Wednesday, January 19, 2011

Anak penyelia Empangan

Salam 15 Safar 1432H

  Sudah masuk bulan safar rupanya. Pantas sungguh masa. Tanpa sedari hmpir sebulan x menjengah ‘ Diari Serikandi’. Apabila sebut sahaja bulan ini tiba-tiba rasa sedih menyingah dan rindu membuak2 pada seseorang. Teringat kata2nya ketika kami menghabiskan masa senggang bersama ‘ masa beginilah nak bermanja dengan ayah, jika minta tolong urut atau picit buat x endah saja . Ni nak apa2 mulalah nak buat ‘baik’.. senda ayah ketika aku pujuknya untuk memenuhi hajat tersebut. Itu barangkali jalan terakhir sekiranya aku yakin memang sukar mendapat kebenaran darinya. Sikap malas dan nakal ku itu selalu dijadikan gurauan ayah dan x lepas juga di beri kata-kata sinikal dengan sikap buruk itu. Urut/ picit ayah ni memang tugas wajib ku sekiranya aku bercuti pulang ke rumah. Al-maklum, sibuk dengan aktiviti di kampus masa begitula sesuai untuk aku memaksimum masa bersama dengan ayah dan mak.. tunaikan hak-hak mereka ketika di rumah pula. Biasala kadang-kadang itu singgah juga perasaan malas n lengah2 jika di suruh. Jangan ditiru nya sikap ini..TAk Baik!
Duduk-duduk sambil menunggu lecturer masuk ke kelas, classmate bercerita sket pengalaman nya pertama kali cium ayah nya bilamana dah besar. Malunya pada ayah mengalah pasangan bercinta pula. Kata aku..

‘ Kau ada ayah. Ciumlah pipi ayah kau. Aku rindu nak buat macam tu tapi aku dah TAK ADA ayah’.(U_U)

3/2/2010 bersamaan 15 safar 1431H genaplah setahun pemergian insan ini. Setelah beliau tiada di sisi banyak sungguh perkara yang mebentuk diri. Nasihat dan kata-kata hikmatnya mampu membakar semangat. Tuhan sahaja Maha Mengetahui betapa sakit, perit mengharunginya dugaan ni tanpa ayah. Saban hari diselebungi gelisah dan resah. Kesihatan jiwa dan fizikal sering terjejas. Tabah dan terus tabah tempuh cobaan ilusi itu. Siapala kita di sisi Allah Maha pemilik kuasa. Sukar mempercayai musibah yang berlaku siapala aku menyangkal ketentuan Allah s.w.t. Sudah terlafaz dan termaktub di Long Mahfuz bahawasanya insan bernama Elany Yahaya ini layak menempuhnya.


Ujian adalah guru yang terbaik, guru yang x bercakap tetapi ia sangat mengajar dan mendidik kita.
Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada orang lain. Padahal Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Aku dan kita semua cuba cungkil hikmah disebaliknya. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Malah berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Akhir kalam, aku berusaha memujuk diri dari hari ke hari dan menganggap sekeliling kita ini adalah sementara, x kekal. Tak mustahil, manusia atau benda yang kita sayangi mahupun tidak akan tinggalkan kita. Semoga diri ini terus redha dan tawakkal selama hidup di alam dunia.



No comments: