Tuesday, June 30, 2009

==Kembali Aktif==


Salam rindu juang kepada pautan siber yang setia,

Ana sekian kalinya melepaskan rindu setelah berbulan-bulan lamanya tidak berjogging di depan keyboard nih..pinjam dari kata-kata sahabatku('Atikah). Mendepani pelbagai cabaran krisis yang menghangatkan pentas politik, ekonomi dan sosial negara barangkali inilah ujian atau peringatan kepada hamba-hambanya. Ana juga tidak terlepas dengan ujian yang Allah berikan. Syukurillah ana beransur sihat. Nikmat berjalan dan sihat itu telah ditarik sedikit demi sedikit setelah ana ditimpa musibah jatuh motor 4 minggu lepas. Luka dikaki terpaksa dijahit dengan 8 jahitan.
Pertama kalinya pergi ke kelas dengan berkaki tiga. Sedih kadang2 tu apabila melayan perasaan payahnya hendak berjalan dan megerjakan solat.
Semua itu adalah pengalaman manis dalam hidup kerana di'title'kan OKU sementara kerana banyak juga orang memberi perhatian ya....dan paling berharga dapat menghayati Mengapa Allah menguji hambanya?
Kerana mengimani bahawa Allah sebagai Rabb, bahawa itu pencipta alam, pentadbir alam, pengatur alam dan pemilik alam adalah sari pati pengertian kita kepada Rububiyyah Allah. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah dia gagal menjalinkan hubungan dengan Rububiyyah Allah kerana lupa hakikat dia adalah HAMBA. Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji. “Apa salah aku. Mengapa aku tidak mati saja!” kata-kata manusia yang terlupa. Terlupa bahawa diri kita adalah milik mutlak Allah. Nasihat Ust Hasrizal meyedarkan ana betapa kerdil diri dan tipisnya mengimani Qada’ dan Qadar tuhan. Waspadalah hati dan jagalah iman kita supaya mengelak dari mempersoalkan musibah Allah. Terdapat banyak ayat2 Al-Quran dengan selautan hikmah Allah menguji hambaNya. Buruk sangka lalu tidak mencari ‘Bicara Tuhan' menurunkan musibah. Maka,binasalah kita sebinasa-binasanya.

Kenape aku di uji??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; `kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut : 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?

"…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Kecewa?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." (Al-Imran : 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Al-Imran : 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang aku dapat drpd semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa aku berharap?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Aku tak dapat tahan!!!

"... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Yusuf : 12)
~Sama-sama menjejaki Allah's loving, Allah'caring~


No comments: