Sunday, January 30, 2011

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG


Keputusan rasmi: BN menang di DUN Tenang
             

LABIS 30 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, 39, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas menewaskan calon Pas, Normala Sudirman, 38, dengan majoriti 3,735 undi.

Bagaimanapun, ini merupakan keputusan tidak rasmi yang diberikan kepada Utusan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis pada 17 Disember lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sulaiman mempertahankan kerusi berkenaan apabila menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi

DUN Tenang mempunyai seramai 14,753 pengundi berdaftar. - Utusan

No comments: