Friday, December 10, 2010

Kerajaan Malaysia dicekam Israel!

Salam 4 Muharam 1432H



KUALA LUMPUR 9 DIS: Rasa terhutang budi kerajaan Malaysia terhadap perunding rejim Zionis, Apco Worldwide mengakibatkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen gigih untuk menghukum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus menjadi tembok penghalang Barisan Nasional (BN).rlaku dalam pendedahan laman web kontroversi 'Wikileaks' yang mengaibkan nama baik Malaysia dengan mengaitkan dua syarikat tanah air dalam skandal kewangan dunia.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemubual Tv Selangor di lobi parlimen berkata agenda merapatkan hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat telah tersasar dari objektif sehingga mengakibatkan negara dicengkam Israel tanpa disedari. 

"Tetapi sudah sampai kepada peringkat kerajaan begitu jauh sehingga pemimpin termasuk isteri Perdana Menteri telah terikat dengan Apco," jelas beliau.

Pemilik laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendedahkan dokumen-dokumen Apco yang berkisarkan tindakan terdesak kerajaan Malaysia memperkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat selain mendedahkan syarikat itu membiayai program isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi sehingga bulan September tahun ini.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata kesan langsung daripada usaha itu mengakibatkan Malaysia diheret supaya akur dengan kehendak Amerika Syarikat dan Israel sekaligus memaparkan imej buruk kepada negara-negara Islam yang membenci rejim itu.
Justeru beliau menyifatkan Malaysia telahpun tunduk kepada Apco apabila mengambil keputusan tergesa-gesa untuk menghukum Anwar tanpa memberi peluang Ketua Umum itu membela diri.

"Tindakan terhadap Datuk Seri Anwar adalah tindakan mempertahankan Apco," tegas beliau.

Selain itu Mahfuz khuatir sekiranya Malaysia begitu tunduk kepada perunding antarabangsa itu mungkin mereka akan bertindak mendedahkan rahsia negara termasuk pemimpin-pemimpin tanahair.
Beliau mengambil contoh kejadian yang berlaku dalam pendedahan laman web kontroversi 'Wikileaks' yang mengaibkan nama baik Malaysia dengan mengaitkan dua syarikat tanah air dalam skandal kewangan dunia.
Ditanya adakah tindakan kerajaan terhadap Datuk seri Anwar adalah untuk menutup mulut beliau, Mahfuz setuju.

"Ya. Ini sudah tentu usaha untuk menutup kejahatan yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno," ujarnya.
[Sumber Tranungkite.com]

**********************************************************************
Ulasan: Sudah sememangnya Bangsa yang dilaknat Allah ini berusaha menghapuskan  mana-mana kerajaan yang ingin berpelambagaan Al-Quran &As-sunnah dan mereka juga berusaha menghapuskan semua agama yang sedia ada ini di dunia supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideology internasionalisme. Sasaran mereka kepada pentadbir Negara oleh kerana itu pemimpin yang tewas dan mengikut tunjuk ajar mereka ibarat “Tuan rumah berkerjasama dengan pencuri”, ikut logic akal memang susah hendak membenarkan. Tapi lebih menyedihkan mereka dengan berani menutup sekolah-sekolah agama, tadika islam atau tiada pembiayaan sekolah-sekolah pondok, tahfiz kerana menganggap golongan ini yang akan meyebarkan fahaman estrim. Tujuan itu untuk menyembunyikan niat jahat mereka dalam merangka dan menyekat kemaraan Islam. Pemimpin itu bukan setakat dipuja bahkan diberi gelaran yang menguasai kuasa Allah s.wt seperti ‘Bapa Pembangunan’.’ Bapa pemodenan’, ‘Bapa kemerdekaan’, dan mungkin akan datang ‘Bapa 1 Malaysia’(~_^)

Wallahualam..

2 comments:

Muhammad Hamidi Zamri said...

tajuk sepatutnya post ini dikecam @ dicekam??

Elany Yahaya said...

ok..typing error..dikecam ya..syukron!