Bersyukur kehadrat kurniaan nikmat Allah,kita masih berada dalam kebaikan,merasai nikmat iman dan hidup mengikut cara hidup Islam. Bersesuaian Allah mencipta manusia di dunia untuk mengabdikan padanya. Benarlah menuntut ilmu tuntutan dari Allah kerana mahu manusia yang diciptakanNya mengabdikan diri padaNya.
Tajuk blog kali ini, 'Final Exam' is not final but another exams are waiting!sengaja aku letak tajuk begini kerana sesuai musimnya.
Apa yang aku cuba maksudkan??Apa hikmah sebalik tajuk tersebut??
Aku baru lepas mengakhiri 5 kertas peperiksaan. Aku bersyukur dan selebihnya aku berserah pada Allah.
Semasa fatrah exam tu la aku 'pulun' habis-habisan untuk capai targetku. aku malu pada Allah,aku mungkir janji nak buat terbaik pada semester ini, akibatnya carrymark bagi 2 subjekku macro dan acc aku dapat sedikit sahaja. Tak henti-henti memohon pada Allah beri jalan kemudahan untuk aku faqih memahami ilmu aku pelajari.
Sabda Rasullullah s.a.w: "Barangsiapa yang dikehendaki Allah Taala untuk berada dalam kebaikan nescaya Allah akan mengurniakn kefaqihan ilmu agamaNya"
Aku malu sgt2 pada diriku dan takot sgt2 aku bukanlah di golongan dikehendaki Allah..
aku tak tau adakah selami ini aku menuntut sekadar mengikut adat sahaja..org stdy, aku pn stdy..org p dengar kuliah, aku pom pergi..org p berjuang, aku pom ikut serta..Ya Allah tunjukkilah jalan yang Engkau redhai...
Semua orang ingin 'sukses' dalam kehidupan. Apbila nak exam sibuklah nak bersolat hajat,baca yassin,jaga adab pada ibubapa,jaga hubungan dan paling bagus berqiammulail mohon pada Allah dipermudahkan menjawab..tapi selepas exam, dah x sibuk nak istiqamah. Ramai kata:' dah abih exam,masa untuk enjoy!!' Aku nak tgk 'the Inpendence Day 2012' lps ni!!Aku nak tgk Cd sampaipecah tv!!Aku nak g sne, aku nak g sni!! Sejauhmana erk kita mengimani bahawa kita menuntut ilmu kerana Allah? APA BUKTINYA? Susah nak buktikan
kita ni study kerana dunia atau akhirat. Kalau kita tanya hati kita, sah-sahlah hati akan menjawab kita study kerana Allah.
Jawapannya..Segala ibadah yang kita jaga semasa exam hatta terus istiqamah ibadah tersebut selepas exam adalah buktinya!Paling penting inilah sebenar-benar exam dari Allah, Allah akan menguji keikhlasan kita dari ibadah yang kita kerjakan. Mampu atau tidak persoalannya. ”Wahai Yang membolak-balikkan hati ini, teguhkan (thabit) hati kami dalam deen-Mu dan ketaatan kepada Mu...” Sebagaimana niat perlu diperbetulkan diiringi oleh himmah dalam melakukan amal.InsyAllah kita semua cuba deh.
Pagi tadi aku sudah melepasi 1st exam paper,Fardhu Ain..Fuh, soalan mencabar kefahamanku,term arab convert to english memeningkan kepalaku. Aku pulak study last minute, sempat baca sekilas je, tak hayati sgt dan fokus betul2 apa yang aku baca. So, jwab pom, lack of confidence! Aku menyesal,terlalu selesa dengan carry mark sbjek tu menyebabkan aku 'meringan2' untuk study. Menyesal dah tak nak buat lagi=( By the way, extra effort and du'a. Smoga Allah menilai usaha kecil ini.
Sebelum nak melangkah kaki ke dewan exam, aku dapat beberapa msj, ucapan kata2 semangat mjwab exam dari sahabat2. Terharunya dapat msj dari shbt yang aku dah lama x contact, kebetulan dia forward msj tu terkesan di jiwa=) tak sangka dan terharu sgt2..TQ sahabat atas peringatanmu itu!
Apa yang dia kata ini, menambahkan lagi inspirasiku mengharungi Fatrah Exam ini..
Elany,
Kiranya EXAM ini medan juangmu,
Maka bertarunglah sedaya upayamu kerana Allah
Manfaatlah segala Ilmu yang dipertaruhkan semampu akalmu
demi memartabatkan ummahmu
Bukan semata-mata untuk kepuasan diri
TuhanMu tiada menilai akan natijahnya
tetapi yang dinilai ialah kesungguhanmu
Berjuanglah dengan kalimah Tuhanmu
Dengan ilmu yang telah dipinjamkan sementara ini
Yang selebihnya,tawakallah padaNya. All A's Are FOR ALLAH!!!!
Tiba2 je malam ni nak posting, study sampai tepu dah otak,relax for a while! The most thing is i would like to wish best for luck to all friends!Sory on my doing mistakes, May Allah bless us and A IS FOR ALLAH
Ramadhan sudah berakhir Syawal menjelang tiba.Sambutlah dengan tanda kesyukuran.
Selalunya di malam-malam terakhir Ramadhan ini akan berlaku pertembungan antara menghidupkan baki Ramadhan dengan Qiyamullail dan ibadah-ibadah lain dengan persiapan menjelang hari yang terbesar dalam kalendar umat Islam iaitu Eidulfitri. Bagaimanakah caranya kita mampu menyeimbangkan antara keduanya tanpa kita meninggalkan salah satu daripadanya?
Pertamanya kita harus jelas dan ingat kembali matlamat Ramadhan yang telah Allah tetapkan kepada kita semua. Diwajibkan kita berpuasa di bulan ini seperti kaum-kaum terdahulu adalah supaya kita menjadi orang bertaqwa. Melihat kepada matlamat ini sudah cukup untuk kita sama-sama menilai diri sehingga ke hari ini adakah sudah tercapai matlamat yang dikehendaki oleh Allah swt, Tuhan Pencipta diri kita dan seluruh makhlukNya.
Tanya diri sendiri adakah puasa yang dilakukan berjaya mendidik NAFSU supaya mengikut IMAN dalam setiap gerak laku kita sepanjang masa? Adakah kualiti puasa kita setara dengan matlamat keTaqwaan atau sekadar menahan lapar dan dahaga tanpa menjaga adab-adab, tutur kata dan pandangan?
Tanya juga adakah amal ibadah; solat-solat fardhu, solat-solat sunat, Qiyamullail dan bacaan Al-Quran sudah bertambah, di tahap yang sama atau berkurangan dari sebelumnya. Bagaimana pula dengan zakat, sudahkah ditunaikan dan adakah kita sempat juga melakukan sedekah di bulan ini?
Penilaian sebegini penting sebelum berakhirnya Ramadhan agar kita menyambut Syawal nanti dengan KEMENANGAN YANG SEBENARNYA pada pandangan Allah, bukan KEMENANGAN YANG PALSU menurut pandangan manusia.
KEMENANGAN YANG HAKIKI ialah apabila berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna, mendapat keampunan daripada Allah swt dan dimasukkan ke dalam syurga.
KEMENANGAN YANG PALSU ialah berjaya membuat banyak biskut raya, memasak rendang dan ketupat serta mempersiapkan diri dan rumah dengan perhiasan indah sedangkan matlamat Ramadhan tidak tercapai. Kita tenggelam dalam persiapan hari raya tanpa menyedari peluang ibadah di bulan ini ditinggalkan sia-sia.
Amat malang lagi buat kita yang dalam sibuk melakukan persiapan hari raya masih mampu melakukan dosa-dosa meskipun kecil dan remeh pada pandangan kita. Pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram tidak dijaga, bergurau senda berlebih-lebihan dan masih mampu berbicara dan melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
Sempena menjelang Syawal pada esok hari, tepuk dada tanyalah iman kita dimanakah kita berada,adakah kita menyambut hari lebaran esok dengan rasa penuh ketaqwaan dan kesyukuran kerana dapat mengecapi kemenangan melalui tarbiyah Ramadhan?pikir2kanlah..Dengan ini, saya dengan rase rendah hati mengucapkan Selamat menyambut EidulFitri wal Faizin pada muslimin dan muslimat yang sudi melayari blog ini. Kullu ‘am wa antum bikhair.
Sekolah kesayangan kita akan mengadakan SAMBUTAN JUBLI PERAK sempena 25 tahun penubuhannya (dahulunya SMU (A) Padang Siam). Butiran sambutan tersebut adalah seperti berikut:
tarikh: 3 syawal 1430 H
masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
tempat: MATM
dan pada hari yang sama akan diadakan pelancaran tabung untuk mengutip dana pembesaran masjid sekolah.
oleh itu, pihak sekolah meminta bantuan daripada pihak alumni untuk menjayakan program tersebut. antara sumbangan yang dikehendakai pihak sekolah terhadap alumni ialah:
persembahan nasyid.
persembahan sajak.
slide show about school progress since 1983 until 2009
slide show iringi masa perasmian
KAD JEMPUTAN PROGRAM:
SUMBANGAN JUGA BOLEH DISALURKAN MELALUI NO. AKAUN: BIMB TANAH MERAH
0 03054 01002 7356
Kepada shabat-sahabat bekas MATM (SMU(A) Padang Siam)....
perlulah diingtkan bahwa, menghadiri program ini merupakan satu ibadah yang mane pahalanya dikire dalam mengeratkan hubungan silaturrahim.
oleh itu, kehadiran anda semua amatlah diharapkan untuk memeriakan majlis di samping kita bertemu mata, bergurau senda, beramah mesra dengan sahabat-sahabat yang lama tidak berjumpa. jadikanlah program ini juga sebagai medium untuk kite memperkasa ALUMNI ini ke arah mewujudkan satu organisasi yang boleh mmberi bantuan dan khidmat kepada sekolah.
untuk keterangan lanjut program tersebut boleh lah hubungi hasanah ahmad selaku S/U luar program di talian 013-4926468.
Beberapa hari lepas, sahabatku pernah bertanya mengapa Mursyidul Am PAS, Tg. Abdul Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan siapa yang menyokong UMNO tidak dijanjikan syurga. Seolah-olah Tok Guru tak pernah memberi penjelasan mengapa beliau berkata demikian. Sungguhpun, kita patut meneliti pada kenyataan kedua belah pihak, tidak boleh mempercayai pada satu sumber sahaja. Ana percaya Tok Guru mesti menperjelaskannya.Alhamdulillah, ana menemui penjelasan Tok Guru mengenai “tidak masuk syurga” ini. Mudah-mudahan sahabatku ini diberi petunjuk dan tidak sangsi pada krebiliti kepimpinan Tok Guru. Ameen.
Penjelasan Tok Guru:
Salah satu daripada pecahan amal mulia di bulan Ramadhan adalah beri’tikaf dan bertafakur. Ketika melakukan pelbagai muhasabah, maka saya ada terbaca satu ayat yang sedikit mencurigakan. Ia berbunyi begini:
Perdana Menteri berkata, “kita tidak akan membiarkan Umno dipermainkan dan akidah parti itu dipersoalkan mana-mana pihak. Jangan persoalkan akidah kita (Umno)” (Berita Harian 8 September 2009).
Melihatkan kenyataan ini, hati saya tertanya-tanya sama ada bolehkah manusia atau parti politik membuat akidah? PAS tidak pernah mencipta akidah. Islam ini bukan pandai-pandai PAS. Ia agama yang diturunkan kepada Nabi-Nabi oleh Allah Azzawajalla. Bermula dari Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang PAS lakukan ialah meniru bulat-bulat keputusan yang telah dibuat oleh Allah S.W.T. melalui kalimat syahadah dan tauhid Allah dalam segala segi. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Katakan: Dialah Allah, Yang Maha Esa
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan
Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”
(Surah Al Ikhlash: Ayat 1 hingga 4).
Di zaman dahulu, orang merujuk akidah itu sebagai i’tikad. Ia berasal dari perkataan aqoda dan bermakna ikatan. Akad nikah adalah ikatan antara A + B. Begitu juga dengan akad jual beli.
Akidah adalah kesimpulan. Ia persoalan tali pengikat yang menyimpulkan hubungan kita dengan Allah S.W.T. Orang yang berpegang dengan akidah dinamakan sebagai orang yang mempunyai kesimpulan hidup yang kukuh. Dalam hal ini Nabi S.A.W. pernah bersabda yang membawa matan, “telah ku tinggalkan engkau dengan dua perkara iaitu Al-Quran dan hadith. Berpeganglah keduanya dengan tangan kamu sekuat-kuatnya atau gigitlah ia dengan gigi gerham/taring (jika dikhuatiri akan terlucut).” Kandungan yang terdapat dalam akidah ialah Islam + Iman. Ia bertujuan untuk selamat di akhirat. Bercakaplah sama ada mengenai pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, taraf hidup atau budaya murni – pada akhirnya, kesemuanya sekali mesti menuju kepada mencari hasanah di akhirat. Di sini, Umno buat akidah untuk apa?
Saya cukup hairan bahkan terkejut apabila Presiden Umno tanpa segan silu menggunakan perkataan ‘akidah Umno’. Sejak bila Umno mencipta akidah? Jika dia buat sekalipun maka sahlah bahawa akidah jenis ini adalah palsu. Ia tidak dinilai di akhirat kelak.
Kita perlu cermat untuk membezakan antara dasar atau perlembagaan parti dengan perkara akidah dalam agama. Saya ingat, ilmuan Islam lebih arif untuk menjelaskan perkara ini. Inilah puncanya yang selalu saya katakan bahawa pintu rundingan antara PAS dan Umno sudah tertutup rapat. Apa yang mungkin boleh Umno lakukan ialah menukar dasar daripada kebangsaan kepada dasar Islam. Dengan cara ini, barulah rakyat ada keyakinan bahawa Umno ini parti yang sudah mempunyai akidah Islam. Perubahan dasar ini adalah satu perkara yang sangat mustahak kerana hidup dalam segenap perkara termasuk dasar parti Islam perlu diselaras dengan akidah Islam. Dasar ini harus berasaskan akidah yang tepat dan diredhai oleh Allah S.W.T. saja akan menuju ke jalan Syurga. Sebaliknya mana-mana dasar atau parti atau pertubuhan yang tidak selaras dengan akidah Islam adalah ditolak. Perkara akidah ini bukan boleh dibuat oleh mana-mana manusia. Mana boleh manusia atau pertubuhan membuat akidah partinya yang sendiri.
Akidah Islam boleh terpancar dalam pelbagai lafaz doanya. Di dalam doa Iftitah misalnya, terkandung aspek penyerahan menyeluruh terhadap rabb seperti, “sembahyangku, hajiku, segala aktiviti hidupku dan matiku (nyawaku) kerana Allah Taala.”
Begitu juga doa dan zikir-zikir masyhur yang menjadi amalan rata-rata umat Islam. Misalnya, selepas sembahyang kita berwirid yang membawa maksud:
a) “Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan milikNya dan bagiNya segala pujian, Dia menghidup dan mematikan (semua perkara), sedangkan Dia sentiasa hidup dan tidak mati, ditanganNya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas semua perkara.”
b) “Allah telah menjamin aku dan cukuplah Allah bagiku, Allah Maha Mendengar permohonan sesiapa yang bermohon (kepadaNya), tidak ada lagi selain Allah tempat meminta dan berhajat.”
c) “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada seorang lelaki (bapa), ibuku yang juga hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, berlaku ke atasku setiap ketentuanMu, terlaksana ke atasku setiap keputusanMu, aku mohon kepadaMu dengan (berkat) semua nama yang Engkau namakan kepada zatMu atau nama yang Engkau sebutkan di dalam kitabMu atau nama yang Engkau ajarkan kepada sesiapa sahaja dari kalangan makhlukMu atau nama yang Engkau rahsiakannya di dalam ilmu ghaib di sisiMu (aku mohon) agar Engkau menjadikan Al-Quran yang maha agung sebagai sumber ketenangan bagi hatiku, cahaya penglihatan mataku, menghapuskan perasaan dukacita dan sebagai penghalang kepada perasaan sedih dan gelisah.”
d) “Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
Dari empat petikan maksud doa-doa di atas, sangat jelas konsep tauhid yang mengEsakan Allah. Dialah sumber kekuasaan, satu-satunya tempat ketaatan dan titik tumpuan dalam pengabdian makhluk. Ini bukan soal 1Malaysia kerana Islam mengajar kita bahawa tiada zat dan tiada Tuhan yang wajib dan boleh atau wajar disembah melainkan Allah Yang Maha Besar.
Jika mahu bercakap soal perpaduan dan penyatuan, maka inilah titik penyatuan dasar yang saya selalu sebutkan. Ertinya, jika Umno kononnya ikhlas untuk melakukan kerjasama demi kepentingan masa depan Islam dan ummah di negara ini, maka Umno perlu bersedia terlebih dahulu untuk mengubah dari dasar kebangsaan kepada dasar Islam.
Jika betullah nak jaga Islam, PAS lah partinya yang menjadi pilihan kerana dasar PAS sejak awal lagi ialah Al-Quran dan Hadith. Ini berlaku sejak penubuhannya di Pulau Pinang pada tahun 1951 lagi. Ini berikutan alim ulama’ dalam Umno keluar dari Umno untuk menubuhkan PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno yang berfahaman kebangsaan. Dengan latar belakang ini semua orang harus masuk PAS untuk bersama dengan PAS. Tidak timbul soal PAS dipelawa untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan demi kononnya untuk masa depan Islam dan ummah di negara ini. Ini bukan isu.
Kelantan sudah hidup hampir 20 tahun di bawah dasar Islam dan kami tidak mempunyai apa-apa masalah. Bahkan secara hikmah dan istiqamah, kami telah secara berperingkat-peringkat sedang menukar pemikiran rakyat (brainwash) daripada menjadi pak turut kepada cara hidup mat saleh secara membabi buta kepada menjadi pak turut kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Saya sesungguhnya tidak faham dengan pendirian Umno yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menolak Islam. Pada saya, Islam jenis ini setaraf dengan penduduk setinggan yang menduduki sesuatu tempat secara haram. Jika rumah setinggan didirikan di atas bahu jalan atau tanah-tanah kerajaan yang lain maka pihak kerajaan ada hak untuk meroboh, menghalau atau mengenakan denda. Sikap pemimpin Umno boleh kita analogikan seperti kes setinggan ini. Kita kena faham bahawa kita menumpang bumi Allah dan sedang menggunakan segala kemudahan yang Allah sediakan. Jadi, sepanjang masa dalam hidup kita, kita telah termakan budi dan berhutang budi. Jika kita sedar yang kita menumpang bumi Tuhan, maka kita kenalah patuh kepada undang-undang dan peraturan Pemiliknya.
Jadi jelaslah bahawa dalam hidup kita ini, hanya terdapat satu sahaja akidah iaitu akidah Islam. Jika ada juga akidah lain yang didakwa oleh sesiapa, maka sahlah ia adalah akidah bertaraf setinggan. Percubaan Umno yang membangkitkan rundingan mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini adalah cerita lama. Umumnya, rata-rata pemimpin PAS, sudah tidak lagi berminat dengan gimik-gimik kabur yang seumpama ini. Hanya orang PAS yang tidak mahir dengan gelagat lawan sahaja boleh keliru dengan permainan yang sedemikian. Pada saya, apa yang ada di hadapan cukup jelas. Sambil menegur dan berdakwah untuk saling ingat-mengingati dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, saya perlu memberitahu bahawa kami sedang melangkah dan akan terus melangkah. Kami menuju bulan purnama.
Here are some tips for Laylatul-Qadr, if you do these during the last 10 days of Ramadan, InsyAllah you will encounter Laylatul-Qadr.
1) Take a vacation for Allah. * We take a break from our jobs for almost everything in life. Why not now we focus on worshiping and thanking our Creator?
2) I'tikaf
*It was a practice of the prophet Muhammad to spend the last 10 days and night of Ramadan in the mosque.
3) Make this special Du 'a *O' Allah, you are oft-pardoning and you love to pardon, so pardon me.
4) Recite the Quran.
*Perhaps one can choose Surahs of Passengers from the Quran which One has heard in Taraweeh.
5) Get your sins wiped out.
*"Whoever stand (in prayer)-while nourishing his faith with self-evaluation, expecting reward from Allah, will have all of his previous sins forgiven"
6) Evaluate yourself.
*Do an evaluation of where you are and where you are going with your life.
7) Make long, sincere and deep Du'a
8) Have Iftor with the family.
*Try to compensate your family for the days and not only spent iftor time in the office.
9) Take the family to Taraweeh.
10) Attend the du'a after the completion of the Quranic recitation.
11) Finish reading a book on the Prophet
*Read about the Prophet 's life , which can increase you love for him and Islam by seeing how much he struggled for Allah's sake.
All these are just some hints on what a Muslim is recommended to do on Laylatul-Qadr. May Allah Almighty accept our worship. Ameen!
Adakah anda kenal Michael Jackson? Yasmin Ahmad? Ya, mungkin anda kenal mereka. Kedua-dua adalah selebriti yg baru shj meninggalkan dunia menuju ke alam yg kekal abadi... Berita ttg kematian mrk mendapat liputan meluas oleh pihak media...
Tp, anda Kenal x Marwa Al-Sharbini? Mungkin anda akan berkata, aik sapa tu? x kenal pun.Beliau adalah Muslimah mesir yg telah mati ditikam oleh seorg bukan Islam di jerman.Di sini sy ingin berkongsi kpd anda semua, 1 petikan dr surat pembaca dlm akhbar harakah, artikel yang drpd Ustaz Zainuddin serta 1 artikel yang berbahasa Inggeris.
Setelah habis baca artikel tersebut, sy menyeru kpd shbt2 sekalian utk sama2 menyahutseruan drpd laman web Ikhwanul Muslim utk menyampaikan emel protes kpd akhbarDie Welt online.
Dlm masa yg sama, sebarkan berita syahidnya Marwa Al-Sharbini kpd seluruh umat Islam yg lain...untuk maklumat lanjut, sila baca petikan surat pembaca itu.
Ayuh, shbt2 sekalian, jgn kita tidur lagi. Jgn leka dgn Akademi Fantasia, Mentor,Malaysia Idol & pelbagai lagi jenis hiburan. Apa yg kita nk jwb dpn Allah nnt,apa yg kamubuat ketika nyawa umat Islam semakin diratah oleh pihak kafir dr segenap penjuru diPalestin, Xinjiang, Selatan Thailand & lain2 tempat sehinggalah yg terbaru nyawaMarwa As-Sharbini yg mati kerana mempertahankan harga diri & maruah agamanya...
Kpd Marwa As-Sharbini, semoga anda mati syahid & berada di kalangan para syuhada. Alangkah indahnya kematian anda, mati dlm keadaan syahid... kematian yg diimpi2kan oleh umat Islam seluruhnya termasuk sy sendiri. Sy berdoa kpd Allah SWT smg sy & keluarga sy mendapat kekuatan yg ada seperti anda untuk mempertahan maruah & agama Allah walaupun nyawa menjadi taruhan. Amin! Amin! Amin! Ya Allah...
"Di antara org2 yg beriman itu, ada yg bersikap benar menunaikan apa yg telah dijanjikankpd Allah (utk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yg telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yg menunggu giliran,dan mereka pula tdk mengubah (apa yg mereka janjikan itu) sedikit pun"
(Al Ahzab, 33;23)
Kepada para suami,
Tarbiahlah isteri & anak anda menjadi Muslimah yg sehebat Marwah as-Syarbini...
Kepada para isteri,
Jadilah wanita sehebat Marwah as-Syarbini...sanggup mati utk agama
Kepada lelaki yang belum berkahwin,
Berdoalah kpd Allah SWT mendapat isteri sehebat Marwah... (jgn dok berdoa nk yg cantik je, cantik tidak menjamin ia membawa kita ke syurga Allah SWT)
Kepada wanita yang belum berkahwin,
Berusahalah untuk menuruti jejak langkah Marwah...
Sumber:Harakah bil 1459 (5-8 Syaaban/27-30 Julai 2009)
"Cikgu, saya tak de baju lengan panjang,pakai sarung tangan boleh tak?"
"Cikgu, saya tak boleh solat, xboleh ke duduk dalam bilik...malaslah duduk kat dewan.."
"Cikgu, minta maaf menganggu.. saya tak boleh solat, tapi hormon saya tak stabil cikgu..sikit je..nanti cikgu check saya tak pakai "P**", cikgu janganlah marah saya erk.."
"Cikgu, boleh tak saya tak join kawat kaki...saya sakit dada, dada saya ada asid..."
"Cikgu nak mandila, meleket, kotorla badan saya, macam mana nak solat, kan Islam suka kebersihan..."
"Bengangla dengan fasi nih..suka hati dia buat kita ni 'macam-macam' dalam blind trail...suruh merangkakla, melompatla, mencangkung sambil berjalanlah. kotor baju kami.. basah, penuh lecak..Matalah tutup,lepas tue tipu kita plak, depan tu ada lipan,lintah,cacing,kerengga, taik kucingla..macam-macam, ingat kami ni apa ntah.."
Di atas ini adalah beberapa ragam adik-adik SEKOLAH MENENGAH(13-17tahun) semasa aku mengendalikan program amal selaku fasilitator. Kem Briged Amal anjuran kerajaan selangor, daerah Gombak Setia ini telah mengetengahkan konsep SPIES kepada peserta. Visi kem ini semestinya ingin melahirkan remaja cakna kepada masyarakat, cemerlang dari segi akhlak dan ilmunya.
S: Spiritual P: Physical I: Intelectual E: Emotional S: Social
Kem ini 80% melibatkan aktiviti outdoor yang menguji tahap kelasakan peserta. Aktiviti-aktivitinya seperti:-
~Pecah belon Sahabat
~Kawat
~Cooking Egg: setiap kump. membina 2pasangan(1.mata tertutup dan 2.tangan diikat) dikehendaki memasak telur
dalam keadaan mata tertutup dan instruction akn diberikan dari pasangan yang tangan diikat.
~Jejak Bertapak(Ala-ala explorace tapi aktiviti dibuat waktu malam)
~Qiamulail
~Gotong-royong masjid
~Blind Trail
~Persembahan Motivasi
Sebelum aku melangkah ke program, ade je dugaan menimpa. Berkorban tidak berjumpa dengan makcik dan sepupu2 kecilku. Agak lama tak jumpa. 4 bulan rasanya tapi mereka akan menetap di Dubai selama sebulan. Sedih. Oleh kerana aku sudah memberi nama dan inilah peluangku melihat sendiri dunia remaja yang katanya semakin parah. Aku berkorban. Tak pelah ada jodoh dan umur panjang kita berjumpa lagi.
Pengalaman yang cukup manis aku rasa, kerjasama dengan consultancy LaKhauf management amat menyeronokkan.
"Ala adik nany, bersabarlah..ini x teruk sangat kerenah adik-adik nih..akak dulu pernah handle satu program tue, apabila kami pegang hset mereka, kami xlarat mendengar msj masuk bertubi2..kami bukakla..kami baca msj tersebut,terkejut kami, peserta tu sedang bergaduh dengan 'balak' ye pasal kes 'tebuk-menebuk', nany nak tau berapa umur peserta tu? 14 tahun dik..14 tahun! muda lagi...", Bercerita salah sorang urusetia dari LaKhauf Management yang berbahsakan dirinya KaK Ani. Aku, 'Atikah dan Ain terkesima..sedih!
Menghadapi proses ditarbiyyah adik-adik telah mengingatkan kita jiwa-jiwa muda inilah perlu dilentur dengan ajaran Islam iaitu memerlukan kesempurnaan,kecantikan, tatasusila yang baik. Didik mereka dengan penuh kasih sayang tentang Islam. "Jangan terlalu menekan, nanti adik-adik ini memberontak", kata 'Atikah.
Konsep dakwah umumi(mereka yang berminat mendekati Islam) seharusnya pendekatan itu mestilah lembut dan mendidik. Apabila mereka enggan bersolat, selami hati mereka, barangkali mereka tidak pernah mengerjakannya. Kitalah berperanan untuk mendidik! Bukan menghukum..xgitu k.sue? Rata-rata peserta yang datang ke program ini kerana galakan ibubapa. Mereka bersedia berubah sikap masakan tidor pukul 2.45a.m sudah pula bersiap-siap untuk berQiamulail pada pukul 4.30a.m...aku kagum..SyukrOnillah!
"Adik kenapa tak bukak stokin tue, kan dah basah kena sabun" ujiku. Ketika itu gotong-royong membasuh kaki lima depan masjid Assyarif. Anak buah ku ini lain dari yang lain. Berbeza dengan kawan-kawannya. Jawab Suraya," eh, akak..kaki kan aurat,taknaklah..akak pom tak bukak kan.." Pikirku walaupun adik ini sekolah menengah barangkali adik ini sudah menerima tarbiyyah daripada ibubapanya kot. Teringat sahabat ISIS ku 'Atikah dan Mahirah.
"Mawi ke nih Ain, apa dia buat kat sini xsesuaila",kata aku. "Bukanlah nany ini motivatorlah..",sangkal Ain. Terkejut aku ada pula motivator klon Mawi. Aku xpernah melihat beliau di kaca televisyen,surat2 khabar atau alam siber..kira Low-profile lah..Setiap ceramah beliau akan selitkan beberapa lagu-lagu nasihat. Ceramah sambil buat konsert. Different than others!
Ust. Akhwan Afandi sudah berkecimpung dalam profession ini sejak 15tahun yang lalu. Semasa beliau aktif dalam mpp UITM lagi. Sementelah itu, beliau pernah mengikuti pembelajaran pondok al-quran selama 2 tahun di Tg. Bedil, Alor Setar, Kedah. Sila klik! Aku mengagumi beliau kerana ceramah beliau mampu meruntun jiwa-jiwa yang keras bak batu di sungai untuk kembali mengingati Rabbul 'Alamin. Hubungan dengan Allah dapat dijaga mampu membaiki jiwa-jiwa yang rosak. Antaranya, beliau mendendangkan lagu nasyid raihan-demi masa, muhammad al-mustafa, Ilahilas, Jamal Abdillah-kepadamu kekasih, mawi-Kian dll. Setiap bait lagu, beliau akan kaitkan dengan kehidupan, ketuhanan, ketaatan kepada ibubapa dan paling penting dapat belajar dari maksud tersirat lagu-lagu tersebut.
Aku tersentuh," Adik-adik, siapa boleh beri maksud surah Asr sila angkat tangan!" "Nak hadiah tak?" Ustaz mencabar adik-adik. Tiada sorang pun berani angkat.
" Demi Masa... Sesungguhnya manusia kerugiaan.
Melainkan... yang beriman dan yang beramal soleh..
Demi masa....
Sesungguhnya manusia kerugiaan..
Melainkan..
nasihat kepada kebenaran dan kesabaran.." Syahdu ustaz medendangkan lagu nih.
Allahu Rabbi..baru aku sedar bahawa dalamnya maksud Firman Allah ini. Saban waktu masa kita diisi dengan perkara tidak berfaedah. Setiap minit kadang-kadang lidah kita terlupa dibasahi dengan zikrullah. Ruginya kita kerana kurang amal ibadat. Ruginya kita kerana tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
banyak lagi hendak dikongsi tapi cukupla setakat ini. Cerita-cerita lain saya post becoming entry. penatla menaip nih. InsyAllah, pengalaman yang baik ini dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan ~Kenangan Terindah JULAI 2009~
Kempen ini semakin giat dijalankan hatta iklan di televisyen acapkali menayangkan langkah-langkah pencegahan membasmi virus yang kian menular di negara-negara luar. Menggesa kerajaan melaksanakan solat hajat besar-besaran amat diharapkan agar negara Malaysia dijauhi dari jangkitan Influenza A H1N1.
Kepada mereka yang mula merasa kurang sihat atau tanda awal jangkitan seperti batuk dan demam hendaklah segera mendapatkan rawatan daripada doktor yang berdekatan dan mengurangkan pergaulan dengan rakan lain termasuk mengelakkan diri dari menghadiri kelas dan tempat krja.
Amalkan kebersihan diri:
Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan ketika bersin.
Kerap membasuh tangan terutama selepas batuk atau bersin.
Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain
Pastikan pengudaraan dalam rumah yang baik.
Permukaan objek seperti lantai dan meja tercemar dari cecair hidung atau mulut perlu dibersih.
Sedikit sebanyak dapat dikongsi kepada pautan siber yang setia.
"Prevention is better than cure". Ayuh basmi jangkitan Influenza A H1N1 dari terus merebak!
Siapa yang tak kenal Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang begitu dekat pada hati rakyatnya ini..=) Ucapan terima kasih kepada Datin Seri kerana prihatin membela nasib mangsa kebakaran di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam petang semalam. Kebakaran ini telah mengakibatkan 5 buah rumah terbakar. Datin Seri Rosmah Mansor pengasas penubuhan BAKTI telah memberi sedikit sumbangan sebanyak RM1000 setiap keluarga mangsa. Sementelah itu, Datin Seri dengan murah hatinya menhadiahkan sebuah rumah kepada mangsa supaya dapat meringankan bebanan keluarga mangsa. SYABAS! Adakah kebajikan ini untuk mencuri simpati dan perhatian rakyat agar imejnya yang kian tercemar ini dapat dibela? Waallahu 'ala taala a'lam.. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui walaupun sebesar zarah! Datin Rosmah Mansor telah menjalankan sebahagian tugasnya selaku Isteri PM dgn baik, membela nasib rakyat tetapi saudara-maranya bagaimana?
Berita menuduh Datin Seri terlibat dalam konspirasi melemahkan gerakan mahasiswa ini amat mendukacitakan hati saya. mengikuti kes terbaru di UM ini. 2 ahli PMIUM disyaki terlibat mengganggu satu simposium yang dihadiri Datin Seri Rosmah ketika itu. Tuduhan kepada pelajar berkenaan kerana menconteng dinding dengan laungan "pembunuh Altuntuya,bom plastik c4, bini puaka dan wanita mongolia" serta di dituduh meyembah petrol ke permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui Datin Seri. Wujud kemusyikilan dihati, berdasarkan fakta-fakta semasa Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh syeksen 427 kanun keseksaan bagi kesalahan khianat yang mengakibatkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Malangnya, direman selama seminggu kemudian boleh dibicara ke Mahkamah.
Selepas kes ISA7 iaitu kes tujuh mahasiswa yang didakwa berdemonstrasi menentang AKTA ISA 2001 sedah selesai, kini mereka mencipta kes baru ini pula. Pastinya ada kaitan untuk menakut-nakutkan mahasiswa sekaligus melemahkan gerakan pelajar yang dilihat aktif menegur kerajaan. Kita harap gerakan mahasiswa Islam kampus tidak lemah dengan cabaran hebat ini. Yang benar tetap benar, yang salah akan kalah akhirnya. Cabaran inilah harus kita hadapi dengan tabah demi mencapai kebenaran hakiki. -MAHASISWA CAKNA-Takbirrrr...
Kak..Berapa ringgit semua? RM 29.55 dik...Ala kak,tak cukup pulak RM0.05. Kira halallah kak.Em..baiklah=) Ini adalah dialogku bersama penjual...?hehe..SECRET. Nak kata masih bernilai lagi RM0.05 ini. Tapi kita jarang pula jumpa gula-gula yang berharga RM0.05. Kenapa ya? Sungguhpun, nilai 5 sen atau 1sen inilah yang sangat berharga jika tiada nilai tersebut mustahil kita boleh mencukupi RM1,999,999.95 atau RM1,999,999,99 ke nilai RM 1juta. Teringat sebuah iklan di TV, ibubapa si budak kecil ini begitu berjimat menggunakan ubat gigi sehinggakan si anak tersebut berkata, "mahu berjimat?pergilah carefour".Lebih kurang begitulah.
Ketidakstabilan ekonomi negara kita begitu mengharapkan rakyat Malaysia membudayakan jimat-cermat. Tapi, jika kita ke pusat membeli-belah tidak kira di awal atau hujung bulan, boleh tahan juga masyarakat kita berbelanja.Bagi isi rumah mereka memerlukan pendapatan untuk membiayai sewa rumah, loan kereta, bil air, bil elektrik, barang dapur, cukai, nafkah isteri bagi suami and 'many more to maximize their satisfaction but it is not included to fulfil their luxury'. Kadang-kadang kita gagal mengawal bajet kewangan peribadi dan keluarga mungkin disebabkan kita gagal merasai penangan 'kemeseletan ekonomi' yang melanda negara kita. Kerajaan sedaya upaya mencari jalan memulihkan krisis ekonomi ini antaranya baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bijak mengatur langkah menjalinkan hubungan diplomatik dan Inter-trade dengan mengadakan lawatan ke Negara China. DSMN 'bijak' menggunakan kesempatan ini dengan menjual nama ayahanda beliau Tun Abdul Razak kerana ayahyanda beliau pernah berjasa kepada Parti Komunis China sehingga Parti Komunis Malaya dapat ditubuhkan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. DSMN berhasrat Negara China yang maju dari segi sektor perdagangannya mampu menjadi mentor kepada negara Malaysia nanti. Sungguh hebat Dato' Seri Najib. 'Bijak mengatur strategi' meningkat Income Negara. Malangnya, beliau tidaklah begitu teliti mengenai kebajikan rakyat amnya.
Ketidakseimbangan kos hidup antara rakyat luar bandar dan bandar bermasalah mengatur 'budget line' mengikut pendapatan yang diperolehi. Contoh, di kampung sekiranya ibubapa dan sanak- saudara bertanya kepada kita, " Berapa gaji kamu?" dan kita menjawab, "RM1500 sahaja", mereka akan menjawab, "Wow, banyak tu yop!" Sedangkan di Kuala Lumpur pendapatan tersebut untuk tiga orang isi rumah sudah tergolong sebagai MISKIN! Kos hidup di bandar yang begitu tinggi menuntut satu isi rumah supaya mencapai sasaran RM3000 sebulan untuk tiga orang sahaja isi rumah. Bayangkan!
Islam pula memberikan takrif yang tersendiri terhadap kemiskinan. Menurut Islam, rakyat yang berpendapatan melebihi separuh daripada keperluan dalam satu-satu hari tetapi tidak dapat memenuhi keperluan, dikira miskin!Ini bermakna, jika sekiranya beliau dan tanggungannya memerlukan RM30 sehari tetapi ia hanya berpendapatan RM20 sehari, maka dikategori dalam kelompok miskin. Jika pendapatan kurang separuh iaitu kurang Rm15, dia dikategori sebagai golongan fakir! Inilah realiti yang berlaku di Malaysia yang bukan Malaysia 5o tahun dahulu yang RM0.05 ini sangat bernilai ketika itu.
Tutup mata,bukalah minda..BAYANGKANLAH! Bagaimana pula dengan mereka berpendapatan RM3000 sebulan tetapi tiba hujung bulan poket kosong? Adakah kerana faktor kemiskinan atau tidak pandai BERJIMAT? Fikir-fikirkanlah...
Cuti akhir semester 3 yang berbaki ini ana sempatlah me'update pembelajaran ana ketika berusrah bersama adik-adik 1st year di matrik yang mana telah membentangkan tajuk tasawwur Islam sebagai Ad-den. Membuka Mukadimah kata i will compare and contrast between other religions and nations towards Islamic perspective. Percayakah Melayu bukanlah bangsa yang terlebih dahulu mengenal Islam berbanding bangsa lain di Malaysia ini? Kita koreksi kembali kedatangan Islam ke Tanah Melayu agama Islam telah datang ke negara China, negara India lebih awal sebelum datang ke Tanah Melayu. Apa yang perlu ditekan di sini agama Islam bukan khusus untuk bangsa, Melayu ,Cina, India mahupun bangsa arab walaupun Al-quran dan hadis Rasulullah dalam bahasa itu. Jadi, Islam milik Allah dan Dialah yang menciptakan semua jenis bangsa manusia dan undang-undang yang sesuai dengan mereka.
Allah berfirman:“Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam" (Ali Imran:19)
Dan dipetik daripada kata-kata Saidina Umar al-Khattab r.a : “ Kita adalah satu golongan yang Allah muliakan dengan Islam, apabila mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam,Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita”
Jadi, dari firman Allah azzawajalla dan kata-kata Saidina Umar itu,patutlah kita sedar dan yakin bahawa dengan mengabungkan diri dengan Islam akan memastikan kita dimuliakan serta
cemerlang di dunia dan di akhirat. Mengupas pengertian Islam ini, Allah dalam firmanNya dalam (surah an-Nisa’:125) maka Islam diertikan sebagai “ Penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati.
Kita teliti maksud tersirat kata-kata sahabat nabi ini, memang benarlah apabila kita tidak mendaulatkan keseluruhan agama Islam dalam kehidupan kita, pincanglah kepimpinan diri sehingga ke peringkat tertinggi kekuasaan Negara. Adakah negara kita masih lagi mengamalkan konsep ad-deen? Apabila kita melihat fonemena yang berlaku pada negara kita, kita tahu jawapannya. Kepincangan, bala dan maksiat semakin bermaharajalela. Maka, Islam perlulah dijadikan cara hidup(ad-deen) merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
Bagaimana pula kita ingin menyakinkan non-muslim bahawasanya istimewanya Islam ini ya?
1)Ketuhanan:
Islam berasal dari sumber-sumber ketuhanan bersandarkan wahyu Allah, Al-Quran dan As-sunnah. Menyakini Tuhan itu Maha Esa,tidak beranak pinak dan menyeru kepada manusia mengabdikan tuhan yang esa, yang tidak tidur dan mati, yang mencipta langit dan bumi, siang dan malam, sakit dan sihat. Semua itu berkonsepkan keesaan dan pengabdian.
2)Adil dan utuh:
Allah Maha Adil maka segala ajarannya adalah sempurna dan adil. Tidak pernah berlaku kekurangan dan penindasan melainkan enggan melaksanakannya. Hukuman dikenakan kepada sesiapa yang melanggari perundangan yang didasari Al-Quran dan As-sunnah. Kita sama-sama hayati ungkapan Rasululullah s.a.w “ sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya akan potong juga tangannya”. Begitulah pendirian baginda yang tidak memilih bulu pabila darah dagingnya sendiri melanggari syariat Islam. Ini bukan penindasan malah ia satu pengajaran kepada orang lain supaya kita berwaspada janji Allah kepada sesiapa yang melanggar perintahnya dengan hukuman yang maha dahsyat di akhirat kelak.
3) Universal dan menyeluruh:
Islam mengajar kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Adab memasuki tandas sehinggalah pemerintahan negara. Kepada individu dan pimpinan itu sendiri yang berkehendak untuk beramal ataupun tidak. Kerahmatan islam meliputi semua makhluk sama ada manusia, binatang dan tumbuhan. Yang membezakan manusia dengan tumbuhan dan binatang adalah akal. Sepertimana Allah menegaskan manusia yang berakal ini dicipta di muka bumi untuk menjadi pentadbir bumi dan ber ‘amar makruf serta mencegah kemungkaran. Justeru, makhluk yang tidak mempunyai akal ini hanyalah mampu ber ‘amar makruf iaitu menjadi sumber rezeki kepada manusia di samping mereka memuji kebesaran Allah s.w.t. Jadi, tidak wajarlah kita berlaku zalim kepada makhluk ini..
4) Progresif:
Cendikiawan dan ulama’- ulama’ Islam di pelbagai sudut bidang seperti al-Biruni(perubatan), Ibn Sina(perubatan), Al-Khawarizmi(pelopor matematik),Al-Farabi(ahli falsafah),Ibn Battuta(pelopor autropologi dan geografi) dan banyak lagi telah berusaha memenuhi hajat manusia. Islam terus utuh dan dikagumi kuasa barat kerana elemen penguasaan syariatullah dan sunnatullah yang ada pada pemerintah, cendekiawan dan ulama-ulama terdahulu.
5) Mudah dan tidak paksaan:
Ajaran Islam memang memenuhi fitrah manusia yang suka pada perkara-perkara baik,cantik dan menyenangkan. Begitu juga ibadah yang wajib dan dituntut dalam Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji memiliki rukshahnya. Sebagai contoh mengerjakan puasa dan haji bagi yang mampu jika mereka jatuh sakit maka jatuh harus baginya. Bersikap menghormati dan memudahkan orang bukan islam dalam urusan agama adalah dituntut. Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud: “ Mudahkan urusan mereka dan jangan sekali-kali kamu sulitkannya, berilah berita gembira kepada mereka dan jangan lakukan sesuatu hingga mereka lari daripada kamu”.
6) No compromise:
Islam tidak boleh bercampur- aduk dengan amalan jahiliyyah dan yang paling penting ia tidak boleh beramal islam separuh dan sebahagian yang lain. Fahaman isme-isme yang melanda negara kita adalah satu faktor mengugat kesucian Islam. Permasalahan Sisters in Islam telah mendesak kerajaan wajar diambil tindakan. SIS telah menpersoalkan mereka yang ‘tudung type ‘adalah tidak progresif dan juga golongan yang kabur.Malah menpersoalkan lagi amalan poligami ini menindas kaum wanita. Sis dengan begitu mudah berhujah membuat pendirian tanpa disiplin ilmu. Jika ia diizinkan terus berkuasa maka tidak mustahil ia dapat menjerumuskan manusia dalam kefasadan dan kegelapan.
7)Fleksibel:
Islam mengambil kira realiti masa dan persekitaran dalam menetapkan hukum dan mengamalkannya. Jesteru, Islam boleh berubah disebabkan perbezaan realiti samada hukum itu sebagai polisi umum masyarakat, individu atau sesebuah kumpulan tertentu. Contohnya, walaupun 50 tahun dahulu umat islam tidak mengamalkan sesuatu perintah kerana kejahilannya. Maka, tidak menjadi alasan untuk mengamalkannya hari ini. Tidak perlu dipersoalkan jika ia memang tsabit dalam Islam.
Marilah kita sama-sama simpulkan hasil huraian ini membuktikan Islam itu sememangnya Izzah apabila seseorang itu dapat menghayati dan mencintai islam sehingga Islam tertegak dalam dirinya.Mereka inilah mampu bersuara memghapuskan budaya hedonisme atau isme-isme yang dicipta barat masakini.Jika non-muslim bertanya apa bezanya Islam dengan orang Islam?Apa ya?Islam adalah agama Allah yang tidak menerima sebarang pindaan sehingga hari kiamat manakala orang islam tidak begitu,manusia senang terdedah sebarang perubahan,sekejap baik,sekejap jahat kerana mereka diuji dan longgar keriikatan hubungan dengan tuhannya Allah s.w.t. Jadi kitalah mencorak Islam ini samada ia kekal kesuciannya atau sebaliknya.SELAMAT BERAMAL=)