Friday, December 10, 2010

Salam Penghulu Hari!

Salam 4 Muharam 1432H


            Anak soleh ialah anak yang mewarisi sifat baik atau akhlak baik. Anak soleh adalah penting dan berguna kepada ibubabpa. Nabi s.a.w pernah bersabda, “ Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara-salah satunya anak soleh yang medoakannya.”

            Anak soleh adalah anak yang menghargai ibubapa tatkala dia hidup mahupun mati. Ketika mereka masih hidup, anak soleh akan berbakti dan melakukan pelbagai amalan kebajikan dengan niat meyampaikan pahala kepada mereka.

             
            Malah mendidik anak menjadi soleh bukanlah mudah. Ibubapa perlu membimbing dengan ilmu agama dengan sempurna. Sebelum membimbing mereka Ibubapa perlu mendalami dahulu. Memastikan anak2 mempraktikkan ajaran Islam dan menghayatinya dengan baik. Ibubapa perlu menanam keimanan yang kukuh dan teguh di dalam hati anak2 supaya anak tidak berubah dan mengikut telunjuk syaitan dan nafsu setelah kematian mereka nanti.

****************************************************************
            Anak-anak perlu tahu dan laksanalah perkara ini mengikut kemampuan selepas kematian ibubapa iaitu:

1-      Banyak berdoa.
Selepas kematian mereka, kita perlu banyak berdoa untuk mereka. Mendoakan mereka agar dijauhi azab kubur, diampunkan dosa dan menjadi ahli syurga. Doalah ketika selepas solat atau pada waktu2 yang mustajab.
      
2-      Membayar hutang.
Siasatlah jika mereka mempunyai hutang. Jika mampu wajib menjelaskannya kepada penghutang. Jika tidak mampu, mintalah mereka menghalakannya.
Hutang bukan terbatas kepada wang atau harta benda. Ia boleh jadi  merangkumi rukun2 yang wajib ke atas muslim seperti puasa, haji atau solat. Laksanakanlah tanggungjawab kita semoga roh mereka tenteram dan aman.

3-      Menyambunng silaturahim.
Mengekalkan hubungan silaturahim dengan sahabat, rakan, teman, saudara mereka. Menghormati dan berbuat baik kepada mereka.

4-      Sedekah jariah.
Lakukan sedekah dan niatkan pahala untuk mereka. Sebagai contoh kita boleh menderma atau menwaqafkan sesuatu untuk dimanfaat oleh orang awam seperti menginfaqkan sebahagian harta,masa, wang, dan tenaga pada jalan dakwah. Ataupun, mencurah bakti pada masyarakat seperti menderma dalam pembinaan surau,masjid,jalan raya,rumah2 kebajikan dan sebagainya. InsyaAllah selagimana ia mendapat manfaat oleh mereka Ibubapa kita terus mendapat pahala.

5-      Menziarahi kubur.
Amalan ini adakala mendapat tentangan segolongan mereka yang menganggap ia bid’ah. Walaupun ia ada perkara furu’ tidak perlu dibidas secara terperinci. Selagi ia membawa manfaat tidak salah.

***********************************************************
Rasululah s.a.w bersabda:

Siapa berziarah ke kuburan kedua-dua orang tua atau salah satu di antara mereka pada setiap hari Jumaat dan membacakannya surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan.” (Riwayat Ibni Addi dari Abu Bakar r.a.)



“Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya pada setiap hari Jumaat, diampunkan baginya dan dia dicatat sebagai anak yang berbakti (terhadap orang tuanya). (Riwayat Hakim)


Serba sedikit perkongsian dan tazkirah buat diri. Rindu pada susuk tubuh yang dirindui pada tanggal 3/2/2010  bersamaan 18 safar 1432H. Permergian beliau memberi kesan tersangat mendalam sehingga membawa diri lebih kenal erti kehidupan. Matang dan berusaha menjaga kebajikan ibuku. Jasamu dikenang! ~Salam penghulu Hari!
++++++++++++++++++++++++


Ayahanda: Hilang satu permata dlm hidupku, dialah pembakar semangat dan penghibur hati.Permergianmu dirindui n dirasai.



“Ya Tuhan yang memberikan nikmat, Ya tuhan yang memberi berkat, Ya Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Ya Allah pindahkanlah mereka daripada kesempitan kubur dan liang lahad ke syurga khulud kepada bayangan yang dibentangkan dan air yang dituangkan, dan buah yang banyak tiada disekat. dan tiada di tengah, dan pembaringan yang ditinggikan serta mereka yang engkau kurnia rahmat daripada nabi-nabi dan orang-orang siddiqin dan para syuhada dan orang-orang yang salih dan mereka itu sebaik-baik teman



No comments: