Monday, November 16, 2009

'Final exam' is not final , another exams are waiting!

Salam..

Bersyukur kehadrat kurniaan nikmat Allah,kita masih berada dalam kebaikan,merasai nikmat iman dan hidup mengikut cara hidup Islam. Bersesuaian Allah mencipta manusia di dunia untuk mengabdikan padanya. Benarlah menuntut ilmu tuntutan dari Allah kerana mahu manusia yang diciptakanNya mengabdikan diri padaNya.


Tajuk blog kali ini, 'Final Exam' is not final but another exams are waiting!sengaja aku letak tajuk begini kerana sesuai musimnya.
Apa yang aku cuba maksudkan??Apa hikmah sebalik tajuk tersebut??

Aku baru lepas mengakhiri 5 kertas peperiksaan. Aku bersyukur dan selebihnya aku berserah pada Allah.
Semasa fatrah exam tu la aku 'pulun' habis-habisan untuk capai targetku. aku malu pada Allah,aku mungkir janji nak buat terbaik pada semester ini, akibatnya carrymark bagi 2 subjekku macro dan acc aku dapat sedikit sahaja. Tak henti-henti memohon pada Allah beri jalan kemudahan untuk aku faqih memahami ilmu aku pelajari.

Sabda Rasullullah s.a.w: "Barangsiapa yang dikehendaki Allah Taala untuk berada dalam kebaikan nescaya Allah akan mengurniakn kefaqihan ilmu agamaNya"

Aku malu sgt2 pada diriku dan takot sgt2 aku bukanlah di golongan dikehendaki Allah..
aku tak tau adakah selami ini aku menuntut sekadar mengikut adat sahaja..org stdy, aku pn stdy..org p dengar kuliah, aku pom pergi..org p berjuang, aku pom ikut serta..Ya Allah tunjukkilah jalan yang Engkau redhai...




Semua orang ingin 'sukses' dalam kehidupan. Apbila nak exam sibuklah nak bersolat hajat,baca yassin,jaga adab pada ibubapa,jaga hubungan dan paling bagus berqiammulail mohon pada Allah dipermudahkan menjawab..tapi selepas exam, dah x sibuk nak istiqamah. Ramai kata:' dah abih exam,masa untuk enjoy!!' Aku nak tgk 'the Inpendence Day 2012' lps ni!!Aku nak tgk Cd sampai pecah tv!!Aku nak g sne, aku nak g sni!! Sejauhmana erk kita mengimani bahawa kita menuntut ilmu kerana Allah? APA BUKTINYA? Susah nak buktikan
kita ni study kerana dunia atau akhirat. Kalau kita tanya hati kita, sah-sahlah hati akan menjawab kita study kerana Allah.



Jawapannya..Segala ibadah yang kita jaga semasa exam hatta terus istiqamah ibadah tersebut selepas exam adalah buktinya!Paling penting inilah sebenar-benar exam dari Allah, Allah akan menguji keikhlasan kita dari ibadah yang kita kerjakan. Mampu atau tidak persoalannya.
”Wahai Yang membolak-balikkan hati ini, teguhkan (thabit) hati kami dalam deen-Mu dan ketaatan kepada Mu...”
Sebagaimana niat perlu diperbetulkan diiringi oleh himmah dalam melakukan amal.InsyAllah kita semua cuba deh.

Photobucket
~Cinta mendalami Ilmu,Cinta mengerjakan perintahMu~




Selamat bercuti! kembaralah mencari ilmu dan pengalaman demi ISLAM(^.^)






No comments: