Dua perkataan yang sering menjadi halangan kita lebih-lebih lagi apabila kita bergelar daei atau mukallaf. Kenapa saya memilih 2 personaliti iaitu lah 'daei' dan 'mukallaf'? Sebabnya jelas.. kerana 2 profesion inilah yang sering berdepan dengan cabaran yang berat dan memungkinkan mereka mengalami masalah lemah dan futur.
(Daei: Orang yang menyeru ke jalan dakwah)
(Mukallaf: Orang yang terbeban di atasnya tanggungjawab)
(Daei: Orang yang menyeru ke jalan dakwah)
(Mukallaf: Orang yang terbeban di atasnya tanggungjawab)
Saya pernah membaca buku tulisan Fathi Yakan.. "Mutasaqitun fi Tariq ad-dakwah" yang bermaksud 'mereka yang jatuh di jalan dakwah. Isinya saya rasakan cukup 'mengenakan' diri sendiri. Masalah lemah atau futur atau saqit bukanlah fenomena baru. Malah ia telah lama berlaku sejak zaman para sahabat lagi. Contohnya ketika Perang Tabuk, di mana beberapa orang sahabat seperti Kaab bin Malik dan beberapa orang lain bertangguh dari bersiap sedia untuk berperang dan akhirnya ditinggalkan oleh rombongan tentera Islam. Sikap Kaab bin Malik ketika ini yang dikatakan 'bermudah-mudahan' dengan perintah Allah telah dianggap salah satu contoh futur yang berlaku pada zaman Rasululullah. Akhirnya sekembalinya Rasulullah dari medan perang, beliau pergi menemui Rasululullah untuk mengungkap kata maaf, namun apa yang dijawab oleh Rasulullah ketika itu? "Tunggulah sehingga Allah memberi keputusan terhadap kamu"(Petikan dari Bukhari dan Muslim). Dalam pada itu Rasulullah turut mempunyai cara baginda sendiri untuk memberi pengajaran pada sahabat-sahabat ini sehinggakan anda sendiri pasti tersentuh jika membaca hadis sahih ini dan membayangkan diri anda di tempat Kaab bin Malik. Bagaimana dia dipulaukan pelbagai dugaan lain lagi ditimpakan ke atas dirinya demi untuk ditarbiyah oleh ALLah dan Rasulullah.
Pada zaman itu, para sahabat amat beruntung kerana teguran dan tarbiah yang didatangkan secara terus-menerus dari Allah. Untuk satu fasa terasa futur, terus Allah beri teguran. Mereka bertaubat dengan sebenar-benar dan taubat mereka diterima Allah...
Pada zaman itu, para sahabat amat beruntung kerana teguran dan tarbiah yang didatangkan secara terus-menerus dari Allah. Untuk satu fasa terasa futur, terus Allah beri teguran. Mereka bertaubat dengan sebenar-benar dan taubat mereka diterima Allah...
Bagaimana mengenalpasti 'futur' dalam diri? Apabila terbit rasa malas menyertai program ilmu, apabila berat untuk melaksanakan amar maaruf nahi munkar, apabila rasa 'reluctant' untuk sesuatu yang diperlukan/diwajibkan, ketika itu kita perlu sedar segera dan bangkit dari terus dibelenggu. Cari alasan kenapa rasa futur, dan jangan biarkan diri terus futur. Seperti yang telah saya ungkapkan di atas, 'kitalah apa yang kita fikirkan', dan kita jualah yang meletakkan diri kita untuk terus lemah atau menjadi kuat. Ada sesetengah orang yang apabila dirinya mengalami rasa futur, dia memilih untuk terus meng'isolate'kan diri dari orang ramai. Enggan menyertai majlis ilmu, tidak lagi mahu berjumpa orang ramai. Terubatkah futur itu? Ia mungkin bergantung kepada individu. Malah ada individu yang futur, apabila lebih memencilkan diri, mereka menjadi lebih futur. Dan akibatnya terlalu susah untuk dia bangun walaupun untuk mencapai tongkat.
Di sinilah peranannya rakan-rakan seperjuangan. Jadilah pemerhati yang baik untuk sahabat-sahabat kita. Kita mungkin tahu, kenapa dia berubah, kenapa dia tidak seperti dahulu. Papah semoga dia dapat terus menemani kita berlari...(Ambil tahu dan cari penyelesaian)
Di sinilah peranannya rakan-rakan seperjuangan. Jadilah pemerhati yang baik untuk sahabat-sahabat kita. Kita mungkin tahu, kenapa dia berubah, kenapa dia tidak seperti dahulu. Papah semoga dia dapat terus menemani kita berlari...(Ambil tahu dan cari penyelesaian)
Kadang-kadang kita rasa futur kerana kita rasakan bahawa kita menggalas tugas yang maha berat yang tak tertanggung lagi rasanya. Kiri kanan atas bawah semua dirasakan terbeban pada kita seorang. Justeru, tanya semula diri sendiri. Untuk apa kita di sini dan ke mana kita akan kembali. Saya yakin apabila 2 soalan ini bermain di minda, kita akan dapat berpijak semula di bumi nyata dan tidak lagi merasakan hidup ini perlu disia-siakan. Hidup bukan untuk semata-mata kita 'enjoy' dengan segala nikmat. Masa lapang untuk menonton cd, untuk lepak bergosip bersama rakan. Duit bukan untuk makan besar, bukan untuk shoping. Malah kita akan rasa lebih bertanggungjawab dan berfikir, Inna solati wanusuki wa mahyaya wa mamati LILLAHI RABBIL ALAMIN.. Kita bakal yakin bahawa masa lapang adalah untuk kita bekerja kerana Allah, duit lebih untuk kita infaq dan qudrat kita bakal berguna untuk survival agama. Maka jika ini yang tersemat, segala beban tugas, keluh kesah, stress akan dapat ditangani kerana kita yakin beban itu berpadanan dengan kemampuan kita seperti tertulis dalam ayat paling akhir dalam Surah al-baqarah.
Syaitan sentiasa di mana-mana lebih-lebih lagi dimana adanya sifat futur ini..A'uzubillahi minasyaitanirrajim...Masalah futur bukan masalah individu semata-mata. Masalah persekitaran turut menjadi aspek penting yang menyumbang. Rakan-rakan dan pemimpin dalam persatuan, serumah, keluarga bahkan apa saja yang di sekeliling. Walau bagaimanapun faktor dalaman dalam diri lah yang perlu lebih kuat untuk mengatasi segala faktor luaran. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk setiap perkara, kerana Allah telah berjanji bahawa diriNya saja sudah memadai untuk mereka yang bertawakal..
~'izzahkan mawaddah pada tindakan Lillahitaala~
No comments:
Post a Comment