Tuesday, July 7, 2009

==KEM BRIGED AMAL 4-5 JULAI==



"Cikgu, saya tak de baju lengan panjang,pakai sarung tangan boleh tak?"


"Cikgu, saya tak boleh solat, xboleh ke duduk dalam bilik...malaslah duduk kat dewan.."


"Cikgu, minta maaf menganggu.. saya tak boleh solat, tapi hormon saya tak stabil cikgu..sikit je..nanti cikgu check saya tak pakai "P**", cikgu janganlah marah saya erk.."


"Cikgu, boleh tak saya tak join kawat kaki...saya sakit dada, dada saya ada asid..."


"Cikgu nak mandila, meleket, kotorla badan saya, macam mana nak solat, kan Islam suka kebersihan..."

"Bengangla dengan fasi nih..suka hati dia buat kita ni 'macam-macam' dalam blind trail...suruh merangkakla, melompatla, mencangkung sambil berjalanlah. kotor baju kami.. basah, penuh lecak..Matalah tutup,lepas tue tipu kita plak, depan tu ada lipan,lintah,cacing,kerengga, taik kucingla..macam-macam, ingat kami ni apa ntah.."


Di atas ini adalah beberapa ragam adik-adik SEKOLAH MENENGAH(13-17tahun) semasa aku mengendalikan program amal selaku fasilitator. Kem Briged Amal anjuran kerajaan selangor, daerah Gombak Setia ini telah mengetengahkan konsep SPIES kepada peserta. Visi kem ini semestinya ingin melahirkan remaja cakna kepada masyarakat, cemerlang dari segi akhlak dan ilmunya.

S: Spiritual
P: Physical
I: Intelectual
E: Emotional
S: Social

Kem ini 80% melibatkan aktiviti outdoor yang menguji tahap kelasakan peserta. Aktiviti-aktivitinya seperti:-

~
Pecah belon Sahabat

~
Kawat

~
Cooking Egg: setiap kump. membina 2pasangan(1.mata tertutup dan 2.tangan diikat) dikehendaki memasak telur
dalam keadaan mata tertutup dan instruction akn diberikan dari pasangan yang tangan diikat.

~
Jejak Bertapak(Ala-ala explorace tapi aktiviti dibuat waktu malam)

~
Qiamulail

~
Gotong-royong masjid

~
Blind Trail

~
Persembahan Motivasi

Sebelum aku melangkah ke program, ade je dugaan menimpa. Berkorban tidak berjumpa dengan makcik dan sepupu2 kecilku. Agak lama tak jumpa. 4 bulan rasanya tapi mereka akan menetap di Dubai selama sebulan. Sedih. Oleh kerana aku sudah memberi nama dan inilah peluangku melihat sendiri dunia remaja yang katanya semakin parah. Aku berkorban. Tak pelah ada jodoh dan umur panjang kita berjumpa lagi.

Pengalaman yang cukup manis aku rasa, kerjasama dengan consultancy LaKhauf management amat menyeronokkan.

"Ala adik nany, bersabarlah..ini x teruk sangat kerenah adik-adik nih..akak dulu pernah handle satu program tue, apabila kami pegang hset mereka, kami xlarat mendengar msj masuk bertubi2..kami bukakla..kami baca msj tersebut,terkejut kami, peserta tu sedang bergaduh dengan 'balak' ye pasal kes 'tebuk-menebuk', nany nak tau berapa umur peserta tu? 14 tahun dik..14 tahun! muda lagi...", Bercerita salah sorang urusetia dari LaKhauf Management yang berbahsakan dirinya KaK Ani. Aku, 'Atikah dan Ain terkesima..sedih!

Menghadapi proses ditarbiyyah adik-adik telah mengingatkan kita jiwa-jiwa muda inilah perlu dilentur dengan ajaran Islam iaitu memerlukan kesempurnaan,kecantikan, tatasusila yang baik. Didik mereka dengan penuh kasih sayang tentang Islam. "Jangan terlalu menekan, nanti adik-adik ini memberontak", kata 'Atikah.
Konsep dakwah umumi(mereka yang berminat mendekati Islam) seharusnya pendekatan itu mestilah lembut dan mendidik. Apabila mereka enggan bersolat, selami hati mereka, barangkali mereka tidak pernah mengerjakannya. Kitalah berperanan untuk mendidik! Bukan menghukum..xgitu k.sue? Rata-rata peserta yang datang ke program ini kerana galakan ibubapa. Mereka bersedia berubah sikap masakan tidor pukul 2.45a.m sudah pula bersiap-siap untuk berQiamulail pada pukul 4.30a.m...aku kagum..SyukrOnillah!


"Adik kenapa tak bukak stokin tue, kan dah basah kena sabun" ujiku. Ketika itu gotong-royong membasuh kaki lima depan masjid Assyarif. Anak buah ku ini lain dari yang lain. Berbeza dengan kawan-kawannya. Jawab Suraya," eh, akak..kaki kan aurat,taknaklah..akak pom tak bukak kan.." Pikirku walaupun adik ini sekolah menengah barangkali adik ini sudah menerima tarbiyyah daripada ibubapanya kot. Teringat sahabat ISIS ku 'Atikah dan Mahirah.


"Mawi ke nih Ain, apa dia buat kat sini xsesuaila",kata aku. "Bukanlah nany ini motivatorlah..",sangkal Ain. Terkejut aku ada pula motivator klon Mawi. Aku xpernah melihat beliau di kaca televisyen,surat2 khabar atau alam siber..kira Low-profile lah..Setiap ceramah beliau akan selitkan beberapa lagu-lagu nasihat. Ceramah sambil buat konsert. Different than others!
Ust. Akhwan Afandi sudah berkecimpung dalam profession ini sejak 15tahun yang lalu. Semasa beliau aktif dalam mpp UITM lagi. Sementelah itu, beliau pernah mengikuti pembelajaran pondok al-quran selama 2 tahun di Tg. Bedil, Alor Setar, Kedah. Sila klik! Aku mengagumi beliau kerana ceramah beliau mampu meruntun jiwa-jiwa yang keras bak batu di sungai untuk kembali mengingati Rabbul 'Alamin. Hubungan dengan Allah dapat dijaga mampu membaiki jiwa-jiwa yang rosak. Antaranya, beliau mendendangkan lagu nasyid raihan-demi masa, muhammad al-mustafa, Ilahilas, Jamal Abdillah-kepadamu kekasih, mawi-Kian dll. Setiap bait lagu, beliau akan kaitkan dengan kehidupan, ketuhanan, ketaatan kepada ibubapa dan paling penting dapat belajar dari maksud tersirat lagu-lagu tersebut.

Aku tersentuh," Adik-adik, siapa boleh beri maksud surah Asr sila angkat tangan!" "Nak hadiah tak?" Ustaz mencabar adik-adik. Tiada sorang pun berani angkat.
" Demi Masa... Sesungguhnya manusia kerugiaan.
Melainkan... yang beriman dan yang beramal soleh..
Demi masa....
Sesungguhnya manusia kerugiaan..
Melainkan..
nasihat kepada kebenaran dan kesabaran.." Syahdu ustaz medendangkan lagu nih.

Allahu Rabbi..baru aku sedar bahawa dalamnya maksud Firman Allah ini. Saban waktu masa kita diisi dengan perkara tidak berfaedah. Setiap minit kadang-kadang lidah kita terlupa dibasahi dengan zikrullah. Ruginya kita kerana kurang amal ibadat. Ruginya kita kerana tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

banyak lagi hendak dikongsi tapi cukupla setakat ini. Cerita-cerita lain saya post becoming entry. penatla menaip nih. InsyAllah, pengalaman yang baik ini dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan ~Kenangan Terindah JULAI 2009~




Nantikan gambar-gambar kenangan di Kem Rebutia, Alang Sedayu Resort, Gombak, Selangor!

Thursday, July 2, 2009

++Kempen Membasmi Influenza A H1N1++



Kempen ini semakin giat dijalankan hatta iklan di televisyen acapkali menayangkan langkah-langkah pencegahan membasmi virus yang kian menular di negara-negara luar. Menggesa kerajaan melaksanakan solat hajat besar-besaran amat diharapkan agar negara Malaysia dijauhi dari jangkitan Influenza A H1N1.

Kepada mereka yang mula merasa kurang sihat atau tanda awal jangkitan seperti batuk dan demam hendaklah segera mendapatkan rawatan daripada doktor yang berdekatan dan mengurangkan pergaulan dengan rakan lain termasuk mengelakkan diri dari menghadiri kelas dan tempat krja.

Amalkan kebersihan diri:


  1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan ketika bersin.
  2. Kerap membasuh tangan terutama selepas batuk atau bersin.
  3. Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain
  4. Pastikan pengudaraan dalam rumah yang baik.
  5. Permukaan objek seperti lantai dan meja tercemar dari cecair hidung atau mulut perlu dibersih.

Sedikit sebanyak dapat dikongsi kepada pautan siber yang setia.
"Prevention is better than cure". Ayuh basmi jangkitan Influenza A H1N1 dari terus merebak!



++Datin Seri vs Mahasiswa++

Salam fisabilillah...




Siapa yang tak kenal Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang begitu dekat pada hati rakyatnya ini..=) Ucapan terima kasih kepada Datin Seri kerana prihatin membela nasib mangsa kebakaran di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam petang semalam. Kebakaran ini telah mengakibatkan 5 buah rumah terbakar. Datin Seri Rosmah Mansor pengasas penubuhan BAKTI telah memberi sedikit sumbangan sebanyak RM1000 setiap keluarga mangsa. Sementelah itu, Datin Seri dengan murah hatinya menhadiahkan sebuah rumah kepada mangsa supaya dapat meringankan bebanan keluarga mangsa. SYABAS! Adakah kebajikan ini untuk mencuri simpati dan perhatian rakyat agar imejnya yang kian tercemar ini dapat dibela? Waallahu 'ala taala a'lam..
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui walaupun sebesar zarah! Datin Rosmah Mansor telah menjalankan sebahagian tugasnya selaku Isteri PM dgn baik, membela nasib rakyat tetapi saudara-maranya bagaimana?

Berita menuduh Datin Seri terlibat dalam konspirasi melemahkan gerakan mahasiswa ini amat mendukacitakan hati saya. mengikuti kes terbaru di UM ini. 2 ahli PMIUM disyaki terlibat mengganggu satu simposium yang dihadiri Datin Seri Rosmah ketika itu. Tuduhan kepada pelajar berkenaan kerana menconteng dinding dengan laungan "pembunuh Altuntuya,bom plastik c4, bini puaka dan wanita mongolia" serta di dituduh meyembah petrol ke permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui Datin Seri. Wujud kemusyikilan dihati, berdasarkan fakta-fakta semasa Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh syeksen 427 kanun keseksaan bagi kesalahan khianat yang mengakibatkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25. Malangnya, direman selama seminggu kemudian boleh dibicara ke Mahkamah.

Selepas kes ISA7 iaitu kes tujuh mahasiswa yang didakwa berdemonstrasi menentang AKTA ISA 2001 sedah selesai, kini mereka mencipta kes baru ini pula.
Pastinya ada kaitan untuk menakut-nakutkan mahasiswa sekaligus melemahkan gerakan pelajar yang dilihat aktif menegur kerajaan. Kita harap gerakan mahasiswa Islam kampus tidak lemah dengan cabaran hebat ini. Yang benar tetap benar, yang salah akan kalah akhirnya. Cabaran inilah harus kita hadapi dengan tabah demi mencapai kebenaran hakiki. -MAHASISWA CAKNA-Takbirrrr...

RM1500=Miskin??



