iman naik dan iman turun tetapi bukan turun merudum pula ya. Cuba muhasabah diri kita adakah graf kita seperti ini?


Allah s.w.t telah berjanji akan menilai keimanan hambaNya seiring dengan kemampuannnya. Betoi kan?

Oleh itu, kesilapan atau kegagalan yang berlaku sepanjang tahun lepas jadikanlah sempadan!


"Maka untuk membuatkan diri kita dapat melakukan peningkatan, belajar daripada kejatuhan yang telah berlaku, belajar daripada kesilapan yang telah kita laku, itu adalah antara seninya yang sebenar. Belajar daripada kesilapan orang lain juga adalah perkara yang penting." -Hilal Asraf

Tambah pula,


"
Seorang mukmin yang serius, akan meluahkan azamnya dengan serius juga. Serius di sini bermaksud dia sudah menjadi jurutera kepada tahun itu. Dia sudah mendesign apa yang hendak dibina pada tahun itu. Apa perkara yang hendak dicapai. Apa peningkatan yang mesti dia usahakan untuk berlaku. Apa kekuatan yang mesti dia tambah."-Hilal Asraf


Lalu rancang target kita mulai hari ini sehingga berakhir tahun ini.

Seperti berikut:




*MENETAP MATLAMAT DENGAN JELAS
*MERANCANG CARA UNTUK MENCAPA MATLAMAT YANG DITETAPKAN
*MELAKSANAKAN PERANCANGAN




wallahua'alam..







Saturday, September 19, 2009

Muhasabah di Saat Terakhir Ramadhan: Di Manakah Kita?

29 Ramadhan 1430H




Ramadhan sudah berakhir Syawal menjelang tiba.Sambutlah dengan tanda kesyukuran.

Selalunya di malam-malam terakhir Ramadhan ini akan berlaku pertembungan antara menghidupkan baki Ramadhan dengan Qiyamullail dan ibadah-ibadah lain dengan persiapan menjelang hari yang terbesar dalam kalendar umat Islam iaitu Eidulfitri. Bagaimanakah caranya kita mampu menyeimbangkan antara keduanya tanpa kita meninggalkan salah satu daripadanya?

Pertamanya kita harus jelas dan ingat kembali matlamat Ramadhan yang telah Allah tetapkan kepada kita semua. Diwajibkan kita berpuasa di bulan ini seperti kaum-kaum terdahulu adalah supaya kita menjadi orang bertaqwa. Melihat kepada matlamat ini sudah cukup untuk kita sama-sama menilai diri sehingga ke hari ini adakah sudah tercapai matlamat yang dikehendaki oleh Allah swt, Tuhan Pencipta diri kita dan seluruh makhlukNya.

Tanya diri sendiri adakah puasa yang dilakukan berjaya mendidik NAFSU supaya mengikut IMAN dalam setiap gerak laku kita sepanjang masa? Adakah kualiti puasa kita setara dengan matlamat keTaqwaan atau sekadar menahan lapar dan dahaga tanpa menjaga adab-adab, tutur kata dan pandangan?

Tanya juga adakah amal ibadah; solat-solat fardhu, solat-solat sunat, Qiyamullail dan bacaan Al-Quran sudah bertambah, di tahap yang sama atau berkurangan dari sebelumnya. Bagaimana pula dengan zakat, sudahkah ditunaikan dan adakah kita sempat juga melakukan sedekah di bulan ini?

Penilaian sebegini penting sebelum berakhirnya Ramadhan agar kita menyambut Syawal nanti dengan KEMENANGAN YANG SEBENARNYA pada pandangan Allah, bukan KEMENANGAN YANG PALSU menurut pandangan manusia.

KEMENANGAN YANG HAKIKI ialah apabila berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna, mendapat keampunan daripada Allah swt dan dimasukkan ke dalam syurga.

KEMENANGAN YANG PALSU ialah berjaya membuat banyak biskut raya, memasak rendang dan ketupat serta mempersiapkan diri dan rumah dengan perhiasan indah sedangkan matlamat Ramadhan tidak tercapai. Kita tenggelam dalam persiapan hari raya tanpa menyedari peluang ibadah di bulan ini ditinggalkan sia-sia.

Amat malang lagi buat kita yang dalam sibuk melakukan persiapan hari raya masih mampu melakukan dosa-dosa meskipun kecil dan remeh pada pandangan kita. Pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram tidak dijaga, bergurau senda berlebih-lebihan dan masih mampu berbicara dan melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.



Sempena menjelang Syawal pada esok hari, tepuk dada tanyalah iman kita dimanakah kita berada,adakah kita menyambut hari lebaran esok dengan rasa penuh ketaqwaan dan kesyukuran kerana dapat mengecapi kemenangan melalui tarbiyah Ramadhan?pikir2kanlah..Dengan ini, saya dengan rase rendah hati mengucapkan Selamat menyambut EidulFitri wal Faizin pada muslimin dan muslimat yang sudi melayari blog ini. Kullu ‘am wa antum bikhair.

Wallahu a’lam.