Showing posts with label haraki. Show all posts
Showing posts with label haraki. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

~Wisdom Advice To Muslimat POwer~

Salam 16 Safar 1432H



UNTUK MUSLIMAHKU YANG DIKASIHI…



Akhirnya, wahai Muslimahku….

Insafilah, bahawa ketika ini musuh-musuh Islam begitu memerhatikan kedudukan wanita Islam dan kepada siapa dia dapat memberikan pengaruhnya. Seorang Muslimah itu, hidupnya adalah sebagai seorang ibu, sekaligus sebagai guru dan pembangun generasi yang makmur dan padu.

Justeru itu, mereka berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan moral dan akhlak Muslimah, merentap ‘pakaian’ Deen yang benar, mengoyak ‘hayaa’( rasa malu ) dari menutupi tubuh badan, fikiran dan tindakan mereka sehingga kesannya nanti, moral dan akhlak anak-anak Muslim, pembangun masa depan sebagai tiang-tiang ummat, akan turut hancur dan rosak. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan tanpa rawatan, kelak tiang ini akan hancur lunyai bak dimakan anai-anai. Hilanglah kekuatan Ummah. Generasi pewaris semakin lemah, maka apa yang akan terjadi pada masa depan umat Islam ? Mungkinkah hanya tinggal sejarah ?

Tidakkah sebak di hati kita membayangkan ummat Islam di zaman Rasul dan salafussoleh, mereka cemerlang dan tinggi di mata dunia kerana meletakkan kebenaran menguasai hawa nafsu. Berbanding kita hari ini…semakin lemah dan diperlekeh kerana nafsu merajai kebenaran sehingga sanggup mengenepikan wahyu dan aturan Tuhan.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama, dalam menghadapi situasi yang gawat dan kritis ini, untuk kembali kepada kehendak Allah SWT yang menginginkan agar manusia berusaha mengendalikan hawa nafsu berwahanakan ilmu. Ilmu yang yang diwariskan oleh Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat, tabi’in, tabi’ al-tabi’in, dan para ulama yang sentiasa prihatin dengan ajaran dan sunnah Rasul-Nya.

Muslimah tercinta…

Kata-kata saya ini bukan baru, namun ia adalah peringatan untuk kita semua. Semoga Allah SWT mengurniakan manfaat yang ada padanya dan mengalirkan kesannya pada hati dan jiwa kita dengan kedamaian, ketenangan dan kebahagiaan.

Ketahuilah, kita kini umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, sedang menunggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran besar, iaitu akhirat yang lebih kekal. Tingkatkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya dan carilah apa yang menyenangkan Allah bagi memungkinkan kita meraih komoditi yang tidak terbanding nilaiannya..

Bahawa kita semua punya harapan untuk Al- Jannah. Syurga yang tersedia untuk golongan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Nurkilan ikhlas dari: Norhidayah Fauzi.(iium 2006-2011)

Monday, December 13, 2010

Jangan buka! Tiada apa2 pun(~_^)

Salam 7 Muharam 1432H

Entah la malam begini mata x berapa nak lena,
tiba2 terasa nak coret sesuatu di ‘Diari serikandi’,
x keruan pula x post sesuatu sejak 2hari ini, Aku tahu bukan ramai yang singgah di blog nih...

Tujuan sebenar aku berblog bukan hendak bermegah. 
Aku baru sahaja bertatih dalam bidang penulisan.
Banyak perlu diterokai. 
Gaya penulisan tidaklah menarik mana. 
Jika ada ayat2 yang hebat atau berinformasi itu ialah ayat2 yang aku kupas dari sumber artikel, atau blogger dan mana2la yang aku terbaca.  
Beberapa hari lepas aku diamanahkan menyertai satu program ni. Aku cuba ‘menghambat’ peluang tersebut; kerana program sebegitu yang aku cari-cari selama ini. Alhamdulilah, Allah makbukan jua permintaan itu pada masa yang aku rasa ‘sangat sesuai’....

Buka semester esok bermulalah sebahagian diari hijrahku. Sebenarnya mampukah aku membuktikan perubahan dan mencapai resolusi dari program itu? Semester ini sungguh mencabar! Yang aku rasa medan itulah peluang mengasah potensi dan berbakti di lapangan yang ku pilih. 

Gambaran: Merangka strategik

‘Prioty akademi dan kerja-kerja Islami harus seiring’....
Ya!Tapi... Takut!
 Mudah alpa pada nikmat!
 Mudah kecundang dengan ujian!

Hati terdetik, mengapa kadang-kadang trase lemah semangat dalam perjuangan?


Kata-kata itu masih terngiang2..”Mereka yang futur dan lemah beramal banyak menghabiskan masa di rumah sambil menonton televisyen atau menyibukkan diri dengan urusan kerja atau melayari internet siang dan malam...”

Tersentap..

Malu sungguh pada diri yang jahil itu..

“Sedangkan para sahabat RA diuji kredibiliti iman dan taqwa mereka di medan jihad, medan yang sebenar. Peperangan Ahzab yang terjadi pada tahun 5 H. antara pengalaman getir Rasulullah SAW dan para sahabat dalam berjihad di medan amal." Peperangan ini sangat penting yang akan menentukan tertegaknya Islam;dalam surat Al Ahzab ayat 10-11


“Mengaku pejuang agama tapi masih melakukan perkara sia2..layakkah begitu? 
Bagi mereka tiada istilah futur dalam beramal, sehingga tiada waktu untuk beristirehat dan berangan-angankan akan hal-hal yang bersifat duniawi”

Ustaz kata: Pacaklah jiwa tarbawi, jiwa daie yang mujahid dan setiap kata2 ialah perjuangan. Semoga ia penawar virus itu..

Wallahualam..




Thursday, March 19, 2009

==LEMAH @ FUTUR==

Dua perkataan yang sering menjadi halangan kita lebih-lebih lagi apabila kita bergelar daei atau mukallaf. Kenapa saya memilih 2 personaliti iaitu lah 'daei' dan 'mukallaf'? Sebabnya jelas.. kerana 2 profesion inilah yang sering berdepan dengan cabaran yang berat dan memungkinkan mereka mengalami masalah lemah dan futur.
(Daei: Orang yang menyeru ke jalan dakwah)
(Mukallaf: Orang yang terbeban di atasnya tanggungjawab)
Saya pernah membaca buku tulisan Fathi Yakan.. "Mutasaqitun fi Tariq ad-dakwah" yang bermaksud 'mereka yang jatuh di jalan dakwah. Isinya saya rasakan cukup 'mengenakan' diri sendiri. Masalah lemah atau futur atau saqit bukanlah fenomena baru. Malah ia telah lama berlaku sejak zaman para sahabat lagi. Contohnya ketika Perang Tabuk, di mana beberapa orang sahabat seperti Kaab bin Malik dan beberapa orang lain bertangguh dari bersiap sedia untuk berperang dan akhirnya ditinggalkan oleh rombongan tentera Islam. Sikap Kaab bin Malik ketika ini yang dikatakan 'bermudah-mudahan' dengan perintah Allah telah dianggap salah satu contoh futur yang berlaku pada zaman Rasululullah. Akhirnya sekembalinya Rasulullah dari medan perang, beliau pergi menemui Rasululullah untuk mengungkap kata maaf, namun apa yang dijawab oleh Rasulullah ketika itu? "Tunggulah sehingga Allah memberi keputusan terhadap kamu"(Petikan dari Bukhari dan Muslim). Dalam pada itu Rasulullah turut mempunyai cara baginda sendiri untuk memberi pengajaran pada sahabat-sahabat ini sehinggakan anda sendiri pasti tersentuh jika membaca hadis sahih ini dan membayangkan diri anda di tempat Kaab bin Malik. Bagaimana dia dipulaukan pelbagai dugaan lain lagi ditimpakan ke atas dirinya demi untuk ditarbiyah oleh ALLah dan Rasulullah.
Pada zaman itu, para sahabat amat beruntung kerana teguran dan tarbiah yang didatangkan secara terus-menerus dari Allah. Untuk satu fasa terasa futur, terus Allah beri teguran. Mereka bertaubat dengan sebenar-benar dan taubat mereka diterima Allah...
Bagaimana mengenalpasti 'futur' dalam diri? Apabila terbit rasa malas menyertai program ilmu, apabila berat untuk melaksanakan amar maaruf nahi munkar, apabila rasa 'reluctant' untuk sesuatu yang diperlukan/diwajibkan, ketika itu kita perlu sedar segera dan bangkit dari terus dibelenggu. Cari alasan kenapa rasa futur, dan jangan biarkan diri terus futur. Seperti yang telah saya ungkapkan di atas, 'kitalah apa yang kita fikirkan', dan kita jualah yang meletakkan diri kita untuk terus lemah atau menjadi kuat. Ada sesetengah orang yang apabila dirinya mengalami rasa futur, dia memilih untuk terus meng'isolate'kan diri dari orang ramai. Enggan menyertai majlis ilmu, tidak lagi mahu berjumpa orang ramai. Terubatkah futur itu? Ia mungkin bergantung kepada individu. Malah ada individu yang futur, apabila lebih memencilkan diri, mereka menjadi lebih futur. Dan akibatnya terlalu susah untuk dia bangun walaupun untuk mencapai tongkat.
Di sinilah peranannya rakan-rakan seperjuangan. Jadilah pemerhati yang baik untuk sahabat-sahabat kita. Kita mungkin tahu, kenapa dia berubah, kenapa dia tidak seperti dahulu. Papah semoga dia dapat terus menemani kita berlari...(Ambil tahu dan cari penyelesaian)
Kadang-kadang kita rasa futur kerana kita rasakan bahawa kita menggalas tugas yang maha berat yang tak tertanggung lagi rasanya. Kiri kanan atas bawah semua dirasakan terbeban pada kita seorang. Justeru, tanya semula diri sendiri. Untuk apa kita di sini dan ke mana kita akan kembali. Saya yakin apabila 2 soalan ini bermain di minda, kita akan dapat berpijak semula di bumi nyata dan tidak lagi merasakan hidup ini perlu disia-siakan. Hidup bukan untuk semata-mata kita 'enjoy' dengan segala nikmat. Masa lapang untuk menonton cd, untuk lepak bergosip bersama rakan. Duit bukan untuk makan besar, bukan untuk shoping. Malah kita akan rasa lebih bertanggungjawab dan berfikir, Inna solati wanusuki wa mahyaya wa mamati LILLAHI RABBIL ALAMIN.. Kita bakal yakin bahawa masa lapang adalah untuk kita bekerja kerana Allah, duit lebih untuk kita infaq dan qudrat kita bakal berguna untuk survival agama. Maka jika ini yang tersemat, segala beban tugas, keluh kesah, stress akan dapat ditangani kerana kita yakin beban itu berpadanan dengan kemampuan kita seperti tertulis dalam ayat paling akhir dalam Surah al-baqarah.
Syaitan sentiasa di mana-mana lebih-lebih lagi dimana adanya sifat futur ini..A'uzubillahi minasyaitanirrajim...Masalah futur bukan masalah individu semata-mata. Masalah persekitaran turut menjadi aspek penting yang menyumbang. Rakan-rakan dan pemimpin dalam persatuan, serumah, keluarga bahkan apa saja yang di sekeliling. Walau bagaimanapun faktor dalaman dalam diri lah yang perlu lebih kuat untuk mengatasi segala faktor luaran. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk setiap perkara, kerana Allah telah berjanji bahawa diriNya saja sudah memadai untuk mereka yang bertawakal..

~'izzahkan mawaddah pada tindakan Lillahitaala~

Wednesday, March 18, 2009

==JIHAD JALAN KAMI==



Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti mendefinisikan jihad ialah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinngikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat Islam. Sabda Nabi : "Sesiapa mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak berniat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan mati jahiliah".


Wahai sahabat!Ingatlah jalan yang kita pilih inin adalah jalan jihad. Jihad untuk menegakkan maruah dan gaya hidup berteras agama islam yang murni. Jihad kita ialah menentang sesiapa yang mengingkari agamaNya dan menyeru umat manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jihad bagi mahasiswa pula ialah mengorbankan masa, tenaga, dan harta benda untuk memenangkan agama Allah di dalam dan luar kampus.


Wahai sahabat mahasiswa! Marilah kita menegakkan kerajaan Allah di muka bumi ini, melaksanakan syariah undang-undang Allah, merebut kembali kekuasaan Alah daripada tangan manusia yang durjana yang berani merampas hak-hak Allah. Usaha memansuhkan undang-undang bikinan manusia tidak akan berjaya jika hanya setakat bertabligh, berpidato, dan ceramah penerangan sahaja. Kita haruslah bangkit membantu gerakan islam dalam membebaskan umat manusia daripada pengabdian sesama manusia dengan mewujudkan pemerintahan berpandukan syariat Islam.


Wahai sahabat mahasiswa sekalian! Ranjau berduri harus kita terima dengan redha dan sabar. Bagi menguatkan semangat dan jiwa, marilah kita nyalakan pelita perjuagan, marilah kita menyemak dan mengkaji serta mengambil iktibar daripada sirah nai, para sahabat dan pemipin haraki untuk menghadapi musuh yang bertuhan material. Lihatlah Sayyid Qutb hanya seorang penulis tetapi ditakuti oleh pemerintah sekular Mesir. Akibatnya ia dihukum gantung tetapi baginya kematian hanya satu perjalanan untuk menuju matlamatnya. Matlamat Sayyid Qutb mnemui kekasih yang merinduinya di taman-taman syurga. Ayuh sahabat! Mari bersama menegak Islam di kampus dengan bersungguh-sungguh. Ingat! Perjuagan kita adlah jihad!