Kak..Berapa ringgit semua? RM 29.55 dik...Ala kak,tak cukup pulak RM0.05. Kira halallah kak.Em..baiklah=) Ini adalah dialogku bersama penjual...?hehe..SECRET. Nak kata masih bernilai lagi RM0.05 ini. Tapi kita jarang pula jumpa gula-gula yang berharga RM0.05. Kenapa ya? Sungguhpun, nilai 5 sen atau 1sen inilah yang sangat berharga jika tiada nilai tersebut mustahil kita boleh mencukupi RM1,999,999.95 atau RM1,999,999,99 ke nilai RM 1juta. Teringat sebuah iklan di TV, ibubapa si budak kecil ini begitu berjimat menggunakan ubat gigi sehinggakan si anak tersebut berkata, "mahu berjimat?pergilah carefour".Lebih kurang begitulah.



Ketidakstabilan ekonomi negara kita begitu mengharapkan rakyat Malaysia membudayakan jimat-cermat. Tapi, jika kita ke pusat membeli-belah tidak kira di awal atau hujung bulan, boleh tahan juga masyarakat kita berbelanja.Bagi isi rumah mereka memerlukan pendapatan untuk membiayai sewa rumah, loan kereta, bil air, bil elektrik, barang dapur, cukai, nafkah isteri bagi suami and 'many more to maximize their satisfaction but it is not included to fulfil their luxury'. Kadang-kadang kita gagal mengawal bajet kewangan peribadi dan keluarga mungkin disebabkan kita gagal merasai penangan 'kemeseletan ekonomi' yang melanda negara kita. Kerajaan sedaya upaya mencari jalan memulihkan krisis ekonomi ini antaranya baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib bijak mengatur langkah menjalinkan hubungan diplomatik dan Inter-trade dengan mengadakan lawatan ke Negara China. DSMN 'bijak' menggunakan kesempatan ini dengan menjual nama ayahanda beliau Tun Abdul Razak kerana ayahyanda beliau pernah berjasa kepada Parti Komunis China sehingga Parti Komunis Malaya dapat ditubuhkan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. DSMN berhasrat Negara China yang maju dari segi sektor perdagangannya mampu menjadi mentor kepada negara Malaysia nanti. Sungguh hebat Dato' Seri Najib. 'Bijak mengatur strategi' meningkat Income Negara. Malangnya, beliau tidaklah begitu teliti mengenai kebajikan rakyat amnya.


Ketidakseimbangan kos hidup antara rakyat luar bandar dan bandar bermasalah mengatur 'budget line' mengikut pendapatan yang diperolehi. Contoh, di kampung sekiranya ibubapa dan sanak- saudara bertanya kepada kita, " Berapa gaji kamu?" dan kita menjawab, "RM1500 sahaja", mereka akan menjawab, "Wow, banyak tu yop!" Sedangkan di Kuala Lumpur pendapatan tersebut untuk tiga orang isi rumah sudah tergolong sebagai MISKIN! Kos hidup di bandar yang begitu tinggi menuntut satu isi rumah supaya mencapai sasaran RM3000 sebulan untuk tiga orang sahaja isi rumah. Bayangkan!

Islam pula memberikan takrif yang tersendiri terhadap kemiskinan. Menurut Islam, rakyat yang berpendapatan melebihi separuh daripada keperluan dalam satu-satu hari tetapi tidak dapat memenuhi keperluan, dikira miskin!Ini bermakna, jika sekiranya beliau dan tanggungannya memerlukan RM30 sehari tetapi ia hanya berpendapatan RM20 sehari, maka dikategori dalam kelompok miskin. Jika pendapatan kurang separuh iaitu kurang Rm15, dia dikategori sebagai golongan fakir! Inilah realiti yang berlaku di Malaysia yang bukan Malaysia 5o tahun dahulu yang RM0.05 ini sangat bernilai ketika itu.
Tutup mata,bukalah minda..BAYANGKANLAH! Bagaimana pula dengan mereka berpendapatan RM3000 sebulan tetapi tiba hujung bulan poket kosong? Adakah kerana faktor kemiskinan atau tidak pandai BERJIMAT? Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, July 1, 2009

==Bukti Islam memuliakan Semua==




Cuti akhir semester 3 yang berbaki ini ana sempatlah me'update pembelajaran ana ketika berusrah bersama adik-adik 1st year di matrik yang mana telah membentangkan tajuk tasawwur Islam sebagai Ad-den. Membuka Mukadimah kata i will compare and contrast between other religions and nations towards Islamic perspective. Percayakah Melayu bukanlah bangsa yang terlebih dahulu mengenal Islam berbanding bangsa lain di Malaysia ini? Kita koreksi kembali kedatangan Islam ke Tanah Melayu agama Islam telah datang ke negara China, negara India lebih awal sebelum datang ke Tanah Melayu. Apa yang perlu ditekan di sini agama Islam bukan khusus untuk bangsa, Melayu ,Cina, India mahupun bangsa arab walaupun Al-quran dan hadis Rasulullah dalam bahasa itu. Jadi, Islam milik Allah dan Dialah yang menciptakan semua jenis bangsa manusia dan undang-undang yang sesuai dengan mereka.
Allah berfirman: “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam" (Ali Imran:19)
Dan dipetik daripada kata-kata Saidina Umar al-Khattab r.a : Kita adalah satu golongan yang Allah muliakan dengan Islam, apabila mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam,Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita”

Jadi, dari firman Allah azzawajalla dan kata-kata Saidina Umar itu,patutlah kita sedar dan yakin bahawa dengan mengabungkan diri dengan Islam akan memastikan kita dimuliakan serta
cemerlang di dunia dan di akhirat. Mengupas pengertian Islam ini, Allah dalam firmanNya dalam (surah an-Nisa’:125) maka Islam diertikan sebagai “ Penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati.
Kita teliti maksud tersirat kata-kata sahabat nabi ini, memang benarlah apabila kita tidak mendaulatkan keseluruhan agama Islam dalam kehidupan kita, pincanglah kepimpinan diri sehingga ke peringkat tertinggi kekuasaan Negara. Adakah negara kita masih lagi mengamalkan konsep ad-deen? Apabila kita melihat fonemena yang berlaku pada negara kita, kita tahu jawapannya. Kepincangan, bala dan maksiat semakin bermaharajalela. Maka, Islam perlulah dijadikan cara hidup(ad-deen) merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
Bagaimana pula kita ingin menyakinkan non-muslim bahawasanya istimewanya Islam ini ya?

1)Ketuhanan:
Islam berasal dari sumber-sumber ketuhanan bersandarkan wahyu Allah, Al-Quran dan As-sunnah. Menyakini Tuhan itu Maha Esa,tidak beranak pinak dan menyeru kepada manusia mengabdikan tuhan yang esa, yang tidak tidur dan mati, yang mencipta langit dan bumi, siang dan malam, sakit dan sihat. Semua itu berkonsepkan keesaan dan pengabdian.
2)Adil dan utuh:
Allah Maha Adil maka segala ajarannya adalah sempurna dan adil. Tidak pernah berlaku kekurangan dan penindasan melainkan enggan melaksanakannya. Hukuman dikenakan kepada sesiapa yang melanggari perundangan yang didasari Al-Quran dan As-sunnah. Kita sama-sama hayati ungkapan Rasululullah s.a.w “ sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya akan potong juga tangannya”. Begitulah pendirian baginda yang tidak memilih bulu pabila darah dagingnya sendiri melanggari syariat Islam. Ini bukan penindasan malah ia satu pengajaran kepada orang lain supaya kita berwaspada janji Allah kepada sesiapa yang melanggar perintahnya dengan hukuman yang maha dahsyat di akhirat kelak.
3) Universal dan menyeluruh:
Islam mengajar kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Adab memasuki tandas sehinggalah pemerintahan negara. Kepada individu dan pimpinan itu sendiri yang berkehendak untuk beramal ataupun tidak. Kerahmatan islam meliputi semua makhluk sama ada manusia, binatang dan tumbuhan. Yang membezakan manusia dengan tumbuhan dan binatang adalah akal. Sepertimana Allah menegaskan manusia yang berakal ini dicipta di muka bumi untuk menjadi pentadbir bumi dan ber ‘amar makruf serta mencegah kemungkaran. Justeru, makhluk yang tidak mempunyai akal ini hanyalah mampu ber ‘amar makruf iaitu menjadi sumber rezeki kepada manusia di samping mereka memuji kebesaran Allah s.w.t. Jadi, tidak wajarlah kita berlaku zalim kepada makhluk ini..
4) Progresif:
Cendikiawan dan ulama’- ulama’ Islam di pelbagai sudut bidang seperti al-Biruni(perubatan), Ibn Sina(perubatan), Al-Khawarizmi(pelopor matematik),Al-Farabi(ahli falsafah),Ibn Battuta(pelopor autropologi dan geografi) dan banyak lagi telah berusaha memenuhi hajat manusia. Islam terus utuh dan dikagumi kuasa barat kerana elemen penguasaan syariatullah dan sunnatullah yang ada pada pemerintah, cendekiawan dan ulama-ulama terdahulu.
5) Mudah dan tidak paksaan:
Ajaran Islam memang memenuhi fitrah manusia yang suka pada perkara-perkara baik,cantik dan menyenangkan. Begitu juga ibadah yang wajib dan dituntut dalam Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji memiliki rukshahnya. Sebagai contoh mengerjakan puasa dan haji bagi yang mampu jika mereka jatuh sakit maka jatuh harus baginya. Bersikap menghormati dan memudahkan orang bukan islam dalam urusan agama adalah dituntut. Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud: “ Mudahkan urusan mereka dan jangan sekali-kali kamu sulitkannya, berilah berita gembira kepada mereka dan jangan lakukan sesuatu hingga mereka lari daripada kamu”.
6) No compromise:
Islam tidak boleh bercampur- aduk dengan amalan jahiliyyah dan yang paling penting ia tidak boleh beramal islam separuh dan sebahagian yang lain. Fahaman isme-isme yang melanda negara kita adalah satu faktor mengugat kesucian Islam. Permasalahan Sisters in Islam telah mendesak kerajaan wajar diambil tindakan. SIS telah menpersoalkan mereka yang ‘tudung type ‘adalah tidak progresif dan juga golongan yang kabur.Malah menpersoalkan lagi amalan poligami ini menindas kaum wanita. Sis dengan begitu mudah berhujah membuat pendirian tanpa disiplin ilmu. Jika ia diizinkan terus berkuasa maka tidak mustahil ia dapat menjerumuskan manusia dalam kefasadan dan kegelapan.
7)Fleksibel:
Islam mengambil kira realiti masa dan persekitaran dalam menetapkan hukum dan mengamalkannya. Jesteru, Islam boleh berubah disebabkan perbezaan realiti samada hukum itu sebagai polisi umum masyarakat, individu atau sesebuah kumpulan tertentu. Contohnya, walaupun 50 tahun dahulu umat islam tidak mengamalkan sesuatu perintah kerana kejahilannya. Maka, tidak menjadi alasan untuk mengamalkannya hari ini. Tidak perlu dipersoalkan jika ia memang tsabit dalam Islam.
Marilah kita sama-sama simpulkan hasil huraian ini membuktikan Islam itu sememangnya Izzah apabila seseorang itu dapat menghayati dan mencintai islam sehingga Islam tertegak dalam dirinya.Mereka inilah mampu bersuara memghapuskan budaya hedonisme atau isme-isme yang dicipta barat masakini.Jika non-muslim bertanya apa bezanya Islam dengan orang Islam?Apa ya?Islam adalah agama Allah yang tidak menerima sebarang pindaan sehingga hari kiamat manakala orang islam tidak begitu,manusia senang terdedah sebarang perubahan,sekejap baik,sekejap jahat kerana mereka diuji dan longgar keriikatan hubungan dengan tuhannya Allah s.w.t. Jadi kitalah mencorak Islam ini samada ia kekal kesuciannya atau sebaliknya.SELAMAT BERAMAL=)