Wednesday, July 1, 2009

==Bukti Islam memuliakan Semua==




Cuti akhir semester 3 yang berbaki ini ana sempatlah me'update pembelajaran ana ketika berusrah bersama adik-adik 1st year di matrik yang mana telah membentangkan tajuk tasawwur Islam sebagai Ad-den. Membuka Mukadimah kata i will compare and contrast between other religions and nations towards Islamic perspective. Percayakah Melayu bukanlah bangsa yang terlebih dahulu mengenal Islam berbanding bangsa lain di Malaysia ini? Kita koreksi kembali kedatangan Islam ke Tanah Melayu agama Islam telah datang ke negara China, negara India lebih awal sebelum datang ke Tanah Melayu. Apa yang perlu ditekan di sini agama Islam bukan khusus untuk bangsa, Melayu ,Cina, India mahupun bangsa arab walaupun Al-quran dan hadis Rasulullah dalam bahasa itu. Jadi, Islam milik Allah dan Dialah yang menciptakan semua jenis bangsa manusia dan undang-undang yang sesuai dengan mereka.
Allah berfirman: “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam" (Ali Imran:19)
Dan dipetik daripada kata-kata Saidina Umar al-Khattab r.a : Kita adalah satu golongan yang Allah muliakan dengan Islam, apabila mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam,Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita”

Jadi, dari firman Allah azzawajalla dan kata-kata Saidina Umar itu,patutlah kita sedar dan yakin bahawa dengan mengabungkan diri dengan Islam akan memastikan kita dimuliakan serta
cemerlang di dunia dan di akhirat. Mengupas pengertian Islam ini, Allah dalam firmanNya dalam (surah an-Nisa’:125) maka Islam diertikan sebagai “ Penyerahan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan hati.
Kita teliti maksud tersirat kata-kata sahabat nabi ini, memang benarlah apabila kita tidak mendaulatkan keseluruhan agama Islam dalam kehidupan kita, pincanglah kepimpinan diri sehingga ke peringkat tertinggi kekuasaan Negara. Adakah negara kita masih lagi mengamalkan konsep ad-deen? Apabila kita melihat fonemena yang berlaku pada negara kita, kita tahu jawapannya. Kepincangan, bala dan maksiat semakin bermaharajalela. Maka, Islam perlulah dijadikan cara hidup(ad-deen) merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
Bagaimana pula kita ingin menyakinkan non-muslim bahawasanya istimewanya Islam ini ya?

1)Ketuhanan:
Islam berasal dari sumber-sumber ketuhanan bersandarkan wahyu Allah, Al-Quran dan As-sunnah. Menyakini Tuhan itu Maha Esa,tidak beranak pinak dan menyeru kepada manusia mengabdikan tuhan yang esa, yang tidak tidur dan mati, yang mencipta langit dan bumi, siang dan malam, sakit dan sihat. Semua itu berkonsepkan keesaan dan pengabdian.
2)Adil dan utuh:
Allah Maha Adil maka segala ajarannya adalah sempurna dan adil. Tidak pernah berlaku kekurangan dan penindasan melainkan enggan melaksanakannya. Hukuman dikenakan kepada sesiapa yang melanggari perundangan yang didasari Al-Quran dan As-sunnah. Kita sama-sama hayati ungkapan Rasululullah s.a.w “ sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya akan potong juga tangannya”. Begitulah pendirian baginda yang tidak memilih bulu pabila darah dagingnya sendiri melanggari syariat Islam. Ini bukan penindasan malah ia satu pengajaran kepada orang lain supaya kita berwaspada janji Allah kepada sesiapa yang melanggar perintahnya dengan hukuman yang maha dahsyat di akhirat kelak.
3) Universal dan menyeluruh:
Islam mengajar kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Adab memasuki tandas sehinggalah pemerintahan negara. Kepada individu dan pimpinan itu sendiri yang berkehendak untuk beramal ataupun tidak. Kerahmatan islam meliputi semua makhluk sama ada manusia, binatang dan tumbuhan. Yang membezakan manusia dengan tumbuhan dan binatang adalah akal. Sepertimana Allah menegaskan manusia yang berakal ini dicipta di muka bumi untuk menjadi pentadbir bumi dan ber ‘amar makruf serta mencegah kemungkaran. Justeru, makhluk yang tidak mempunyai akal ini hanyalah mampu ber ‘amar makruf iaitu menjadi sumber rezeki kepada manusia di samping mereka memuji kebesaran Allah s.w.t. Jadi, tidak wajarlah kita berlaku zalim kepada makhluk ini..
4) Progresif:
Cendikiawan dan ulama’- ulama’ Islam di pelbagai sudut bidang seperti al-Biruni(perubatan), Ibn Sina(perubatan), Al-Khawarizmi(pelopor matematik),Al-Farabi(ahli falsafah),Ibn Battuta(pelopor autropologi dan geografi) dan banyak lagi telah berusaha memenuhi hajat manusia. Islam terus utuh dan dikagumi kuasa barat kerana elemen penguasaan syariatullah dan sunnatullah yang ada pada pemerintah, cendekiawan dan ulama-ulama terdahulu.
5) Mudah dan tidak paksaan:
Ajaran Islam memang memenuhi fitrah manusia yang suka pada perkara-perkara baik,cantik dan menyenangkan. Begitu juga ibadah yang wajib dan dituntut dalam Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji memiliki rukshahnya. Sebagai contoh mengerjakan puasa dan haji bagi yang mampu jika mereka jatuh sakit maka jatuh harus baginya. Bersikap menghormati dan memudahkan orang bukan islam dalam urusan agama adalah dituntut. Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud: “ Mudahkan urusan mereka dan jangan sekali-kali kamu sulitkannya, berilah berita gembira kepada mereka dan jangan lakukan sesuatu hingga mereka lari daripada kamu”.
6) No compromise:
Islam tidak boleh bercampur- aduk dengan amalan jahiliyyah dan yang paling penting ia tidak boleh beramal islam separuh dan sebahagian yang lain. Fahaman isme-isme yang melanda negara kita adalah satu faktor mengugat kesucian Islam. Permasalahan Sisters in Islam telah mendesak kerajaan wajar diambil tindakan. SIS telah menpersoalkan mereka yang ‘tudung type ‘adalah tidak progresif dan juga golongan yang kabur.Malah menpersoalkan lagi amalan poligami ini menindas kaum wanita. Sis dengan begitu mudah berhujah membuat pendirian tanpa disiplin ilmu. Jika ia diizinkan terus berkuasa maka tidak mustahil ia dapat menjerumuskan manusia dalam kefasadan dan kegelapan.
7)Fleksibel:
Islam mengambil kira realiti masa dan persekitaran dalam menetapkan hukum dan mengamalkannya. Jesteru, Islam boleh berubah disebabkan perbezaan realiti samada hukum itu sebagai polisi umum masyarakat, individu atau sesebuah kumpulan tertentu. Contohnya, walaupun 50 tahun dahulu umat islam tidak mengamalkan sesuatu perintah kerana kejahilannya. Maka, tidak menjadi alasan untuk mengamalkannya hari ini. Tidak perlu dipersoalkan jika ia memang tsabit dalam Islam.
Marilah kita sama-sama simpulkan hasil huraian ini membuktikan Islam itu sememangnya Izzah apabila seseorang itu dapat menghayati dan mencintai islam sehingga Islam tertegak dalam dirinya.Mereka inilah mampu bersuara memghapuskan budaya hedonisme atau isme-isme yang dicipta barat masakini.Jika non-muslim bertanya apa bezanya Islam dengan orang Islam?Apa ya?Islam adalah agama Allah yang tidak menerima sebarang pindaan sehingga hari kiamat manakala orang islam tidak begitu,manusia senang terdedah sebarang perubahan,sekejap baik,sekejap jahat kerana mereka diuji dan longgar keriikatan hubungan dengan tuhannya Allah s.w.t. Jadi kitalah mencorak Islam ini samada ia kekal kesuciannya atau sebaliknya.SELAMAT BERAMAL=)

No comments: