Thursday, July 2, 2009

++Kempen Membasmi Influenza A H1N1++



Kempen ini semakin giat dijalankan hatta iklan di televisyen acapkali menayangkan langkah-langkah pencegahan membasmi virus yang kian menular di negara-negara luar. Menggesa kerajaan melaksanakan solat hajat besar-besaran amat diharapkan agar negara Malaysia dijauhi dari jangkitan Influenza A H1N1.

Kepada mereka yang mula merasa kurang sihat atau tanda awal jangkitan seperti batuk dan demam hendaklah segera mendapatkan rawatan daripada doktor yang berdekatan dan mengurangkan pergaulan dengan rakan lain termasuk mengelakkan diri dari menghadiri kelas dan tempat krja.

Amalkan kebersihan diri:


  1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan ketika bersin.
  2. Kerap membasuh tangan terutama selepas batuk atau bersin.
  3. Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain
  4. Pastikan pengudaraan dalam rumah yang baik.
  5. Permukaan objek seperti lantai dan meja tercemar dari cecair hidung atau mulut perlu dibersih.

Sedikit sebanyak dapat dikongsi kepada pautan siber yang setia.
"Prevention is better than cure". Ayuh basmi jangkitan Influenza A H1N1 dari terus merebak!



No comments: