Tak terlambat sekirannya saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah kepada warga blogger yang dirindui. Rata-rata dikalangan kita yang menyambut tahun baru ini mesti akan memasang niat dan azam baru. Jadi, diriku x ketinggalan. Sudah lama aku menbiarkan blog ini usang, berhabuk dan bersawang dengan input2 yang lama x di update. Sibuk sangatkah aku ini sehingga x sempat meng-update? x silap aku hampir SETAHUN aku membiarkannya. Nasib kaulah MDS dapat tuan begini(-_-)
sebenarnya masa 24jam yang Allah anugerah pada kita ini tersangat cukup. Masa yang diperuntukkan untuk mencari rezki, belajar, beribadat dan rehat terangkum sekitar 24jam ini. Adakala kita peruntukan masa untuk 3pkr x 8jam=24jam atau 12pkr x 2jam=24jam atau 6pkr x 4jam. Maka, sejauhmana kebijaksanaan kita mengurus masa itu?
adakah ia berlaku seperti di atas?
Siapa yang dah ambil halaqah 2, ingat x naqibah a.k.a fasi akan minta pelajar hafal (surah al-mu'minun1-11). Jika kita x hafal xdapatla markah lebih dalam assessment, kan(^_^)..hah,ingat lagi ayat itu?
"sesungguhnya berjayalah orang2 beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan sia-sia...."(mu'minun:1-3)
yakni mukmin yang cemerlang sentiasa menghargai masanya untuk beribadat. Bukan bererti aku layan dan update blog ini aku mensia-sia kan masa. Sebaliknya, aku dapatla berkongsi serba sedikit kepada sahabat2. Sama2 berislah kpd yang lebih baik. 'khairunnas yanfa'un linnas"(^_^)
Okeh, apa azam dan perancangan kita sempena tahun baru ini? ucapan ini the most 'common' digunakan "smoga kita berubah kepada yang lebih baik"
pernah baca entri terbaru Hilal Asraf, beliau mendefinasikan mukmin ini x maksum sering melakukan kesilapan jua. Betoi!. Adakala Iman naik dan iman turun tetapi bukan turun merudum pula ya. Cuba muhasabah diri kita adakah graf kita seperti ini?
Allah s.w.t telah berjanji akan menilai keimanan hambaNya seiring dengan kemampuannnya. Betoi kan?
Oleh itu, kesilapan atau kegagalan yang berlaku sepanjang tahun lepas jadikanlah sempadan!
"Maka untuk membuatkan diri kita dapat melakukan peningkatan, belajar daripada kejatuhan yang telah berlaku, belajar daripada kesilapan yang telah kita laku, itu adalah antara seninya yang sebenar. Belajar daripada kesilapan orang lain juga adalah perkara yang penting." -Hilal Asraf
Tambah pula,
"Seorang mukmin yang serius, akan meluahkan azamnya dengan serius juga. Serius di sini bermaksud dia sudah menjadi jurutera kepada tahun itu. Dia sudah mendesign apa yang hendak dibina pada tahun itu. Apa perkara yang hendak dicapai. Apa peningkatan yang mesti dia usahakan untuk berlaku. Apa kekuatan yang mesti dia tambah."-Hilal Asraf
Lalu rancang target kita mulai hari ini sehingga berakhir tahun ini.
Seperti berikut:
*MENETAP MATLAMAT DENGAN JELAS
*MERANCANG CARA UNTUK MENCAPA MATLAMAT YANG DITETAPKAN
*MELAKSANAKAN PERANCANGAN
wallahua'alam..
1 comment:
Post a Comment