Monday, March 23, 2009

==Post-Mortem buat diriku==

Katanya aku seorang pejuang..
kenapa ikhtilat x dijaga..

Katanya aku seorang pejuang
tapi masih Assobiyah..

Katanya aku seorang pejuang..
tapi ibadah dan amalan x diendah..

Katanya aku seorang pejuang..
masih layan TV, Movie, game dengan alasan release tension..

Katanya aku seorang pejuang..
sebok update isu semasa berbanding baca Al-quran 1 juzuk sehari..

Katanya aku seorang pejuang
masih lagi layan muzik lagho..

Katanya aku seorang pejuang..
tapi sering pula beralasan untuk berdakwah dan berjihad

Katanya aku seorang pejuang..
kenapa aku lebih bela jamaah berbanding Islam..

Katanya aku seorang pejuang..
Malang,masih ada lagi karat jahiliyyah dihati walau sedikit usaha membuangnya..

Katanya aku seorang pejuang..
mutabaah ibadahku amat menyedihkan...

Katanya aku seorang pejuang..
Ukhuwwah terbina untuk kepentinganku bukan kepentingan Ummah

Katanya aku seorang pejuang..
aku sering tinggal Qiamulail..

Katanya aku seorang pejuang..
aku sering menyalahkan org lain berbanding diri sendiri akibat tidak berdakwah..

Katanya aku seorang pejuang..
masa rehat lebih banyak berbanding masa berdakwah..

Katanya aku seorang pejuang..
aku sering menganggap diri ini mulia sedangkan aku harus lebih tawadhuk..

Katanya aku seorang pejuang..
aku jarang sekali menangis untuk bertaubat..

Katanya aku seorang pejuang..
Adakala x ada rasa apa2 pabila membuat maksiat..

Katanya aku seorang pejuang..
Aku masih malas meningkatkan ilmu thaqofah haraki..

Katanya aku seorang pejuang..
aku jarang sekali muhasabah diri sedang asyik menasihati orang lain..

Katanya aku seorang pejuang..
Namun akhlakku tak berubah..

Katanya aku seorang pejuang..
seringkali lalai berbanding insaf dan sedih..

Katanya aku seorang pejuang..
Aku x megurus masa dengan baik antara belajar dan jamaah..

Katanya aku seorang pejuang..
aku xdapat fik Awlawiyyat antara keperluan keluarga dan jamaah..

Katanya aku seorang pejuang..
prestasi pelajaranku x cukup meyumbang kepada Islam dan keluarga

Katanya aku seorang pejuang..
aku masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia..

Lalu hayatilah dan sedarilah wahai hati yang sentiasa berbolak balik!Kau tetap tidak akan
berubah selagi kau tiada keinginan untuk berubah!Percayalah, jika engkau terus bersikap
begini, musnahlah harapan dan sia-sialah matlamat. Ingatilah, sebelum ini kau
telah menerima musibah daripada kegagalan kau sendiri!Cukuplah kegagalan semalam mendidik hati agar tunduk berasa rendah diri dan bersyukur pada Allah. Ingat, Seorang mukmin tidak akan mengulangi kesilapan yang sama!Jesteru, mukmin kah diri ini? Allah tidak pernah menzalimi hambaNya malah Dia amat dekat dan menyukai hamba yang mengadu padaNya. Anggaplah segala ranjau dan tribulasi ini adalah tiket kau ke syurga. Tabah dan terus cekal menempuhnya. Pabila engkau ikhlas berjuang di jalanNya. Allah akan menempatkan tempat yang paling terbaik. Peganglah kalamullah ini sabagai taujihat buat diri tatkala kau lemah:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman sedang mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(surah Al-Ankabut:2) INILAH HAKIKAT JALAN DAKWAH!


Friday, March 20, 2009

WAJARKAH PPSMI??







"Kemaskini 2.58pm Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut."PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.
Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina). Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003."Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang."Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik. Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Daerah dan sekolah tertentu.


Kini dah terbukti, PPSMI tidak memberi perkembangan yang baik pun kepada pelajar khususnya, kenapa perlu bersusah payah mengagungkan bahasa asing sedangkan sistem bahasa kita pun masih tunggang langgang. Pihak kerajaan gemar menjadikan alasan pelajar2 akan ketinggalan dan lemah mengikuti pembelajaran di universiti kelak kerana semua silibus n pengajaran dalam bahasa inggeris. Kita tahu sains n matematik pun memiliki term2,formula dan numbering yang origin dalam BI. Tak salah pembelajaran bagi pelajar2 peringkat rendah yang baru nak mengenal kehidupan dan alam semesta dalam bahasa melayu. Ingat balik kita dulu pun bagaimana susah nak belajo bahaso omputih. Liat dan perlu dipaksa. Lazimlah kita menggunakan BM semasa berkominikasi. Ini baru melayu TOTOK.Pah dipaksa belaja english malah dalam subjek kritikal pulak.Aduh! Sememangnya Melayu sinonim dengan islam. Mula-mula pemerintahan kerajaan Melaka bertapak dan menerima Islam dengan bahasa org omputih ke? Inilah agenda2 barat nak memusnahkan mentaliti org melayu, mereka takut melayu hari ini bangkit dan
sedar sejarah kegemilangan Melayu Melaka ketika dahulu. Agama Islam totally agama rasmi dan gaya hidup orang melayu dahulu.
Sekarang? Fikirlah sendiri..Tak mustahil kalau agenda ini diteruskan, generasi akan datang dungun tentang perkembangan sains dan teknologi IT. Pupuk dan semai minat mereka terlebih dahulu untuk bersemangat menuntut ilmu, bukan cara begini! Jika pihak kerajaan bertegas nak laksanakan,mereka perlu kaji dan improve jati diri org melayu terlebih dahulu,buktikan bahasa ibunda sebagai Lingua Franca! Biar Islam ditegakkan dan menjadi cara hidup org melayu sepenuhnya.TG Nik Aziz Nik Mat pernah berucap dalam ceramahnya. Dulu Tulisan jawi di mansuhkan dan tulisan rumi dimartabatkan. Sebahagian pembelajaran sahaja menggunakan tulisan jawi terutamanya subjek agama.
Kesan kebanyakan generasi hari ini buta tulisan jawi. Walhal, kita tahu tulisan jawi berasal bahasa Al-Quran dan salah satu faktor kita boleh mengenal Islam. Beliau mengulas lagi sekarang PPSMI lama kelamaan semua pendidikan
dalam Inggeris. Nanti buku2 agama pun dalam BI. Lepas tue Al-Quran pun tukar bahasa Inggeris pula. Dah semua rakyat malaysia faham dan 'Reti Bahasa'. Apa yang perlu ditegaskan, kerajaan x perlu membazir duit
memperjuangkan agenda ini. Rakyat tak mendapat apa2 faedah pun. Apa yang boleh di ambil oleh kita mari sama2 tadabbur dalam Surah Al-'Alaq mafhum..BACALAH KAMU DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN..
Tuntutlah ilmu supaya kita mengenal Allah bukan menuntut semata2 nak kejar kemajuan material tetapi
biarlah kemajuan Insaniah yang menjurus kepada generasi yang bertaqwa!










Thursday, March 19, 2009

==LEMAH @ FUTUR==

Dua perkataan yang sering menjadi halangan kita lebih-lebih lagi apabila kita bergelar daei atau mukallaf. Kenapa saya memilih 2 personaliti iaitu lah 'daei' dan 'mukallaf'? Sebabnya jelas.. kerana 2 profesion inilah yang sering berdepan dengan cabaran yang berat dan memungkinkan mereka mengalami masalah lemah dan futur.
(Daei: Orang yang menyeru ke jalan dakwah)
(Mukallaf: Orang yang terbeban di atasnya tanggungjawab)
Saya pernah membaca buku tulisan Fathi Yakan.. "Mutasaqitun fi Tariq ad-dakwah" yang bermaksud 'mereka yang jatuh di jalan dakwah. Isinya saya rasakan cukup 'mengenakan' diri sendiri. Masalah lemah atau futur atau saqit bukanlah fenomena baru. Malah ia telah lama berlaku sejak zaman para sahabat lagi. Contohnya ketika Perang Tabuk, di mana beberapa orang sahabat seperti Kaab bin Malik dan beberapa orang lain bertangguh dari bersiap sedia untuk berperang dan akhirnya ditinggalkan oleh rombongan tentera Islam. Sikap Kaab bin Malik ketika ini yang dikatakan 'bermudah-mudahan' dengan perintah Allah telah dianggap salah satu contoh futur yang berlaku pada zaman Rasululullah. Akhirnya sekembalinya Rasulullah dari medan perang, beliau pergi menemui Rasululullah untuk mengungkap kata maaf, namun apa yang dijawab oleh Rasulullah ketika itu? "Tunggulah sehingga Allah memberi keputusan terhadap kamu"(Petikan dari Bukhari dan Muslim). Dalam pada itu Rasulullah turut mempunyai cara baginda sendiri untuk memberi pengajaran pada sahabat-sahabat ini sehinggakan anda sendiri pasti tersentuh jika membaca hadis sahih ini dan membayangkan diri anda di tempat Kaab bin Malik. Bagaimana dia dipulaukan pelbagai dugaan lain lagi ditimpakan ke atas dirinya demi untuk ditarbiyah oleh ALLah dan Rasulullah.
Pada zaman itu, para sahabat amat beruntung kerana teguran dan tarbiah yang didatangkan secara terus-menerus dari Allah. Untuk satu fasa terasa futur, terus Allah beri teguran. Mereka bertaubat dengan sebenar-benar dan taubat mereka diterima Allah...
Bagaimana mengenalpasti 'futur' dalam diri? Apabila terbit rasa malas menyertai program ilmu, apabila berat untuk melaksanakan amar maaruf nahi munkar, apabila rasa 'reluctant' untuk sesuatu yang diperlukan/diwajibkan, ketika itu kita perlu sedar segera dan bangkit dari terus dibelenggu. Cari alasan kenapa rasa futur, dan jangan biarkan diri terus futur. Seperti yang telah saya ungkapkan di atas, 'kitalah apa yang kita fikirkan', dan kita jualah yang meletakkan diri kita untuk terus lemah atau menjadi kuat. Ada sesetengah orang yang apabila dirinya mengalami rasa futur, dia memilih untuk terus meng'isolate'kan diri dari orang ramai. Enggan menyertai majlis ilmu, tidak lagi mahu berjumpa orang ramai. Terubatkah futur itu? Ia mungkin bergantung kepada individu. Malah ada individu yang futur, apabila lebih memencilkan diri, mereka menjadi lebih futur. Dan akibatnya terlalu susah untuk dia bangun walaupun untuk mencapai tongkat.
Di sinilah peranannya rakan-rakan seperjuangan. Jadilah pemerhati yang baik untuk sahabat-sahabat kita. Kita mungkin tahu, kenapa dia berubah, kenapa dia tidak seperti dahulu. Papah semoga dia dapat terus menemani kita berlari...(Ambil tahu dan cari penyelesaian)
Kadang-kadang kita rasa futur kerana kita rasakan bahawa kita menggalas tugas yang maha berat yang tak tertanggung lagi rasanya. Kiri kanan atas bawah semua dirasakan terbeban pada kita seorang. Justeru, tanya semula diri sendiri. Untuk apa kita di sini dan ke mana kita akan kembali. Saya yakin apabila 2 soalan ini bermain di minda, kita akan dapat berpijak semula di bumi nyata dan tidak lagi merasakan hidup ini perlu disia-siakan. Hidup bukan untuk semata-mata kita 'enjoy' dengan segala nikmat. Masa lapang untuk menonton cd, untuk lepak bergosip bersama rakan. Duit bukan untuk makan besar, bukan untuk shoping. Malah kita akan rasa lebih bertanggungjawab dan berfikir, Inna solati wanusuki wa mahyaya wa mamati LILLAHI RABBIL ALAMIN.. Kita bakal yakin bahawa masa lapang adalah untuk kita bekerja kerana Allah, duit lebih untuk kita infaq dan qudrat kita bakal berguna untuk survival agama. Maka jika ini yang tersemat, segala beban tugas, keluh kesah, stress akan dapat ditangani kerana kita yakin beban itu berpadanan dengan kemampuan kita seperti tertulis dalam ayat paling akhir dalam Surah al-baqarah.
Syaitan sentiasa di mana-mana lebih-lebih lagi dimana adanya sifat futur ini..A'uzubillahi minasyaitanirrajim...Masalah futur bukan masalah individu semata-mata. Masalah persekitaran turut menjadi aspek penting yang menyumbang. Rakan-rakan dan pemimpin dalam persatuan, serumah, keluarga bahkan apa saja yang di sekeliling. Walau bagaimanapun faktor dalaman dalam diri lah yang perlu lebih kuat untuk mengatasi segala faktor luaran. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk setiap perkara, kerana Allah telah berjanji bahawa diriNya saja sudah memadai untuk mereka yang bertawakal..

~'izzahkan mawaddah pada tindakan Lillahitaala~

==NIK NUR MADIHAH BUKTIKAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA BOLEH!==



Anugerah Pelajar Terbaik

Beliau menunjukkan slip keputusan SPM



PENGKALAN CHEPA: Kemiskinan hidup bukan penghalang kepada seseorang
untuk berjaya dalam pelajaran. Biarpun kesempitan hidup bersama keluarga dirasai,
namun ia tidak pernah menghalang anak kepada nelayan dan tukang cuci untuk mendapat
keputusan cemerlang dalam pelajaran. Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal,18 membuktikan hakikat itu apabila beliau muncul pelajar paling cemerlang di negara ini dengan memperolehi pencapaian 20A(19A1 dan 1A2) dalam peperiksaan SPM2008.Kejayaan itu diraih hasil kesungguhannya sendiri. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lebih membanggakan lagi Nur Madihah mengakui tidak mengikuti tuisyen di luar sekolah kerana kesempitan kehidupan keluarga.Kejayaan itu bukan sekadar melonjatkan namanya ke seluruh pelosk negara, sebaliknya MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN, sebuah sekolah agama di bawah kelolaan YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) terus unggul melahirkan ramai cendekiawan Islam rantau ini. Nik Nur Madihah merupakan mutiara kedua yang berjaya dilahirkan MMP selepa Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar terbaik spm2006 dengan memperolehi 18A(17A1 dan 1A2). Rahsia kejayaan beliau sering bertanya kepada kawan2 dan guru2 yang mengajar. Beliau juga gemar mengamalkan puasa sunat khusus hari isnin dan khamis, kata beliau dengan berpuasa dapat menjaga masa dengan lebih baik. Beliau yakin dengan cara memohon doa,solat hajat, dan solat tahajjud dapat memberi kemudahan malah keberkatan menjawab soalan.
MMP telah mengutamakn pendekatan iaitu prinsip ubudiyah,itqan, dan musuliah sehingga melahirkan ramai pelajar cemerlang. Prinsip ini yang membawa kita kepada mendekatkan diri kepada Allah di dalam segala segi kehidupan. Prinsip ini juga boleh merapatkan hubngan kita sesama warga sekolah dari peringkat atas ke peringkat bawahan. Menanam sikap semangat kesedaran, keikhlasan dan minat dalam diri pelajar. Dengan ada sikap ini pelajar tidak akan susah untuk menimba ilmu.....
Justeru, pentingnya penerapan nilai2 islam dalam pendidikan sebenarnya. Generasi mutakhir
lebih cenderung pada budaya tidak sihat kerana lerai dengan keizzahan islam, mereka tidak diberi pendedahan pada awal lagi. Melalui pembelajaran n pendidikanlah bermulanya.
Apabila Ad-din diberi keutamaan maka lahirlah generasi bijak pandai dan bertaqwa kepada Allah.




































==Terpalit Debu-debu Dosa==

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa
Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati
Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi
~Andai diri ini belum sempat menguis keinsafan, termanggu, seksa zahir dan batin dengan azab yang dijanjikan..x terhitung dosa2ku dek saban waktu alpa dengan keasyikan duniawi..selagi hayat dikandung badan muhasabah diri dan tingkatkan amalan kebajikan agar diri mudah meniti titian syirat..insafi diri, engkau hanyalah faqir dan miskin segala2nYa, segala hak milikmu di muka bumi bukan kekal abadi. Ia adalah hak mutlak Maha Pencipta!~

==PROGRAM ALUMNI MATM '09==

Pertama kalinya pd tahun ini Alumni Matm induk mengadakan Muqayyam Tarbawi
collarabation with pihak pentadbir sek..Saudara Rasyid selaku Prog.manager walaupun x secara
rasmi ditaklif oleh pihak sek..hu2=)
Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam...100% d'conduct oleh fasi2 seramai 6 orang.
4 mint 2 smart...hu2=) alhamdulillah,biarpun bil. penggerak x mencukupi tetapi program ini berjalan lancar n santai mengikut apa yang dijadualkan.
Antara objektif program ini adalah:
  • Melahirkan pelajar produktif yg berkepimpinan unggul
  • Berakhlak dan bertaqwa
  • Kesedaran maksima tentang Amar Makruf Nahi Mungkar








Wednesday, March 18, 2009

==Tarbiyah Ruhiyyah==



Hukum solat berjemaah:



  • Sebahagian ulama' mengatakan fardhu 'ain




  • sebahagian ulama' mengatakan fardhu kifayah




  • sebahagian ulama' mengatakan sunat mu'akkad


  • Hikmah solat dari perspektif kesihatan:

    Otak menggunakan 25% oksigen daripada badan. Dalam keadaan biasa, sebahagian sel-sel otak tidak mendapat oksigen yang cukup kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekali gus melawan tekanan graviti. Semasa sujud, punggung tinggi daripada kepala. Ini baik untuk kecerdasan otak kerana pada keadaan sujud, jantung berada paling tinggi daripada kepala yang memudahkan proses mengepam darah untuk sampai ke otak dibantu oleh tarikan graviti. Otak manusia menjadi semakin cerdas dan fokus.

    Solat membantu mengelok dan memantapkan sendi terutama bagi mereka yang mengidap radang sendi. Ini kerana semasa solat, sendi digerakkan. Mereka yang bangun tidur pada jadual yang sama setiap pagi adalah lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengikut jadual bangun tidur kerana jadual yang tidak tetap menganggu pengeluaran hormon bernama cortisol menggugat kecerdasan........



    ==JIHAD JALAN KAMI==



    Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buti mendefinisikan jihad ialah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinngikan kalimah Allah dan mendirikan satu masyarakat Islam. Sabda Nabi : "Sesiapa mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak berniat untuk berperang maka ia mati dalam keadaan mati jahiliah".


    Wahai sahabat!Ingatlah jalan yang kita pilih inin adalah jalan jihad. Jihad untuk menegakkan maruah dan gaya hidup berteras agama islam yang murni. Jihad kita ialah menentang sesiapa yang mengingkari agamaNya dan menyeru umat manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jihad bagi mahasiswa pula ialah mengorbankan masa, tenaga, dan harta benda untuk memenangkan agama Allah di dalam dan luar kampus.


    Wahai sahabat mahasiswa! Marilah kita menegakkan kerajaan Allah di muka bumi ini, melaksanakan syariah undang-undang Allah, merebut kembali kekuasaan Alah daripada tangan manusia yang durjana yang berani merampas hak-hak Allah. Usaha memansuhkan undang-undang bikinan manusia tidak akan berjaya jika hanya setakat bertabligh, berpidato, dan ceramah penerangan sahaja. Kita haruslah bangkit membantu gerakan islam dalam membebaskan umat manusia daripada pengabdian sesama manusia dengan mewujudkan pemerintahan berpandukan syariat Islam.


    Wahai sahabat mahasiswa sekalian! Ranjau berduri harus kita terima dengan redha dan sabar. Bagi menguatkan semangat dan jiwa, marilah kita nyalakan pelita perjuagan, marilah kita menyemak dan mengkaji serta mengambil iktibar daripada sirah nai, para sahabat dan pemipin haraki untuk menghadapi musuh yang bertuhan material. Lihatlah Sayyid Qutb hanya seorang penulis tetapi ditakuti oleh pemerintah sekular Mesir. Akibatnya ia dihukum gantung tetapi baginya kematian hanya satu perjalanan untuk menuju matlamatnya. Matlamat Sayyid Qutb mnemui kekasih yang merinduinya di taman-taman syurga. Ayuh sahabat! Mari bersama menegak Islam di kampus dengan bersungguh-sungguh. Ingat! Perjuagan kita adlah jihad!