Tuesday, February 1, 2011

~Mubarak vs Rakyat Mesir~

28 Safar 1432H

Salam perpaduan, salam 1...ummah ^_^


Sistem pemerintahan Mesir di bawah rejim Hosni Mubarak tiada bezanya dengan kerajaan Tunisia sebelum ini. Mereka melakukan penindasan terhadap rakyat, penipuan dalam pilihanraya, rakyat Mesir terus tertekan dengan kehidupan di sana.
Kini kesabaran sudah sampai waktunya. Kemarahan rakyat Mesir semakin meluap-luap dan sudah mencapai kemuncak demontrasi untuk tuntutan bagi mengembali pemerintahan yang lebih adil kepada mereka. Yang pastinya rakyat Mesir mahukan Hosni Mubarak letak jawatan !!
credit to google
 credit to google
 credit to google

Selama berpuluh-puluh tahun rakyat Mesir menderita di bawah rejim Hosni Mubarak, kini sudah tiba untuk mereka melakukan dan menuntut perubahan besar dalam pemerintahan Mesir. Satu persatu BONEKA YAHUDI akan tumbang. INSYAALLAH…!!! Hanya masa akan menentukan. Pemberontakan rakyat Mesir yang bermula kelmarin berlanjutan sehingga malam hari selama 48 jam dan mengikut laporan luar negara sehingga sekarang demonstrasi masih berlanjutan, sehinggalah regim mubarak/yahudi tumbang.
Walaubagaimanapun, Hosni Mubarak letak syarat, antaranya akan tinggal (perintah) untuk sepenggal dan anak beliau, Gamal Hosni Mubarak untuk menggantikannya nanti. Apa maksudnya di sini?
“Ini bermaksud rakyat Mesir akan keluar mulut singa, dan kemudiannya mulut buaya”
USA terpaksa suruh Hillary Clinton untuk keluar kenyataan masuk campur dalam keadaan demontrasi rakyat Mesir. Jikalau regim Hosni Mubarak Mubarak tumbang, kepentingan USA, Yahudi Zionis di Timur Tengah akan longgar disebabkan Mesir ini seperti benteng bagi USA dan Yahudi Zionis. Dikhabarkan juga jikalau Hosni Mubarak jatuh, USA dikatakan tiada pilihan kedua untuk naikkan pro USA dan Yahudi Zionis.

credit to google

Diharapkan keadilan Palestin seakan lebih terbela sekiranya Diktator Hosni Mubarak tumbang. Doa-doa orang yang dizalimi sudah mula dimakbulkan. InsyaAllah! Kalau tanya kami patutkah rakyat Mesir bangkit seperti yang ada sekarang? Ya, memang patut pun, kami sangat-sangat bersetuju. 
Mana pilihan yang terbaik :
-Susah untuk tempoh-tempoh seminggu yang terakhir ini untuk mereka berjuang habis-habisan menuntut keadilan dan menentang pemerintahan zalim Hosni Mubarak dan akhirnya kemenangan berpihak kepada rakyat Mesir atau…..

 -Terus-terusan ditindas, ditekan dan dizalimi dan membiarkan pemerintahan rejim Hosni Mubarak dan kemudian dengan anaknya menekan rakyat Mesir?

Sampai bila mahu rakyat Mesir perlu tunggu?

Sumber asli: di sini.